Sudah enam tahun Sasha Saidin berpisah dengan bekas suami dan menyara sendiri anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia sembilan tahun.
Apabila ditemubual oleh Sinar Harian, dia sendiri tidak mahu jadikan tuntutan nafkah itu sebagai isu dan dia yakin bekas suami sepatutnya tahu tanggungjawabnya sebagai bapa. "Kami berpisah secara baik, malah hubungan Arya dan bapanya juga tidak ada masalah di mana mereka sering berhubung menerusi skype meskipun jarang berjumpa kerana suami menetap di Jakarta. "Namun saya tidak pernah mempersoalkan apatah lagi menuntut atau memaksa dia untuk berbuat demikian kerana bagi saya dia sepatutnya lebih tahu.
"Apa pun saya tak anggap ia sebagai suatu isu kerana beranggapan mungkin keadaan kewangan dia juga tidak begitu mengizinkan, lagipun saya dan Arya dalam keadaan yang baik-baik sahaja," katanya. Sasha yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite pernah melangsungkan perkahwinan bersama pemuzik Indonesia, Salyo Priyanto dan telah bercerai pada 10 Julai 2012. Baginya dia tetap merasa bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang lebih bahagia dan sentiasa bersederhana. "Kehidupan kami berjalan dengan baik dan alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk memenuhi keperluan harian serta pendidikannya. "Kami melalui hidup yang sederhana dan saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai ibu tunggal sebagai sesuatu yang menghalang untuk kami hidup bahagia sebagaimana orang lain,” katanya. Sasha juga berkongsi dia mempunyai teman rapat namun tidak ada apa-apa niat lagi untuk membawa hubungan ke arah yang lebih serius. Lama juga tidak dengar khabar Sasha Saidin. Harap bekas suami berusaha mencari nafkah dan jadilah bapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anaknya. - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
8
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idril replied at 28-3-2018 07:23 PM
kalau akak jadi dia akak gi registration dept akak tukar nama tu
mixed replied at 28-3-2018 05:48 PM
suka tgk dia layan ecah cam kanak2
bkn cam cheta asyik bt ecah cam pokok kimas bergerak cian
bdk ...
BookerT replied at 28-3-2018 08:18 PM
Notosoemarsono ? mak hayam jawa ke suami dia nyah?
ADVERTISEMENT