Selalunya wanita yang menjadi mangsa keganasan apabila cinta ditolak. Namun, kejadian terbaru berbeza apabila remaja perempuan melemparkan asid ke wajah rakan lelaki hanya kerana tidak mahu menerima cintanya.
Mahmudul Hasan Maruf, 17, dari Dhaka, Bangladesh parah di wajah selepas serangan itu menyebabkan kesan melecur teruk dan mengelupas pada wajah serta bahu kanannya. Memetik METRO, berikutan kejadian suspek dan ibunya ditahan pihak berkuasa. Menurut laporan media tempatan, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan pulang selepas keluar bersama rakan-rakan apabila dia dihampiri remaja perempuan itu secara tiba-tiba yang kemudian melemparkan cecair berkenaan ke wajahnya. Dia mendakwa, berbulan-bulan suspek menagih cintanya walaupun sudah berkali-kali ditolak. Menurut doktor, kecederaan dialami remaja berkenaan berkemungkinan besar meninggalkan parut kekal. - CARI
|
ADVERTISEMENT