“Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya
dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini." Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat terkejut apabila namanya dikaitkan dengan isu penceramah bebas disyaki mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga isteri orang. Penceramah dari Negeri Sembilan berusia 41 itu menafikan perkara berkenaan selepas dihujani pertanyaan daripada keluarga sebaik pulang dari Tanah Suci Makkah pada Ahad, lapor BERNAMA.
“Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa, cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,” katanya dalam sebuah sidang media yang diadakan pada Isnin. Bagaimanapun, Syamsul memaklumkan dia masih belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan. “Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya,” katanya. Sehubungan itu, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit. “Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya. Dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul atau tidak hujung pangkalnya. “Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan,” ujarnya. Pada Ahad lalu, media melaporkan seorang penceramah bebas didakwa menjalin hubungan dengan isteri orang. - CARI
|
23
Bagus |
18
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 27-3-2018 11:17 AM
Pepatah lama Melayu kata,
Masakan tiada angin jika pokok brrrrgoyang.
putribonda replied at 27-3-2018 11:30 AM
suda tukar ka itu pepatah..bukan ka macam ni:
masakan pokok bergoyang jika tiada angin
Maideen. replied at 27-3-2018 10:54 AM
Actually bukannya mudah untuk seorang penceramah mengawal kepala bawah mereka walaupon kepala atas m ...
lkick2113 replied at 27-3-2018 12:07 PM
kenapa maideen??? mengikut tuan guru yg bagi ceramah di Kg. Railway tu, kalau solat kita sempurna, ...
ADVERTISEMENT