CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tambah Tak Apa, Jangan Buang Isteri!” Suami Adira Nasihat Ude

23-3-2018 01:45 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 6610| Komen: 32|Original author: Oleh: Amirah

Ternyata masalah rumahtangga yang dihadapi oleh suami Izreen Azminda, Ude yang baru sahaja menceraikan isteri pertama telah menarik perhatian banyak pihak dan tidak terkecuali juga suami Adira, Datuk Seri Adnan yang juga dikenali sebagai Datuk Red.


Foto: IG Dato Red
Datuk Red sendiri mengamalkan hidup berpoligami dan mengatakan penceraian bukanlah jalan terakhir untuk menutup segala masalah rumah tangga.

Dia juga berkongsi rasa penyesalan dengan apa yang berlaku atas perkahwinan pertamanya dan merasakan itu adalah tindakan yang tidak matang apatah lagi sering terkenangkan masa depan anak-anak.

Foto: IG Dato Red


"Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.

"Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

"Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri," ujarnya pada Mstar Online.

Foto: IG Dato Red
Mendengar sahaja perkataan ‘cerai’ sudah cukup membuatkan Datuk Red benci dan berharap agar Ude tidak abai tanggungjawab dan meletakkan semua beban ke atas bekas isteri.

Foto: IG Dato Red

"Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

"Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja," ujarnya.

Foto: IG Dato Red
Datuk Red mula menjalani kehidupan berumahtangga ketika usianya 20-an dan dikurniakan dua orang anak yang kini berusia 19 dan 14 tahun. Namun selepas lima tahun dia berpisah.

Selepas setahun berpisah, dia mengahwini pula Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red dan dikurniakan tiga orang anak.

Adira pula merupakan isteri terbarunya dan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Anggerik pada 2017.

Bagus nasihat Datuk Red! Tapi pastikan tiada isu kahwin senyap dengan perempuan lain di belakang isteri. Jangan berahsia. - CARI
18

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 23-3-2018 01:51 PM
Edited by chazey at 23-3-2018 01:54 PM

Gi mampos la. Nak nasihat kunun padehal dia pun buat benda yang sama. Semoga anak2 ko benci ko separuh mati. Cilakak ko la tinggalkan bini first ko tu demi nak nikoh dengan bini first sekarang yang tau pula merempan panggil Adira babi segala bila merasa gimana laki dicaras tino garit lainnya, pght. Sah2 la anak2 ko masih kecik masa tu khen.  
Quote shailyvelera 23-3-2018 02:47 PM
layak ke nk ckp gitu ko ni......mohon mereputtttt...
Quote CiliPadiSedap 23-3-2018 02:55 PM
chazey replied at 23-3-2018 01:51 PM
Gi mampos la. Nak nasihat kunun padehal dia pun buat benda yang sama. Semoga anak2 ko benci ko separ ...

garangnya kau sis
Quote shark 23-3-2018 02:57 PM

betul lah dia cakap.jangan lah emosi pulak

Quote ecahaha 23-3-2018 02:58 PM
chazey replied at 23-3-2018 01:51 PM
Gi mampos la. Nak nasihat kunun padehal dia pun buat benda yang sama. Semoga anak2 ko benci ko separ ...

setuju.. sedap duk ngata adira padahal lebih kurang jer diri sendiri pun..
Quote MH3707 23-3-2018 03:01 PM
nak enterframe jugak berok mak yeh ni kat isu uda...
Quote soy_beans 23-3-2018 03:15 PM
chazey replied at 23-3-2018 01:51 PM
Gi mampos la. Nak nasihat kunun padehal dia pun buat benda yang sama. Semoga anak2 ko benci ko separ ...

Tu dia tulis selepas setaun bpisah baru kawen dgn datin red. X baca ke statement atas tu. Iols pn x suke die ni tp x same la kes ngn kude tu
Quote hyie 23-3-2018 03:30 PM
amboi sentap ke Dato Red
Quote Issandra 23-3-2018 03:33 PM
Si rahim sepahtu tu pn binik 2 kan? Bagaimana kah layanan terhadap isteri2 beliau?
Quote Minami2013 23-3-2018 03:34 PM
Die ckp based on experience... menyesal berpisah with the first wife.. tp nasi dah jadi bubur.. patut nasihat ni b4 ude masuk court utk ceraikan intan..
Quote rayray28 23-3-2018 03:37 PM
soy_beans replied at 23-3-2018 03:15 PM
Tu dia tulis selepas setaun bpisah baru kawen dgn datin red. X baca ke statement atas tu. Iols pn  ...

Dlm forum sebelum ni ada dh cite..
Quote mokcikKSKB 23-3-2018 03:44 PM
Sembang kencang langit pon boleh runtuh
Quote buapakperut 25-3-2018 02:06 AM
Euww ape niii
Quote ReginaGeorge 25-3-2018 04:08 AM
Lelaki mcm u ni pon tak layak bg komen. Dah p romance bini2 ko tuh. Kecoh.
Quote jahcomel 25-3-2018 09:54 AM
cara dato red nik ckp cam dia masih ade harapan nk mmperisterikan smula ex bini first dia...aku ade cite benar masa aku duk wat praktikal kt sykt kontraktor dulu, dia ada 3org isteri tp bakal y ke-4 nnti dia nk ambik exbini 1st dia sbb dia nyesal ceraikn bini 1st dia dulu, dia kata exbini 1st istemewa bg dia, sib baik lh exbini dia lom kawen baru, tiga2 bini dia y ade tu hati masing2 x tnteram...
Quote abangadek 25-3-2018 10:53 AM
walaupun aku xsuka tokred tapi aku nak padankan je muka tin red tu.. kemain ckp jgn menyondol kt laki org nak perli si adira letewww padahal kau pun same ja.. takdenya konon lepas setahun cerai bini 1st baru kawen ngan tin red tu.. kamonnnn mesti dh skandal dr awal lgi sampai blh bercerai berai
Quote edoraixora 25-3-2018 11:07 AM
Kalau takut dengan perceraian, janganlah buat perkara yg boleh mendatangkan cerai. Pokok pangkal nye engkau...sedaplah ngko cakap menambah bini xpe, jgn cerai bini. Ko yg dapat sedapp
Quote Konahhh 25-3-2018 11:30 AM
Lepas setahun baru kahwini tin red, setahun sebelum tu dating jah khens
Quote Ambola 25-3-2018 06:29 PM
Dia pulak menyibuk lebih

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.204475 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top