CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disiasat FBI Kerana Jalur Gemilang Disangka Lambang IS

21-3-2018 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8620| Komen: 103

Seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian dan disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) selepas penduduk tempatan keliru dengan majlis sambutan Merdeka dan Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan jurutera penerbangan di syarikat Spirit Aerosystems, Kansas itu.


Menurut FMT, Munir Zainal menganjurkan majlis berkenaan awal September tahun lalu, di kawasan tepi tasik yang disewanya daripada Persatuan Kakitangan Spirit Boeing (SBEA).

Kebanyakan tetamu yang hadir bertudung dan terdiri daripada rakyat Malaysia berketurunan India.

Penduduk mula tak senang duduk apabila tetamu bergambar dengan Jalur Gemilang, yang mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat.


Foto: Kabar Dari Malaysia


Menurut The Wichita Eagles seperti dipetik FMT, Munir kemudian menjadi sasaran FBI selepas seorang ahli SBEA membuat aduan mengenai 'sekumpulan individu berpakaian agama' dan 'bendera AS yang diubah dengan simbol IS'.


Foto: PxHere

Kes berkenaan mendapat perhatian badan hak asasi American Civil Liberties Union (ACLU) yang kemudian memfailkan aduan terhadap SBEA kerana mendiskriminasi Munir atas faktor bangsa, etnik dan agama.

Menurut laporan, Munir kini disekat daripada keahlian SBEA walaupun FBI sudah menggugurkan kes berkenaan.

Pengarah perundangan ACLU Lauren Bonds berkata, tidak logik perkara yang begitu kecil diperbesarkan sedemikian. Tiada penjelasan lain boleh digambarkan melainkan sikap prejudis dan diskriminasi.

“Munir berasa tertekan dan malu akibat disisihkan kerana bangsa, etnik dan agamanya,” kata ACLU.

Berikutan itu, badan berkenaan mengheret SBEA ke mahkamah dan bertegas mempertahankan Munir sambil menyebut tekanan dihadapinya berikutan siasatan dilakukan FBI ke atasnya.

ACLU juga bimbang insiden berkenaan memberi kesan terhadap status pemastautin tetap Munir. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 21-3-2018 10:27 AM
bodo punya redneck!



Quote AbukRokok 21-3-2018 10:52 AM
okla tu rakyat dia ada kesedaran ttg kuman pengganas

kat sini org buat donno je lantak la nak telingkup ke malaysia ni ..kerajaan je yg beria ria kesan pengganas..... 60% pengguna FB adalah pengganas sympathisers di Malonsia
Quote resiel 21-3-2018 11:05 AM
malon dan teroris pisah tiada
Quote pyropura 21-3-2018 11:11 AM
resiel replied at 21-3-2018 11:05 AM
malon dan teroris pisah tiada


Boeing aja ambil Malon jadi insinyur, hebat yah Malon .... indon jeles lettew
Quote pyropura 21-3-2018 11:11 AM
kecimpret replied at 21-3-2018 10:27 AM
bodo punya redneck!


Cash lah Midwest tu kena tornado tetiap tahun
Quote resiel 21-3-2018 11:13 AM
pyropura replied at 21-3-2018 11:11 AM
Boeing aja ambil Malon jadi insinyur, hebat yah Malon .... indon jeles lettew

nurdin ngetot pun insinyur jadi teroris  ,malon insinyur tak menjadi
Quote resiel 21-3-2018 11:14 AM
pyropura replied at 21-3-2018 11:11 AM
Cash lah Midwest tu kena tornado tetiap tahun

kerje kat boeing pun malon nak hairan tengoklah acik tudong labuh indon pun dapat keje kat sane tapi tak de la dikate teroris



Quote pyropura 21-3-2018 11:25 AM
resiel replied at 21-3-2018 11:14 AM
kerje kat boeing pun malon nak hairan tengoklah acik tudong labuh indon pun dapat keje kat sane ta ...

Gambar blog, aku pun boleh tepek poster Boeing
Quote pyropura 21-3-2018 11:26 AM
resiel replied at 21-3-2018 11:14 AM
kerje kat boeing pun malon nak hairan tengoklah acik tudong labuh indon pun dapat keje kat sane ta ...

Sebab diorang ingat bendera Indon tu Monako punya... bendera Singaporn pun ada lambang Islam crescent ...  
Quote jofizo 21-3-2018 11:34 AM
sambut raya haji? berita tahun bila nih? isu semasa ka....
Quote kecimpret 21-3-2018 11:38 AM
jofizo replied at 21-3-2018 11:34 AM
sambut raya haji? berita tahun bila nih? isu semasa ka....

berita baru lagi dikkkkk...kejadian tu berlaku september 2017
Quote zjen 21-3-2018 11:43 AM
Quran pon x tulis benrdera kene ada lambang bulan bintang ...  heharap lenkali tukar jelah bendera ... bukan apa,  dulu jalur gemilang masih kira cantik,  kang dah out,   dah x cantik,   tambahan plak sejak org islam serata dunia makin ramai jadi penganas,  kat olimpik kalu bendera mesia naik iols pon terasa malu ...sib baik belum lagi amik gold

logo PAS pon tarak teloq letak bulan bintang,   bendera mesia bahagian bulan bintang tu baik tukar je ke keris atau bunga raya,   at least xde bendera negara lain letak dua lambang ni,  boleh menunjukan keunikan weols

Quote shamsadis 21-3-2018 11:48 AM
tak perlu lawan, diaorang cuma mempertahankan negara mereka, kalau kita juga, akan berbuat perkara sama
Quote Kepitingbakau 21-3-2018 12:48 PM
Rakyat amerika marah ka bendera kena jiplakeh apa amerika yg jiplak bendera melayu jadi pening sendirik
Quote resiel 21-3-2018 06:09 PM
pyropura replied at 21-3-2018 11:25 AM
Gambar blog, aku pun boleh tepek poster Boeing

malon tongong berite rasmi dikate blog
Quote resiel 21-3-2018 06:09 PM
pyropura replied at 21-3-2018 11:26 AM
Sebab diorang ingat bendera Indon tu Monako punya... bendera Singaporn pun ada lambang Islam cresc ...

tapi ummah singaporn tak de ditangkap jadi teroris paham paham je lah kan
Quote Lollipop111 22-3-2018 01:25 AM
Penat-penat buat KLCC biliun2x, bendera negara pon orang masih pandang asing...
Quote tripleid 22-3-2018 01:42 AM
ni kes ummah kokosen maju us tak kenal bendera Msia la kan
Quote dani-rox 22-3-2018 01:53 AM
bongoknya ummah amerika... celah mana lambang daesh kat jalur gemilang. selayaknyalah dia org berpresidenkan manusia oren.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.128327 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top