CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Buktikan Apa? Nak Buktikan Fazura Tu Jahat Atau Jahil?

19-3-2018 02:38 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 15829| Komen: 42|Original author: Oleh: Whitney


Perkahwinan antara Fattah Amin dan Fazura digelar wedding of the year dan sehingga kini, ia masih lagi menjadi bualan hangat netizen. Beberapa minggu yang lalu, pasangan sensasi ini telah mengadakan majlis resepsi yang pertama dan dihadiri oleh ramai rakan-rakan artis, sahabat dan ahli keluarga. Manakala untuk resepsi kedua pula, mereka telah menjemput peminat-peminat mereka dan seramai 5,000 orang peminat hadir untuk berkongsi kegembiraan. Pada mulanya, ramai yang seakan tidak percaya mereka dijemput hadir ke majlis resepsi tersebut dan ternyata, Fattzura begitu menghargai peminat-peminat mereka.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang gembira dan tumpang bahagia melihat kemesraan pasangan yang dilihat seperti pinang dibelah dua ini. Majlis perkahwinan dan resepsi mereka juga dilihat sempurna dan berjalan lancar. Bagaimana pun, ada juga isu yang tidak sedap didengar dan Fazura dikecam.

Seorang pengguna Facebook bernama Diana Ishak terkilan apabila kisah lama Fazura yang mengaibkan diungkit kembali. Dia juga geram dengan komen netizen yang mengecam gambar Fazura bersama ahli keluarga suaminya yang dinaikkan di Instagramnya. Dalam gambar tersebut, hanya Fazura seorang yang tidak bertudung sedangkan keluarga ipar perempuannya bertudung labuh semuanya. Dia kemudiannya berkongsi pendapat tentang isu tersebut di blognya.


Perkongsian daripada blog Diana Ishak. Semoga Fazura juga bertudung suatu hari nanti.


Tidak payahlah nak ungkit yang Fazura di dulu kaki clubbing. Sekarang dia dah berubah menjadi manusia yang lebih baik dah. 


Netizen juga bersetuju dengan pendapat wanita ini. Perkara yang lama dan yang lepas tidak perlu diungkit lagi kerana Fazura sekarang bukanlah Fazura yang dahulu. Janganlah asyik mencari kesalahan orang.

Netizen juga gembira apabila Fazura berkahwin dengan Fattah Amin dan merasakan ia adalah jodoh terbaik buat Fazura. Mana tahu suatu hari nanti Fazura menjadi Muslimah sejati.

Sesiapa sahaja pernah melakukan kesilapan dalam hidup tetapi tidak bermakna dia tidak boleh berubah menjadi insan yang lebih baik. Jangan menghukum kisah silamnya sedangkan kita sendiri pun ada kekurangan. Yang lepas tu biarlah ia berlalu dan doakan yang baik-baik untuk Fattzura. Betul tak? - CARI  

9

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
21

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 19-3-2018 02:54 PM
Ssh klu bcakap dgn manusia acah maksum n cuba jd Tuhan.

Pandai2 FA bimbing Faz tu.
Quote mizruncing 19-3-2018 02:55 PM
alahai netizen
Quote Artemesiaa 19-3-2018 02:56 PM
Manusia kebanyakan suka cari kesalahan orang lain sampai terlupa sendiri pun banyak melakukan kesalahan tampa disedari
Quote AbukRokok 19-3-2018 02:57 PM
so apa masalah kaki clubbing.... xsmestinya minum arak... coke juga dijual
masuk hard rock cafe layan rock star pun dikira clubbing juga ok
Quote Nana_Man 19-3-2018 03:24 PM
Kwn aku dulu kaki clubbing,minum lg.jumpe bini pun masa clubbing. Tapi tu dulu. Skrg kerja di masjid, belajar agama,baca kitab2 agama,isteri pun berhijab. So semua orang boleh berubah.
Quote missinpiece 19-3-2018 03:44 PM
Huk aloh fatah berlakon pegang2 buleh pulak?
Quote ainunaina 19-3-2018 03:53 PM
HIDUP INI YANG PENTING SEKALI ADALAH PENGAKHIRANNYA....KALAU DULU ALIM, ELOK AMALAN AGAMANYA TAPI PENGAKHIRAN HIDUPNYA TAK ELOK ADALAH MALANG SESEORANG ITU.

