CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Allah Ni, Kalau Nak Tutup Sekejap Pandangan Kita, Anak Depan Mata Pun Tak Nampak."

15-3-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9737| Komen: 77|Original author: Oleh: Whitney


Sedih apabila mendengar berita tentang seorang ibu yang tertinggal anaknya berusia 2 tahun di dalam kereta selama 4 jam sehingga meninggal dunia. Siapa yang tidak sebak, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan dijaga dengan penuh kasih sayang, pergi buat selamanya akibat kealpaan ibu sendiri.

Ramai yang mengecam si ibu kerana terlalu cuai tetapi apakan daya, tiada ibu yang mahu kejadian sebegitu berlaku. Kes sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja hatta ibu bapa yang paling penyayang sekalipun kerana ia tidak dapat dielakkan apabila mereka mengalami Forgotten Baby Syndrome.

Seorang pengguna Facebook, Bel Nawhen berkongsi kisah dan pendapat mengenai kejadian tersebut. Dia melihat ramai netizen yang menyalahkan si ibu, mengecam dan menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang ibu yang baru kehilangan anak yang disayangi.


Netizen senang-senang menjatuhkan hukum terhadap si ibu sedangkan mereka tidak tahu cerita yang sebenar.


Cubalah sensitif dengan perasaan si ibu dan bayangkan jika perkara tersebut berlaku pada diri sendiri.


Ramai netizen yang berasa sedih dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut lebih-lebih lagi si ibu. Pasti dia tidak dapat memaafkan dirinya kerana kealpaan diri sendiri dan ternyata dia sangat sedih dan trauma dengan kehilangan anaknya.



Netizen juga menasihatkan agar tidak menyalahkan ibu malang tersebut kerana apa yang berlaku sudah ditakdirkan dan ia di luar kuasa seorang manusia yang sememangnya dijadikan tidak sempurna dan alpa. Masing-masing mendoakan agar ibu tersebut tabah. 

Jadi, tidak perlulah mengecam ibu tersebut kerana mungkin suatu hari nanti, benda yang sama pun boleh berlaku pada kalian juga. Janganlah terus menerus mencari salah orang lain tetapi ambillah pengajaran daripada kes sebegini supaya kalian lebih peka dan teliti dalam mengurus anak-anak. - CARI 
4

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
16

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 15-3-2018 03:09 PM
dah semua org kata ibu tak salah, sape pulak yg salah... choi
kenapa pula Allah SWT nk tutup pandangan kita
Quote krustykrab 15-3-2018 03:23 PM
zulka replied at 15-3-2018 03:09 PM
dah semua org kata ibu tak salah, sape pulak yg salah... choi
kenapa pula Allah SWT nk tutup panda ...

jiran yg salah

Quote manehnya 15-3-2018 03:32 PM
ye la.. betui la.. tp jd kan  teladan utk kita smua
Quote ninnakarinna 15-3-2018 03:33 PM
Ada x kes mcm ni kat negara lain atau kat kaum lain...? Ni memang ikhlas nak tanya... Sebab x pernah dengar kat malaysia kes nelibatkan kaum cina n india...Di luar negara x pasti...
Quote sheqim 15-3-2018 03:37 PM
Semoga kita sume tak diuji spt ibu ni..
Quote harkktuih 15-3-2018 03:47 PM
asal nk tutup salah mula la suh redho, percaya pada takdir bagai..sewajarnya amik tindakan undang2 ke atas parents yg cuai..
Quote haryatie 15-3-2018 03:53 PM
mmg lupa tu sikap manusia..
tp masalah besar ni..melibatkan nyawa
supaya jd pengajaran pd org lain
tp tu la... benda mcam ni da selalu berlaku
Nauzubillahiminazalik...
Quote diss69 15-3-2018 03:59 PM
sheqim replied at 15-3-2018 03:37 PM
Semoga kita sume tak diuji spt ibu ni..

Berat ujian utk ibu n keluarganya.....
Quote wandacoffee 15-3-2018 04:00 PM
Kita patut baca je dan ambil teladan....kecam2 bukan boleh dpt apa pun...suka sgt manusia sekarang tambah dosa...

