CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Anda Mungkin 'Overweight' Jika Alami 10 Tanda-Tanda Ini...

3-4-2018 12:09 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4876| Komen: 18|Original author: Oleh: Amiey

Terdapat ramai yang merasa selesa dengan berat dan bentuk badan sendiri walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai berat badan yang berlebihan. Atau mungkin tidak selesa dengan berat sendiri tetapi malas untuk berdiet atau bersenam.


Bukan untuk menjatuhkan, tetapi berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit. Tahukah anda terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa seseorang itu sebenarnya mempunyai berat badan yang berlebihan?

Melalui Mingguan Wanita, kami kongsikan 10 tanda yang menunjukkan yang anda perlu mula melakukan sesuatu untuk mengurangkan berat badan. 

1. Sukar Nak Bersenam
Suka atau tidak, aktiviti fizikal adalah satu cara yang perlu dan wajib anda lakukan untuk memastikan gaya hidup sihat. Tetapi, sekiranya berat anda menghalang untuk anda dari melakukan senaman, anda perlu terus melakukannya sehinggalah anda merasa selesa. Tetapi, jangan terlalu memaksa diri. Mulakan dari banyakkan berjalan untuk membiasakan diri.


2. Kuat Berdengkur
Foto: Carian Google
Kalau bunyi dengkuran mengganggu orang sekeliling dan setelah bangun tidur anda berasa mamai bermakna berat anda adalah puncanya. Anda berdengkur dengan teruk dan jarang mendapat tidur yang bagus setiap malam, anda boleh menderita masalah apnea tidur. Apnea tidur adalah keadaan pernafasan tidak tetap yang mengganggu tidur akibat berat badan berlebihan.

Ini kerana apabila tubuh menyimpan lemak pada bahagian leher, ia boleh menyempitkan laluan udara sekali gus menyebabkan penyempitan dalam pernafasan atau bernafas tersekat-sekat.

3. Rasa Sakit Jika Tersentuh
Anda merasa keadaan ini pada setiap bahagian tubuh. Kerengsaan boleh membuatkan tisu lemak di bahagian bawah kulit rasa sakit apabila disentuh. Jika BMI anda terlalu tinggi, anda rasa sakit di bahagian yang tidak disangka. Pengurangan berat badan mampu mengatasi masalah ini.

4. Buat Kerja Sikit, Cepat Letih
Foto: Carian Google
Kerengsaan dalaman menyebabkan lemak berlebihan yang boleh membawa kepada kelesuan. Jika BMI meningkat, dan rutin harian seperti membeli-belah membuatkan anda letih, ini bermakna berat tambahan yang ada pada tubuh mungkin menjadi penyebabnya.

5. Makan Banyak Macam Mana Pun Tetap Rasa Lapar!
Sudah tentu, ini adalah salah satu tanda anda memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan. Tetapi ia juga boleh menjadi gejala-gejala kepada rintangan insulin atau diabetes tahap 2, terutamanya jika anda memiliki BMI yang meningkat bertahun lamanya. 

Selain itu, penglihatan kabur, rasa berdenyut-denyut, kejang pada tangan atau kaki dan haus melampau juga petanda rintangan insulin. Seiring masa, berat badan berlebihan boleh mencetus keadaan-keadaan yang telah disebutkan tadi. Pengurangan berat badan pula boleh menterbalikkannya.

6. Ada Tekanan Darah Tinggi Atau Kolesterol Tinggi
Foto: Healthline
Kurang berat badan boleh mengurangkan jumlah tekanan darah atau jumlah kolesterol tanpa sebarang pengambilan ubat-ubatan. Ini lebih selamat, murah dan lebih menguntungkan daripada makan ubat selama-lamanya.

7. Hilang Ahli Keluarga Terdekat Akibat Kanser
Lemak berlebihan boleh menghasilkan estrogen secara berlebihan. Ini berkait kepada kanser payudara dan hormon-hormon lain yang boleh merangsang pertumbuhan tumor. Sejarah keluarga menghidap kanser boleh meningkatkan risiko untuk generasi seterusnya menghidapnya. 

Walaupun tidak terdapat bukti klinikal membuktikan bahawa pengurangan berat badan boleh melindungi diri anda namun kajian telah mengaitkan rendahnya pengurangan berat badan semasa dewasa secara keseluruhannya mampu merendahkan risiko kanser.

8. Lilitan Pinggang Lebih Dari 35 Inci
Foto: Carian Google
Kajian menyatakan bahawa lemak pada perut yang berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes tahap 2, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

9. Sakit Lutut, Pinggul & Belakang
Berat berlebihan boleh memberikan tekanan berlebihan pada sendi. Keadaan ini akan membuatkan tisu di sekeliling sendi telah haus dan menjadikan anda sukar untuk bergerak.

