CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Model Ini Berjaya Kurangkan Berat 127 Kilogram Dengan Hanya Berjalan Kaki!

22-3-2018 12:52 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4063| Komen: 14|Original author: Oleh: Amiey

"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" adalah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan usaha seorang lelaki yang berjaya mengubah penampilannya daripada seorang yang memiliki berat badan berlebihan kepada seorang jejaka yang sangat segak!



Gwilym Pugh, yang berasal dari London ini berjaya membuatkan ramai orang kagum dengan perubahan imejnya yang kini bergelar seorang model terkenal.

Berat badan Gwilym mula bertambah apabila dia memulakan perniagaan insurans nyawa dan hanya bekerja daripada rumah pada usianya 21 tahun. Perniagaan yang dijalankannya tidak memerlukan dia untuk melakukan pergerakan yang banyak, dan akhirnya menyebabkan berat badannya bertambah tanpa disedari. 

Foto: Mirror
Bekerja hampir 12 jam sehari menyebabkan Gwilym tidak mempunyai masa untuk bersukan atau bersenam. Walaupun perniagaannya berjalan dengan lancar namun masalah berat badan yang melanda membuatkan dia hilang keyakinan diri. 

Menyedari hakikat tersebut, dia tekad untuk berubah dan melakukan sesuatu untuk mendapatkan berat badan yang ideal. 

"Perniagaan saya berjalan lancar tapi saya juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Bekerja 12 jam sehari membuatkan saya tidak sempat untuk bersenam. Saya juga tekad untuk mulai menjaga kesihatan diri," ujar Gwilym seperti yang dipetik dari The Mirror.  
 
Foto: Mirror
Gwilym mula dengan pengambilan makanan yang rendah kalori. Malah dia juga tekad untuk berhenti dari meneruskan perniagaan dari rumah yang dilakukannya. 

"Itu adalah perkara terbaik untuk kesihatan saya kerana saya berhenti duduk selama 9 hingga 10 jam sehari. Selepas itu, saya banyakkkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 ribu langkah setiap hari," terang Gwilym. 

Hasilnya, dia berjaya mengurangkan sehingga 127 kilogram dari berat asalnya. Wow! 
Foto: Mirror
Gwilym juga kini bergelar seorang model popular. Wajahnya juga menghiasi halaman majalan GQ dan Hunger. Lebih membanggakan lagi apabila dia terpilih menjadi ikon di samping David Beckham. 
           
Seiring dengan penurunan berat badannya, dia juga turut terpilih menjadi wajah untuk koleksi Nathan Palmer pada tahun 2015 dan diundang menjadi model bagi ACMK, London. Dia juga sudah menjayakan banyak iklan-iklan besar seperti Vans, Bud Light dan Diesel. 
Foto: Carian Google
Dia juga telah dipilih menjadi duta produk kecantikan untuk lelaki milik Becham iaitu House 99. 
                        
Wah, menarik bukan? Malah rahsia Gwilym berjaya menurunkan berat badannya hanyalah banyakkan berjalan kaki serta mengambil makanan rendah kalori. 

Jadi, apa tunggu lagi? Bak kata orang; "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih", sekiranya betul-betul mahu mengurangkan berat badan, lakukan sesuatu bermula daripada sekarang. Anda tidak akan dapat kurus hanya dengan berimaginasi! -CARI
11

Bagus
18

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-3-2018 12:58 PM
Betul tu dan senaman paling selamat adalah berjalan kaki dan jaga pemakanan
Quote mrizumi 22-3-2018 01:04 PM
Kalau dh nekad..semua boleh jadi..
Quote nadna 22-3-2018 01:49 PM
Naik turun tangga kalau malas sangat
Quote haryatie 22-3-2018 02:42 PM
betul tu..nk kurus kena ada tindakan dn usaha
Quote MsKathryn 22-3-2018 04:14 PM
Setuju sgt... Good job
Quote merrissa 22-3-2018 08:36 PM
bagus...moga maju lagi bisnes hang....i is jeles....jeles....jeles....camna la nak kurus ni
Quote Cari-Amiey 23-3-2018 01:18 PM
merrissa replied at 22-3-2018 08:36 PM
bagus...moga maju lagi bisnes hang....i is jeles....jeles....jeles....camna la nak kurus ni

jom kurus bersama. hehehe Iols pun tengah usaha nak kurus ni huhuhu
Quote Cari-Amiey 23-3-2018 01:20 PM
Artemesiaa replied at 22-3-2018 12:58 PM
Betul tu dan senaman paling selamat adalah berjalan kaki dan jaga pemakanan

Betul. Walaupun lambat sikit nak turun, tapi nanti confirm puas hati
Quote Cari-Amiey 23-3-2018 01:24 PM
merrissa replied at 22-3-2018 08:36 PM
bagus...moga maju lagi bisnes hang....i is jeles....jeles....jeles....camna la nak kurus ni

let's start from now.
Quote Minami2013 23-3-2018 01:32 PM
Gigi die agak turn off jugak...
Quote evlinne 24-3-2018 11:03 AM
Macam Nordic guy. So hot
Quote ReginaGeorge 24-3-2018 06:21 PM
Beard dah lebat macam tu, agaknya bulu konek pon macam tu juga. Kesihan konek, sesak nafas.
Quote bloodyamuk 25-3-2018 07:19 AM
bila fit baru pengaliran darah dalam badan lancar, badan sihat otak pun cerdas, confident. itu yang buat tambah hensem
Quote nishikido 25-3-2018 10:54 AM
Wow...dari itik hodoh kepada swan.siapa2 pon akan nampak handsome/cantik bila kurus..sigh*

Bila la nak kurussss...

Tengok perut,halamak...*pengsan

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082269 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top