Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun menemui ajal selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya. Sinar Harian melaporkan, ibunya yang berusia 32 tahun dan juga merupakan tenaga pengajar di kolej tersebut terlupa bayinya dibawa bersama dan tidak menyedari meninggalkannya dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian yang berlaku pada 9 pagi itu menyaksikan Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan ditinggalkan dalam kereta jenis Proton Saga di kawasan parkir Kolej Vokasional Port Dickson. "Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.
"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson." -CARI
|
20
Bagus |
32
Marah |
14
Terkejut |
42
Sedih |
16
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
marumaru replied at 14-3-2018 04:52 PM
dah sampai masa kena kuatkuasakan undang2 parents cuai/ neglect segala ni... tak larat dah nak baca ...
fushimi replied at 14-3-2018 04:52 PM
beberapa tahun lepas dah pernah ada kes macam ni
kalau tak silap cikgu sekolah
ADVERTISEMENT