Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak. Kebanyakan mereka sangat mengambil berat tentang keselamatan anak-anak tidak kira di dalam atau di luar rumah. Bagaimanapun, menjaga keselamatan anak-anak adalah suatu perkara yang sangat mencabar. Tidak bermakna apabila tidak membawa anak-anak ke luar rumah, mereka berada dalam keadaan yang selamat. Sedangkan di rumah juga boleh berlaku pelbagai kecederaan yang mungkin ibu bapa sendiri tidak dapat menduga. Dapur adalah bahagian yang tidak begitu selamat untuk kanak-kanak terutamanya anak yang masih kecil. Sebab itulah ibu bapa patut menghalang anak-anak masuk ke dapur kerana terdapat pelbagai bahaya seperti peralatan memasak yang tajam, masakan atau minyak menggoreng yang panas, air panas dan sebagainya yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Laman Facebook bernama Rizal Hakimm berkongsi kisah benar yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang baru berusia setahun yang melecur akibat tersimbah minyak panas yang sedang mengggoreng.
Ia boleh dijadikan peringatan dan iktibar kepada semua ibu bapa agar tidak menggalakkan anak-anak berada di dapur ketika sedang memasak.
Siapa tak gila apabila tengok sosok tubuh yang kecil sedang menggelupur kepedihan setelah badan tersimbah minyak masak yang panas. Walaupun si ibu sememangnya terlalu cerewet bab keselamatan anaknya, tetapi apabila berada di bawah jagaan bibik, ia tidak mampu untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Biarpun sedih kerana dipersalahkan atas kemalangan tersebut, tetapi ramai yang datang untuk membantu dan keadaan menjadi lebih mudah. Netizen berasa sangat takut sehingga tidak mahu langsung anak-anak mereka berada di dapur selepas membaca perkongsian itu. Mengelak itu lebih baik daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kebiasaannya para ibu yang terlebih risau dan takut sekiranya berlaku apa-apa kepada anak-anak mereka. Jadi, ramai juga netizen yang sudah berhati-hati dan menjaga pergerakan anak-anak. Maklumlah, anak-anak memang suka mengikut pergerakan ibunya walau ke mana sahaja termasuklah ke dapur untuk memasak. Komen netizen ini, selain diri sendiri yang perlu sentiasa mengambil langkah berhati-hati, mereka juga turut berpesan kepada pasangan masing-masing agar lebih teliti dalam aspek keselamatan anak-anak ketika berada di rumah terutamanya dibahagian dapur. |
7
Bagus |
4
Marah |
14
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT