"Perbuatan bapa dengan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakangkan hak perlindungan dan keselamatan seorang kanak-kanak."
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meluahkan kekesalannya berhubung tindakan lelaki melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing' atau hayun tali bersama anaknya seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini. Sabtu lalu, Fazil Mohamad Dali, 42, dan juara Fear Factor Malaysia 2014, Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho memuat naik video melakukan terjunan 'rope swing' bersama anak masing-masing pada ketinggian 60 meter dari jambatan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Menurutnya, individu terbabit boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana ia mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahaya kecederaan emosi atau fizikal. "Saya berasa terperanjat dan kesal menyaksikan rakaman video seorang bapa yang sanggup mempertaruhkan nyawa anak sendiri dalam melakukan aktiviti ekstrem 'rope swing' ke dalam jeram," katanya. Dalam masa sama, Rohani menegaskan tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan kebanggaan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, saya menyeru orang awam melaporkan kes sedemikian kepada pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 29A Kanak-Kanak 2001. "Orang awam juga boleh membuat laporan polis supaya siasatan mengenai kes sedemikian dapat dilakukan mengikut peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. - CARI
|
17
Bagus |
5
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siputsedut replied at 22-3-2018 10:30 AM
Tak bergegar ke otak anak dia terjun tinggi2 camtu? Apa ke nama..shaken baby syndrome?
sufi^_^ replied at 22-3-2018 11:27 AM
Yang terlupa anak dalam kereta tu tak payah guna akta kanak2 ke?
sufi^_^ replied at 22-3-2018 11:27 AM
Yang terlupa anak dalam kereta tu tak payah guna akta kanak2 ke?
ADVERTISEMENT