Masih ingat lagi video Bigo Live Fathia Latiff bersama pelakon Natasha Elyzza? Disebabkan video tersebut, Natasha sudah lebih enam bulan menganggur. Namanya sering kali digugurkan oleh pihak produksi, selain ditolak oleh beberapa stesen televisyen. "Saya sudah lebih enam bulan tiada kerja dan tidak buat apa-apa, saya ada dapat tawaran berlakon daripada beberapa produksi tapi nama saya digugurkan. "Mereka beri alasan nama saya tidak lepas ke stesen televsyen, ia mungkin disebabkan kontroversi tersebut," ujarnya kepada mStar Online. Natasha, 24 mengakui yang dia menyesal dan telah menerima pengajaran dari peristiwa tersebut. "Saya rindu sangat nak berlakon kembali, bukan saya tidak boleh kerja lain tapi minat saya kepada bidang lakonan sangat kuat. "Saya benar-benar berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi peluang kepada saya untuk kembali seperti dahulu." Sementara itu, hubungan Natasha dan Fathia menjadi renggang selepas kontroversi berkenaan. "Kami tak bergaduh, cuma masing-masing buat hal sendiri lepas perkara itu menjadi kontroversi. Saya faham dia pun melalui fasa yang sukar selepas perkara itu berlaku," tambahnya. -CARI |
7
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
16
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 26-3-2018 11:43 AM
pergi kerja kat 7e ke darp ko mengangur kat umah dapt jugak duit
tak pun kerja kat jakel mall tu ...
cmf_premierleag replied at 26-3-2018 12:18 PM
dik, kalo ko kene gam dgn memana producer pun akak x heran sbb seriously akak tak penah tgk ko pun k ...
ADVERTISEMENT