Gua Son Doong terletak di Taman Negara Phong Nha-Ke Bàng, daerah Quang Bình, Vietnam. Gua yang di dalamnya terdapat hutan dan sungai ini sepanjang 8.8 km dan tinggi kira-kira 40 tingkat! Wow!
Pada tahun 1991 gua ini ditemui oleh warga tempatan yang bernama Ho Khanh, namun tak banyak yang tahu dan berani menjelajahinya. Kemudian pada tahun 2009, Howard Limbert seorang penjelajah berasal dari tanah Inggeris datang untuk melakukan kajian. Gua yang tercipta pada 2 hingga 5 juta tahun yang lalu ini terbentuk hasil daripada pengikisan air sungai bawah tanah di pergunungan batu kapur. Fenomena itulah yang membuatnya memiliki lubang besar di pintu-pintu gua. Gua ini digelar Son Doong yang bermaksud gua gunung sungai.Berminat nak jelajah gua ini? Anda harus memasuki gua ini secara vertikal dengan ketinggian 80 meter. Sifat tenang dan tidak panik sangat penting dalam melakukan kegiatan seperti ini. Pengunjung juga boleh mendirikan khemah berdekatan Han of Dog, iaitu sebuah stalagmit raksasa yang berbentuk seperti cakar anjing. Kebiasaannya jika anda gemar menjelajah gua anda hanya akan nampak kegelapan dan batuan. Namun berbeza dengan Son Doong yang ditumbuhi pepohonan lebat hingga terbentuk menjadi hutan. Bahkan menjadi rumah bagi haiwan seperti monyet dan tupai terbang. Terbentuknya hutan ini kerana adanya atap gua yang runtuh pada beberapa abad yang lalu. Terdapat pemandangan yang unik yang dapat dilihat di gua Son Doong ini, iaitu sebahagian gua yang diselimuti oleh hamparan alga. Bukan hanya itu, bahagian dalamannya juga menawan kerana mutiara yang menempel di dindingnya. Mutiara pasir ini dihasilkan selama ratusan tahun, akibat titisan air yang kemudian mengering, dan meninggalkan lapisan-lapisan kristal pada butiran pasir. Cara untuk ke sini: Anda harus terlebih dahulu tiba di Ho Chi Minh City atau Hanoi, kemudian menuju ke Taman Nasional Phong Nha-Ke Bàng, dengan bas yang berangkat setiap hari menuju Phong Nha. Alternatif lain dengan menggunakan kereta yang berangkat setiap hari dari dan ke kota Dong Hoi. Barulah kemudian perjalanan dapat dilanjutkan menuju Phong Nha. Sebaiknya anda menggunakan khidmat agen pelancongan agar lebih aman dalam menjelajah gua ini. Jom, tak sabarnya nak jelajah gua ni! -CARI
|
34
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
46
Sedih |
37
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT