Lima tahun penjara, hukuman bagi seorang lelaki lembam kerana dituduh mencabul adik kandung sendiri tahun lepas. Berita Harian melaporkan, lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Kampung Gudang Rasau itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dazuki Ali di Mahkamah Sesyen Kuantan.
Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memegang kemaluan dan punggung adiknya yang berusia 11 tahun di rumah mereka di Kampung Gudang Rasau pada jam 7 malam 8 Ogos 2017. Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pertuduhan kedua, tertuduh memaksa adik kandung memegang kemaluannya di lokasi, tarikh dan masa yang sama, yang mana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Tertuduh minta diringankan hukuman atas alasan dia OKU dan hanya bekerja di kilang memproses ayam dengan gaji RM30 sehari. Dazuki menjatuhkan hukuman masing-masing lima tahun penjara bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan ia dijalankan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu 12 Ogos 2017. -CARI
|
10
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Skuau: lembam2...pon...ada gak terfikir nak merogol....kihkihkih....dunia2.....
shernazz replied at 29-3-2018 07:35 PM
Uols neh..walaupon.oku..depa ada nafsu
Autism.ke down syndromme ke..lembam.ke...
Tapi parents oku ...
ADVERTISEMENT