CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Tak Bangun Solat Subuh Ke?”.. “Ala Doktor, Susah Lah Nak Solat. Leceh!”

21-3-2018 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5136| Komen: 8|Original author: Oleh: Whitney

GAMBAR SEKADAR HIASAN
Bukan hendak kata, sekarang ini ramai orang yang beragama Islam yang tidak solat. Sedangkan solat itu wajib dan merupakan tiang agama. Jika runtuh tiang, maka runtuhlah agama. Bayangkan selepas meninggal dunia nanti, perkara pertama yang akan ditanya dan dihisab ialah tentang solat lima waktu. Jadi, tiada alasan bagi sesiapapun untuk meninggalkannya hatta ketika sedang sakit sekalipun.

Seorang Doktor Perubatan bernama Fahd Razy berkongsi hal pesakit yang mana ramai tidak solat ketika berada di wad melalui laman Facebook miliknya. Dia berasa sedih kerana pelbagai alasan yang diberikan oleh pesakit ketika dia cuba bertanyakan tentang solat. 

Dalam status Facebooknya juga, dia berpesan agar ahli keluarga dan sanak saudara yang menemani dan datang melawat dapat membantu pesakit solat.


Menyedihkan.Macam-macam alasan pesakit yang tidak mahu solat.



Mulai hari ini, kalau anda nak melawat pesakit, tak payah bawa makanan banyak-banyak. Tak perlu bunga, atau kad, atau KFC..

Netizen turut berasa sedih kerana mereka sedar yang ramai pesakit yang tidak solat ketika sedang menerima rawatan di wad. Memang boleh kira berapa orang saja yang solat dan asyik jumpa muka yang sama saja jika bertembung di surau wad.

Yang menyedihkan lagi, netizen turut komen yang mana ahli keluarga atau saudara yang menemani pesakit di dalam wad juga tidak menjaga solat. Macam mana mereka ingin membantu dan menasihati pesakit supaya solat sedangkan mereka sendiri tidak menunaikan solat.

Apabila sakit, ramai yang mendoakan agar cepat sembuh dan menganggap sakit itu penghapus dosa. Tapi kalau tengah sakit tetapi tidak solat, macam mana Allah nak hapuskan dosa? Makin bertambah dosalah nampaknya. 

Ingatlah, ibadah solat mestilah ditunaikan dalam apa jua keadaan dan dimana pun kita berada. Tengah kalian sihat ni, belajarlah cara solat ketika sakit supaya tiada alasan untuk kalian meninggalkan solat.  - CARI 

10

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 21-3-2018 12:04 PM
info yg berguna...
Quote munchkin 21-3-2018 02:18 PM
Jadi ustaz jelah doktor. Yg ustaz ustaz luar sana dari duduk kat rumah depan komputer dok taip taip keyboard cubalah buat lawatan ke hospital
Quote realist_13 21-3-2018 03:05 PM
Do we have religious affair dekat hospital2 ni smua? Iols tak sure, lama tak jenguk spital d malaysia. Di hospital2 SAUDI ARABIA ada religious affair staff dtg buat round dekat wad, cek n tanya solat ke tak, boleh mengaji ke tak, ada brochure lah, CD lah etc etc utk mendekatkan diri dgn ibadat time sakit. Pada yg tunggu masa menghadap Ilahi, mereka mainkan ayat2 suci alquran siap letak CD player dkat tepi katil. Even ada sesi kaunseling pendek psal sakit dlm islam utk relatives pesakit. Dlu2 iols is kagum sngt dgn their effort to enlighten their own ppl pasal agama islam itu sndiri.. {:love
Quote mbhcsf 21-3-2018 05:57 PM
mohon pihak yg  terbabit hubungi JAKIM

sebab ada pun panduan


TAYAMMUM Wudu' and SOLAH Guide for PATIENTS

terbitan JAKIM

ade booklet form

mohon pihak hospital atau persatuan kakitangan Muslim berikan buku ni


Quote mbhcsf 21-3-2018 05:58 PM
realist_13 replied at 21-3-2018 03:05 PM
Do we have religious affair dekat hospital2 ni smua? Iols tak sure, lama tak jenguk spital d malaysi ...

ada je , just tanya tapi  benda ni pada I macam dalam plane lah

sebenarnya hendak seribu daya mahu seribu daya

tak hendak .....


Quote realist_13 21-3-2018 06:00 PM
mbhcsf replied at 21-3-2018 05:58 PM
ada je , just tanya tapi  benda ni pada I macam dalam plane lah

sebenarnya hendak seribu daya  ...

Yup, smua depends atas diri sndiri kan...
Quote fliphair8 21-3-2018 06:55 PM
Mak ayah aku punya pesanan penaja kat anak diandaikan diorang sakit terlantar.....amikkan wudhu bila masuk waktu....sedih aku...pastu mak aku selamba cakap abih tu ko nak biar mak kena seksa tak solat! Mak ohhh mak
Quote ashk4nn 21-3-2018 07:26 PM
aku masuk wad dulu suraunya berhadapan pintu wad. kiranya dh keluar wad n menapak sikit sampai la surau. aku solat tiap waktu kat situ la tapi sekali tu aku kene marah sebab alasan dia aku keluar wad walaupun still dlm building. hahaha. aku x reti nk solat ats katil spital sebab aku sehat je time tu sebelum operation. lepas tu aku pon tak solat la.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.198319 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top