CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

K-Drama Lovers - Ini 8 Restoran Korea Di Lembah Klang Anda Harus Cuba!

22-3-2018 02:11 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4413| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza Rai




Anda peminat drama bersiri Korea?
Mesti terliur melihat menu yang dinikmati oleh pelakon-pelakon K-Drama ini. Ada yang dipanggang, direbus, atau dimakan bersama sos-sos yang menggiurkan, rasanya ramai yang ‘geram’ untuk turut sama menikmatinya kan?

Jadi, mana nak cari makanan Korea ni?
Portal makanan popular, Eatigo telah menyenaraikan 8 lokasi restoran di Lembah Klang yang harus anda cuba dengan senarai harga berpatutan.

Jom semak!

1)    The street café/ K Street
Restoran dua tingkat ini memaparkan stail café di tingkat bawah manakala untuk pengunjung yang lebih ramai boleh terus ke tingkat atas.

Yang menariknya, restoran ini kerap menjadi tumpuan peminat K-pop. Menunya pula berpatutan dengan harga seperti chicken popcorn RM10, Seafood Sundunu Jjigae RM15.90, Bulgogi pot rice set RM26.90.

2)    Mido
Nak makan apa?
Korean BBQ atau masakan stew?
Boleh nikmati di Mido yang reka bentuk restorannya menyamai rumah Korea dengan pintu besar bagi setiap ruang. Malahan ada dua tingkap yang menutup ruang hingga anda takkan nampak orang lain di ruang sebelah. Jadi lebih tertutup lah.

Bulgogi antara yang istimewa di sini dengan diperap bersama perisa asli, sayuran, cendawan serta mihun Korea dalam rebusan tulang lembu. Pasti anda tak toleh kiri kanan ketika menikmatinya.


3)    BBQ chicken Malaysia
Dinobatkan pilihan restoran ayam nombor 1 di Korea, BBQ Chicken ini adalah singkatan kepada ‘Best of Best Quality’.
Jadi, anda pun kenalah cuba untuk tahu mengenai kesedapan menu Korea ini. 

4)    Impressoul Gastrology
Ada tawaran terbaik di sini, tiram hidup yang dihidangkan dengan perahan lemon serta kepedasan sos Tabasco. Sangat segar hinggakan anda boleh menghabiskannya dalam satu hirupan sahaja. 5 keping tiram hanya dengan RM60 sahaja.


5)    Mr.Dakgalbi
Wow! Dengarnya restoran ini ada 21 cawangan di seluruh Malaysia. Nampak sangat ramai peminat K-Drama di sini. Jadi kalau nak merasa ‘Spicy Dakgalbi chicken’ dengan resipi rahsia dari Korea, anda harus ke sini ya. Antaranya ialah di Sunway Pyramid Shopping Mall, Citta Mall, Bukit Bintang dan lain-lain.

6)    Gangnam Station
Nak rasa makanan Korea dalam harga bajet?
Anda boleh cuba value lunch Bulgogi (daging) Dubap, Nakgi (sotong) Dubap & Godeungeo (ikan) dubap yang didatangkan dengan 2 menu sampingan, minuman dan potongan buah pada hari tertentu iaitu Rabu & Sabtu, Khamis & Jumaat, Isnin & Selasa. Paling istimewa semua bermula dengan harga RM13.90. Lagi syok, jika anda tak sempat ke sana, Gangnam Station juga menyediakan penghantaran dengan syarat-syarat tertentu.

7)    Stonebowl Korean Cuisine
Rasai pengalaman moden yang diinspirasikan dari menu tradisi  yang menawarkan daging terbaik dan buatan tempatan. Antara menu yang popular ialah dumpling, savory pancakes dan stew berempah yang didatangkan dalam mangkuk panas. Harganya pula cuma RM15.90 dengan tambahan menu sampingan dan teh hijau percuma.

8)     Seoul Oppa Korean Seafood Shabu Shabu Restaurant
Berbeza dengan restoran Korea lain yang menghidangkan barbeque, Seoul Oppa ini pula menawarkan aneka makanan laut buffet. Semuanya disediakan segar setiap hari oleh ketua chef yang didatangkan dari Korea. Jadi, ini senarai restoran halal yang harus anda cuba di Lembah Klang ya.  - CARI

8

Bagus
9

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
21

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 22-3-2018 04:09 PM
Hwa Ga Korean BBQ Restaurant.
Quote kimchipedas 22-3-2018 08:19 PM
Ok akan ku terjah restoran yg x smp lg tu
Quote CardiGans85 22-3-2018 08:26 PM
Selalu mkn kt Soopong IOI Putrajaya. Boleh msk mkn mknn Korea ni sbb byk sayur..hehehe
Quote pearl.silver 22-3-2018 09:11 PM
Restoran eid bangi tu my fav
Lg plak diorg pun muslim
Soopong pun ok..x muslim tp mesra muslim
{:run
Quote meisapoya 22-3-2018 09:21 PM
No 1 x sedap, no 5 sedap
Quote wordlife 22-3-2018 10:14 PM
Street Cafe tu mmg fav lah kalau tekak nak rasa makanan asli korea
sekarang kan tgh viral K Fry dengan ayam cheese dia, itu dengan Nanda Chicken kt Solaris Mont Kiara

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.197255 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top