|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar cukai GST di negara ini sebanyak enam peratus merupakan kadar paling rendah berbanding negara lain.
Malah, beliau berkata kerajaan telah mengecualikan GST ke atas 578 barangan keperluan atas dasar prihatin. “Lazimnya, mereka (orang tengah) akan menaikkan harga barangan dan salahkan kerajaan kononnya harga naik disebabkan GST. “Ini tak benar kerana GST telah kita laksanakan sejak dua tahun lalu, sepatutnya tidak ada kesan sama sekali (pada harga barangan),” katanya memetik laporan Bernama. Selain itu, dengan adanya GST, ia membolehkan kerajaan memberi pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat.
”Kita sediakan RM6.8 bilion untuk agihan BR1M tahun ini dan (daripada jumlah itu) di Sabah, RM561 juta untuk Sabah,” katanya lagi. - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041060 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.