So berdoalah agar pengakhiran kita semua baik2 belaka, yang dulu tu dulu la...Allah maha pengasih lagi penyayang...mohonlah ampun darinya..pasti diampunkan. Pintu taubat sentiasa terbuka.
Jangan sesekali menghina orang yang menuju kepada kebaikan....lihat diri cermin diri..siapakah kita..
Quote Burong_Hantuk 19-3-2018 04:01 PM
moga bahagia
Quote krustykrab 19-3-2018 04:18 PM
eh kalau ipar fazura semua tudung labuh ke tumit pun apa gunanaya si abang tu masih dgn kerjaya retisnya

perlu ke nak kacau hidup dia....yg mengutuk ni aku rasa mesti pakai shawl jarang nmpk bra, pakai blouse senteng nampak bontot jelly
Quote myakayina 19-3-2018 05:03 PM
semua ada masa lampau.. yg penting pengakhiran tu mcm mana..belum tentu mati di masjid tu baik..dan belum tentu mati di jamban atau tempat kotor tu jahat.. jgn mudah menilai..pandai2 lah laki dia nak bimbing mcm mana..
Quote rospinki 19-3-2018 05:24 PM
soalnya..perluke macik bawang pefeeling ustazah mengulas isu jahil fazura secara higlite mcmni secara tk langsung dia paling bynk menyumbangaibkan fazura..bitch pls
Quote rospinki 19-3-2018 05:25 PM
aku tk minat pasangan overated ni..pls la apa sumbangan dia dlm industri seni atau kesenian negara mengharumkan negara. gitu jah..smpi obses sgt pengikut sekalian.
Quote ayjay 19-3-2018 06:01 PM
AbukRokok replied at 19-3-2018 02:57 PM
so apa masalah kaki clubbing.... xsmestinya minum arak... coke juga dijual
masuk hard rock cafe la ...

Agreed.
Sedangkan pelancaran tudung pun boleh buat kat club!
Quote meya 19-3-2018 06:19 PM
Biasalah tu manusia ..kalau dah rasa diri tu dekat ngan Allah ..orang lain sume buruk belaka.
Quote PEPPERMAN 19-3-2018 10:11 PM
aku pun geram orang dok geram bila kisah Fazura diungkit.
cukup2lah.
simpan sikit taksub tu, kedua2 taksub benci dan taksub minat
Quote pokaibanktokyo 20-3-2018 07:33 AM
Ingat dia kristian ka nak disuruh pakai tudung ?
Quote tri-max 20-3-2018 08:22 AM
alahi kak Dee, macam mengulas sejarah silam diri sendiri ka?
anyway, knowing Dee yg mmg dari dlu suka berfikiran menongkah arus (bersama tungaunya )
so mmg cerita fazura ni "makannan" dia le nak up kan nama yg sendu di alam blog
chill kak, duk relax kat umah tu jaga abe mu elok2 sudah...
tak payah nak masuk campur urusan retis sgt lah, buat tambah dosa je khennnn
Quote Themilo 20-3-2018 08:29 AM
i loiike the new Faz, dibandingkan dengan the old Fake
Quote ainunaina 20-3-2018 09:44 AM
Alais replied at 19-3-2018 05:20 PM
Kita tak tahu bila akhir.

Jadi hidup penting tiap detik.

Syurga Neraka tu Allah yang tentukan....Memohon ampun, bertaubat itu dituntut, mudah2an Allah menerima
taubat hamba2nya....
Mudah2an suatu hari nanti terbuka pintu hati Fazura nak menutup aurat sepenuhnya. Kita sama2 doakan yang baik2..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081885 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top