Quote jazaa100 15-3-2018 04:18 PM
Edited by jazaa100 at 15-3-2018 04:22 PM
ninnakarinna replied at 15-3-2018 03:33 PM
Ada x kes mcm ni kat negara lain atau kat kaum lain...? Ni memang ikhlas nak tanya... Sebab x pernah ...


Tak....aku pun tak pernah dgr bangsa lain
tertinggal anak dlm keta...so far, melayu lah yg unggul menjulang trofi klu ada trofi dlm kategori lupa ank....

mgkin sbb chinese pikir, anak lah waris dorang...klu nama dia TAN...dgn adanya anak...akan berpjgan lah TAN tu....


*lama kau nyorok....
Quote jue10 15-3-2018 04:20 PM
entah la.. kesian kt ibu tu. tp aku pn berpendapat dia cuai. bkn nk slhkn ibu tp mmg ibu tu cuai. semoga kita dijauhi bnda2 cmni. slu dh kes cmni bkn pertama kali.
bpe kali lg nk jd bru nk mrh nk amik tindakan. nk ikotkn kita ni bkn ksah sgt bkn ank kita kn. tp kita simpati kita mrh ibu tu supaya lpsni dia lbh peka.
mnusia ni bila bt silap mmg kena tegur kena mrh. klu x mmg xde kesedaran, maka akn berlaku lg.

nauzubillah..
Quote vanillaninja 15-3-2018 04:30 PM
ninnakarinna replied at 15-3-2018 07:33 AM
Ada x kes mcm ni kat negara lain atau kat kaum lain...? Ni memang ikhlas nak tanya... Sebab x pernah ...

Negara lain I tau memang ada. Kalau di US, case FBS ni berlaku every year.



Quote vanillaninja 15-3-2018 04:33 PM
Kalau guna Waze, make sure kita allow 'child reminder' function. Nanti dah sampai destination Waze akan bagi alert.
Quote talapia 15-3-2018 04:55 PM
ninnakarinna replied at 15-3-2018 03:33 PM
Ada x kes mcm ni kat negara lain atau kat kaum lain...? Ni memang ikhlas nak tanya... Sebab x pernah ...

ada je...

aku ada terbaca kes parents tertinggal anak dalam kete.. masa musim sejuk.
cer google.. melambak.. lupa adalah lumrah manusia.. tak kira kaum. Cuma nye kes2 kt Malaysia ni banyak yg kita dengar... ramai kes Melayu.. antara sebab maybe bangsa melayu paling ramai.

Quote dubuk 15-3-2018 05:08 PM
what                                            
Quote dubuk 15-3-2018 05:11 PM
"Kalau Fikiran Kita Tak Fokus , Anak Depan Mata Pun Tak Nampak."


TAK PATUT TULIS "Allah Ni, Kalau Nak Tutup Sekejap Pandangan Kita, Anak Depan Mata Pun Tak Nampak."
Quote dubuk 15-3-2018 05:12 PM
apa saja yang berlaku salahkan diri sendiri
Quote myakayina 15-3-2018 05:23 PM
kebanyakan kes yg aku tengok sumer melayu jah yg tertinggal anak dlm keta.. anak terlock dlm keta..
mohon kita semua dijauhkan la ujian sebegini..
Quote julia5094 15-3-2018 05:25 PM
Edited by julia5094 at 15-3-2018 05:29 PM
ninnakarinna replied at 15-3-2018 03:33 PM
Ada x kes mcm ni kat negara lain atau kat kaum lain...? Ni memang ikhlas nak tanya... Sebab x pernah ...

Ada kat luar negara..siap masuk dalam rancangan OPrah lagi. Sama kes macam ni la. Guru perempuan. 1st day mengajar setelah cuti panjang. Biasa suami hantar anak pg nursey. Tapi hari tu suami ada appointment gigi. Tghari baru sedar anak kat dalam kereta. Siap panggil doktor terangkan pasal sindrom pelupa ni..apabila otak dah set perkara yang kita buat kebiasaan. Tambahan pula mak sibuk dengan meeting dan sebagainya, sampai lupa anak. Anak dia siap mengelupas kulit, kebetulan waktu tu pun cuaca panas. Sebab tu la bila jadi kes macam ni, nak hencap mak pun kena pikir 2-3 kali. Sebab benda ni boleh jadi kat kita semua...Harap dijauhkan lah..

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.121624 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top