Kini robot yang boleh mengecam dan melaporkan sesiapa yang disyaki mencurigakan sudahpun berkhidmat di Lapangan Terbang Dubai. Jadi, pesalah undang-undang dapat dikenal pasti dengan mudah melalui wajah mereka sahaja. Selain itu, robot berkenaan juga akan melaporkan sebarang aktiviti anasir pengganas yang boleh mendatangkan kemalangan jiwa atau kerosakan seperti bom dan sebagainya.
Sepanjang waktu, robot itu juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke lapangan terbang berkenaan. Ia diletakkan di bahagian ketibaan penumpang dan dikatakan "salah satu innovasi terbaik" oleh Khalid Al Zarooni, pakar inovasi di Kastam Dubai.
"Android ini bagaimanapun, masih belum diimplementasikan sepenuhnya. Namun, ia telah melalui fasa percubaan di seluruh lapangan terbang. "Otak android mempunyai banyak ciri dan peralatan yang disambungkan seperti mengenalpasti wajah, imbasan X-ray dan penglihatan haba. Data dikumpulkan kepada penilaian ancaman, lalu memberi amaran kepada bilik pengawasan" ujar Al Zarooni ketika berlangsungnya Arab Innovation Forum seperti dipetik Step Feed. Sungguhpun begitu, ini bukanlah kali pertama pegawai lapangan terbang menggunakan teknologi masa depan untuk meningkatkan tahap keselamatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) sudah menggunakan android yang mendapat banyak pengiktirafan sebagai inspektor kastam. Android yang dikagumi itu berupaya membaca isyarat tubuh, haba, mengenalpasti wajah dan mencari bagasi. Kalau penjahat menyamar, tak tahulah robot ini dapat mengenal pasti atau tidak. Apapun, ia merupakan teknologi yang memang bermanfaat untuk keselamatan sejagat. - CARI |
35
Bagus |
38
Marah |
17
Terkejut |
31
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT