Kawan masa gembira memang senang kita nak jumpa, tetapi masa kita mengalami kesusahan, jarang untuk kita dapat kawan yang bersama-sama susah dengan kita.
Baru-baru ini seorang gadis dikenali sebagai Fara di Twitter telah memuat naik status perbualannya dengan seorang kawan lama yang meminta bantuannya. Pada awalnya disangka nak ajak sertai MLM dan kata Fara lagi seingat dia, kawan lama dia anak seorang pelakon yang berstatus Datuk. Dia ditinggalkan sehelai sepinggang oleh ayahnya selepas ayahnya berkahwin lain. Fara beri peluang pekerjaan kepada kawannya serta menyediakan tempat tinggal dan makan. Kata Fara lagi dia kenal gadis ini seorang yang merendah diri dan ramai kawan dan saudara maranya sudah banyak menolong dan ada yang tidak boleh tolong. Ramai netizen berterima kasih kepada Fara kerana menolongnya tanpa mengharap balasan, disebabkan cerita tersebut ramai yang ingin menolong gadis tersebut dari segi kewangan. Difahamkan juga gadis tersebut akan ke Kuala Lumpur menaiki bas hasil sumbangan netizen. Seperti biasa ada suara-suara sumbang yang menuduh Fara mengada-adakan cerita dan ada yang minta untuk siasat perkara tersebut. Cerita betul atau rekaan, sememangnya ada orang mengalami nasib seperti ini. Semoga kita sentiasa bersyukur. -CARI
|
noraidil_06 replied at 20-3-2018 01:31 PM
Melambak kes mcm ni. Yg i tau sorang ni, makayah kena tahan bawah POCA. Akaun semua kena freeze.now ...
noraidil_06 replied at 20-3-2018 01:31 PM
Melambak kes mcm ni. Yg i tau sorang ni, makayah kena tahan bawah POCA. Akaun semua kena freeze.now ...
samasam90 replied at 20-3-2018 02:17 PM
ermmmm, tak sukanya so called kawan dok up cerita kwn kat socmed.. there's a reason why she DM u.. i ...
ADVERTISEMENT