CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Apa Salah Saya?" - BMW Buat Dajal Pada Rider Ini, Netizen Gigih Gali Maklumat Pemandu

20-3-2018 01:27 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6291| Komen: 22|Original author: Oleh: Ain

Salah satu bentuk ujian dalam hidup adalah bila mana kita berada di atas jalan raya. Macam-macam dugaan akan kita hadapi.

Dari sikap pemandu yang tidak sabar, biadab, sampailah membahayakan. Setiap pengguna jalan raya tidak akan terlepas dari mengalaminya.

Terbaru, tular di laman sosial apabila Mcz Kimura Hang Ming memuat naik sebuah video di mana dia menjadi mangsa buli jalan raya.


Loading FB Post...


Dalam kejadian di Tiger Lane menghala ke Pasir Pinji, Ipoh, Perak, Hang Ming dalam perjalanan pulang ke rumah apabila sebuah BMW berwarna hitam tiba-tiba memasuki lorongnya tanpa memberi lampu isyarat.

Malah, Hang Ming nyaris merempuh kenderaan berkenaan apabila ia cuba menghalang laluannya dengan sengaja menekan brek kecemasan tanpa sebab.

"Bukan sekali, tapi berkali-kali dia melakukannya.

"Saya bukan sengaja melanggar lampu merah, tetapi saya melakukannya kerana saya berasa keadaan ketika itu tidak selamat.

"Ada sesiapa mengenali pemandu ini? Saya nak tahu apa salah saya dan apa yang cuba dilakukannya sebenarnya,"
tulisnya.





Hasil 'risikan', netizen mendapati maklumat terperinci mengenai kenderaan yang dimiliki lelaki berusia 36 tahun berasal dari Bidor, Perak.










Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.


Suruh buat laporan polis




Bagaimanapun, segelintir netizen turut mempersoalkan kelajuan penunggang motosikal berkenaan yang melebihi had laju.

"Hantar video ke FB JPJ, dua-dua kena saman,"
komen netizen.




Sementara itu, apabila dihubungi pemandu terbabit mendakwa kereta berkenaan dipinjamkan kepada rakannya pada hari kejadian. Namun, dia kemudian berkata kereta itu sudah dijual, tetapi belum sempat membuat penukaran hak milik.


Foto: FB Hang Ming

Ada yang berkata, penunggang motosikal berkenaan tidak bersalah kerana kalau motosikal berkuasa tinggi tak boleh ditunggang laju, lebih baik menunggang basikal sahaja. Apa pendapat anda? - CARI
12

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 20-3-2018 01:56 PM
macam-macam hal. BMW tu nk coverline ke ape. byk nau alasannye
Quote Iema5008 20-3-2018 01:57 PM
Ahahha aku x tau betul ke tak ayat moto kuasa tinggi x salah so korang boleh speed up suka ati korang??? {:shy
Apapun boleh aku cakap moto ni yg membuli sebenarnya...
Quote prettyuglybabe 20-3-2018 02:01 PM
dua-dua pun bodoh..

Quote krustykrab 20-3-2018 02:12 PM
Iema5008 replied at 20-3-2018 01:57 PM
Ahahha aku x tau betul ke tak ayat moto kuasa tinggi x salah so korang boleh speed up suka ati koran ...

hanya org bodoh je kata moto blh buat apa saja kat jalan....

lg teruk kata apa guna beli moto kuasa tinggi tp kalau tak blh bawak laju bapak gila, sama mcm apa guna beli kete sport kalau tak blh bawak laju laju mcm org gila
Quote Iema5008 20-3-2018 02:23 PM
krustykrab replied at 20-3-2018 02:12 PM
hanya org bodoh je kata moto blh buat apa saja kat jalan....

lg teruk kata apa guna beli moto k ...

Kalau bawak moto atau kereta kuasa tinggi laju2 lepas tu eksiden, mmg aku padan kn saja muka.. sebab x pikir org lain...
Jgn kn moto kuasa tinggi, motor kuasa rendah mat pitt pun sebok nak layan corner laju2 siap skill... bila eksiden mati terus xpa.. mak pak bini semua x susah nak jga... tpi kalau lumpuh haishhh... jenuh susah kn org cuci bontot jga spnjang hidup...  

Quote nisako 20-3-2018 03:07 PM
dua2 salah.......... bawa laju gilo............
Quote alieyrina 20-3-2018 03:08 PM
Rasa 2 2 salah..jgn play victim dahlaa..
Quote imransulaiman 20-3-2018 03:21 PM
Mula-mula BMW tekan brek tu, mitor tu ada pasang lampu depan tak? Macam gelap je. Harapkan lampu jalan saja. Hujung video baru nampak lampu motor tu menyala.

Ke mata aku yang kero? {:childlike
Quote shernazz 20-3-2018 03:22 PM
Iols kalau kete moto.bawa.melulu
Iols hanya mampu doa dlm.hati saja moga eksiden mampos
Iols nak tepuk tangan sebelah mayat tu...

Satu tuhan dh makbul
Yang lain lain blom.lagi...
Quote myakayina 20-3-2018 03:44 PM
masing2 nak tunjuk hero atas jalan..mentang2 lah kenderaan tak banyak time tu..speedy gonzales memasing kann..sama jela dua kali lima..
Quote ashk4nn 20-3-2018 07:04 PM
cmne eh cek nama ic semua berpandukan no plate kete je..boleh ke
Quote ffbeauties 20-3-2018 07:19 PM
Eleh mito tu play victim pulak. Ko pon bongok
Quote Jorja 20-3-2018 09:28 PM
Apa salah saya? konon. kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Kalau bawa slow biasanya orang akan leave u alone paling pun kena maki aja lah. Tapi kalau dua dua speeding biasanya konflik
Quote mjla 20-3-2018 09:33 PM
Lantak ko la org kaya
Otak singkek
Quote salmon-suki 20-3-2018 09:59 PM
Dua2 pn salah sbb lggar lampu isyarat..mohon kena saman,bukti dah ada...
Quote MarryPottet 20-3-2018 10:19 PM
kereta ada lambang kerajaan persekutuan & sticker polis, dll badan beruniform. bmw menterikah atau acik gomen sajork????
Quote EncikRhoma 20-3-2018 10:54 PM
ashk4nn replied at 20-3-2018 11:04 AM
cmne eh cek nama ic semua berpandukan no plate kete je..boleh ke

boleh check melalui rekod saman kalau ada. Tapi yg ni aku rasa dia check mlalui sistem jpj. Ada la tu org dalam yg check
Quote EncikRhoma 20-3-2018 10:54 PM
ashk4nn replied at 20-3-2018 11:04 AM
cmne eh cek nama ic semua berpandukan no plate kete je..boleh ke

boleh check melalui rekod saman kalau ada. Tapi yg ni aku rasa dia check mlalui sistem jpj. Ada la tu org dalam yg check
Quote kivio 20-3-2018 11:38 PM
Mangsa buli apak awak.
Kalau awak naik moto dah macam pelesit, kalau terlanggar motor lain ke, orang lain tu nak kira jadi mangsa buli awak pulak ke macam mana? Berani?
Sigh

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.277217 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top