Umum mengetahui berita kemalangan yang menimpa legenda sukan permotoran Formula 1, Michael Schumacher pada tahun 2013. Michael mengalami kemalangan selepas bermain ski di Banjaran Alps. Kemalangan itu menyebabkan juara dunia 7 kali itu mengalami kecederaan bahagian otak yang agak serius. Malah pihak perubatan terpaksa meletakkan Michael dalam keadaan koma selama 6 bulan bagi memudahkan proses rawatan. Selepas 5 tahun berlalu, pelbagai spekulasi timbul mengenai keadaan pelumba F1 itu. Rata-rata peminat mahu mengetahui keadaan kesihatan Michael dimana keluarganya memilih untuk tidak berkongsi dengan umum mengenai keadaan terkini beliau.
Ketika ini diberitakan, Michael menerima rawatan di kediamannya di Lake Geneva. 15 pakar perubatan dan jururawat ditugaskan memantau dan menjaga perkembangan beliau 24 jam sehari juga kos rawatannya dilaporkan mencecah 115,000 pound seminggu. Namun baru-baru ini pengurus Michael, Sabine Kehm membuka suara mengenai perkembangan terkini beliau. "Apa yang saya boleh katakan, ahli keluarga amat menghargai sokongan dan simpati peminat'. "Ramai memahami kenapa perkara ini tidak dikongsi kepada umum," ujar Kehm. Kenyataan itu dibuat menjelang perlumbaan pembukaan F1 2018 di Australia hujung minggu ini. Malah pada sesi ujian di Sepanyol, kain rentang dipasang bagi menghormati Michael juga sebagai tanpa sokongan. - CARI
|
anaktoyol replied at 24-3-2018 04:24 PM
Wife dia ni dulu adalah gf kepada sorang lagi pelumba F1.. rasanya satu team masa tu...tapi entah ap ...
Lagubestbest replied at 25-3-2018 09:02 AM
Sebab takde pesaing, lewis hamilton seronok mendominasi. Paling berpotensi pun cuma max verstappen y ...
ADVERTISEMENT