10. Berat Bertambah Setiap Tahun
Apabila anda membesar adalah normal untuk menambah berat badan seiring dengan masa. Tetapi kalau berat anda bertambah walaupun selepas kemuncak, anda mungkin perlu melakukan perubahan tabiat untuk mengelak gejala-gejala yang disebutkan tadi.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda ini, cepat lakukan sesuatu sebelum terlambat!-CARI
14

Bagus
7

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 3-4-2018 01:03 PM
alamak...........................
Quote shernazz 3-4-2018 01:04 PM
Alamak...
Iols is takut..
Time.pregnant ni.berat 82kg weiii..
Nurse kata normal sebab tinggi iols 170++
Hurm...
Quote Artemesiaa 3-4-2018 01:47 PM
Kat Malaysia ni tak perlu nak peratikan semua tanda2 tu pun dari pandang pertama pun boleh nampak orang tu obes ke tidak
Quote gam_gajah 3-4-2018 03:48 PM
shernazz replied at 3-4-2018 01:04 PM
Alamak...
Iols is takut..
Time.pregnant ni.berat 82kg weiii..

uiiiii tingginya uols

iols 160 pun tak sampai
Quote shernazz 3-4-2018 04:26 PM
gam_gajah replied at 3-4-2018 03:48 PM
uiiiii tingginya uols

iols 160 pun tak sampai

Iols.kira pendek dlm adek beradek.iols sebab adek adek.iols.lg tinggi...
Huhuuu
Quote gam_gajah 3-4-2018 04:35 PM
shernazz replied at 3-4-2018 04:26 PM
Iols.kira pendek dlm adek beradek.iols sebab adek adek.iols.lg tinggi...
Huhuuu

fuhhhh dasyatnya

parents tinggi ke?

pasangan adik beradik yg tinggi tu, lagi tinggi ke?
Quote shernazz 3-4-2018 04:43 PM
gam_gajah replied at 3-4-2018 04:35 PM
fuhhhh dasyatnya

parents tinggi ke?

Adek beradek belah ayah iols mmg tinggi
Mak iols katek.jah...
Hahaha
Pasangan weols semua katik
Laki iols bebberapa cm.pendek.dr iols..167 cm.tu.la...hahahhaa
Quote sufi^_^ 3-4-2018 05:45 PM
Artemesiaa replied at 3-4-2018 05:47 AM
Kat Malaysia ni tak perlu nak peratikan semua tanda2 tu pun dari pandang pertama pun boleh nampak or ...

Entahnya, 50% la katakan.
Quote sufi^_^ 3-4-2018 05:47 PM
shernazz replied at 3-4-2018 05:04 AM
Alamak...
Iols is takut..
Time.pregnant ni.berat 82kg weiii..

At least tengah pregnant.
Ni ramai yang pregnant tak beranak2 apa citer.
Tengok sekarang budak2 pun ramai yang obese.
Quote sufi^_^ 3-4-2018 05:48 PM
I respect orang2 overweight/obese yang ada usaha jugak nak kurangkan berat badan.
Gigih berpeluh2 naik basikal atau jogging.

I facepalm tengok tong dram bergerak melantak nasi briyani sepinggan hontak kat mamak, siap pakej teh tarik.
Quote shernazz 3-4-2018 07:38 PM
sufi^_^ replied at 3-4-2018 05:47 PM
At least tengah pregnant.
Ni ramai yang pregnant tak beranak2 apa citer.
Tengok sekarang budak2  ...

Xpenah sampai 82 kg
Iols menggelupur sebab cm berat btol
Sakit lutut pon dpt..nak turun tangga adui..
Quote notsospecial007 12-7-2018 05:03 PM
adoiii.. takutnyaaa
Quote Peterpan17 12-7-2018 07:58 PM
Artemesiaa replied at 3-4-2018 01:47 PM
Kat Malaysia ni tak perlu nak peratikan semua tanda2 tu pun dari pandang pertama pun boleh nampak or ...

huh!! nasiblah aku tak termasuk golongan yg obese. Last week aku naik MRT. Dlm row seat tu ada satu seat kosong. Tp ada sorang pompuan gumuk mcm badak dah amik setengah seat. Aku cuit dia dan ckp, eh dik!! ketepi sikit. Sy nak duduk. Takkan nak conquer seat orang pula. Dia berganjak. Aku cuba duduk tp setengah bontot je blh masuk. Aku tolak dia ketepi. Dia terhegeh hegeh mengengsot sikit. Bencinya aku org gemuk ni. Menyusahkan kita org. Dlm kapal terbang pun sama. Kena pula aku seat tengah, si gemok seat tepi. Aku terkepit sebab dia dah curi sikit ruang aku. Patut org gemok ni kena caj tiket utk 2 org.
Quote rogayahtop 14-7-2018 08:20 AM
35 inci? tak jauh dah tu dgn saiz seluar somi. ingatkan pose 6 kurus sikit tp masing2 makin naik. akak rasa diorang tukar kandungan beras ni kut.
Quote rogayahtop 14-7-2018 08:27 AM
tak baik ckp org gemuk ni makan banyak. ada kawan akak masa belajar ni dr kecik gemuk. makannya sikit je. rupanya ada hypothyroidism. sian dia. tersedu2 kat rumah dia ingat sampai ke tua kena la gemuk. setaun gak baru nampak effect. skrg dah normal weight dah.


Quote Buritan 14-7-2018 09:37 AM
gam_gajah replied at 3-4-2018 03:48 PM
uiiiii tingginya uols

iols 160 pun tak sampai

Ketotnya ekau.. kih kih
Quote Buritan 14-7-2018 09:39 AM
Peterpan17 replied at 12-7-2018 07:58 PM
huh!! nasiblah aku tak termasuk golongan yg obese. Last week aku naik MRT. Dlm row seat tu ada sat ...

Jahatnya mulut ko.. peha melimpah.. kih kih kih.. tp duk sebelah org gemuk ni busuk
Quote Peterpan17 14-7-2018 10:24 PM
Buritan replied at 14-7-2018 09:39 AM
Jahatnya mulut ko.. peha melimpah.. kih kih kih.. tp duk sebelah org gemuk ni busuk

org gemok mmg busuk. Aku paling menyampah org gemok. They fat, ugly and lazy.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051296 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top