CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Air Terjun Terindah Di Dunia Buat Mata Terpukau Walaupun Hanya Melihat Gambar!

3-4-2018 12:13 PM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 8888| Komen: 39|Original author: Oleh: Zailina

Antara fenomena alam yang begitu mempesonakan adalah air terjun. Memang unik bagaimana sebuah air terjun terbentuk. Di serata dunia, banyak air terjun terkenal menjadi daya tarikan pelancong. 


Malah, sesetengah daripadanya tidaklah begitu tinggi, namun bentuknya menarik. Di negara beriklim sejuk, kebarangkalian air terjun untuk membeku adalah besar. Mari menjamu mata dengan beberapa lokasi air terjun yang terkenal berikut menurut Pando Trip.


1. Air Terjun Victoria (Victoria Falls) di Zimbabwe

Kejadian alam yang menakjubkan


Air terjun menakjubkan ini terletak di sempadan Zambia dan Zimbabwe. Air Sungai Zambezi 'terjun' dalam garisan lurus setinggi 354 kaki (108 meter). Kelebarannya ( 5,604 kaki/1,708 m), jadi air memercik tinggi dan dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.


2. Iguazu Falls di Argentina/Brazil

Begitu mempesonakan keindahan ciptaan Ilahi

Iguazu Falls terletak di sempadan Brazil dan Argentina. Ia tidak begitu tinggi (285 kaki/87 m), tetapi mengagumkan dengan 275 lata yang membentuk ladam kuda seluas 8858 kaki (2700 m).


3. Angel Falls di Venezuela

Boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer

Angel Falls adalah tertinggi di dunia, yang jatuh dari ketinggian 3,212 kaki (979 m). Anda boleh melawatnya di Taman Negara Canaima, yang dilindungi oleh UNESCO. Ia dinamakan mengikut peneroka Amerika yang menjumpainya, Jimmie Angel.


4. Kaieteur Falls di Guyana

Tiada air terjun seumpama ini

Air terjun setinggi 741 kaki (226 m) ini mempunyai lata yang curam. Ia menarik ramai pelancong yang gemarkan percutian ekstrem kerana ia terletak di kawasan hutan tanpa kemudahan moden. 


5. Niagara Falls di Amerika Syarikat (AS)/Canada

Sering menjadi lokasi filem aksi atau romantis

Ia paling terkenal di dunia dan menandakan sempadan AS dan Canada. Niagara terdiri daripada dua bahagian iaitu Horseshoe Falls di bahagian Canada dan American Falls di bahagian Amerika; yang dipisahkan oleh sebuah pulau. 

Horseshoe Falls lebih impresif kerana airnya terjun setinggi 173 kaki (53 m), sementara American Falls cuma 70 ke 100 kaki (21–30 m).


6. Gullfoss (Golden Falls) di Iceland

Laluan sungai seakan-akan ditelan bumi
Gullfoss adalah air terjun yang menakjubkan di barat daya Iceland. Tidak terlalu tinggi (dua 36 kaki/11 m and 68 kaki/21 m), namun ia sangat cantik. Terdapat 'celahan' di mana sungai Hvítá seakan-akan menghilang di perut bumi.


7. Plitvice Falls di Croatia

Kebiruan berbeza di setiap lata

Ia terletak di Plitvice Lakes National Park, Croatia. Tidak begitu tinggi, tetapi mempesonakan dengan pelbagai lata. Ada beratus air terjun di sini. Warna air bertukar daripada jernih ke biru langit dan warna firus.


8. Yosemite Falls di USA

Di celah-celah batu, satu fenomena lazim air terjun

Yosemite Falls merupakan air terjun tertinggi di Amerika Utara. Ia jatuh setinggi 2,425 kaki (739 m) di Sierra Nevada, California. Punca air adalah salji yang mencair, jadi aliran sungai berkurang kerana salji yang tidak banyak.


9. Sutherland Falls di New Zealand

Keindahan semulajadi yang memukau pandangan 

Sutherland Falls terletak di Fiordland, New Zealand dan ditemui oleh Donald Sutherland pada 1880. Dengan ketinggian 1902 kaki (580 m), ia merupakan antara yang tertinggi di dunia. Ia turun dengan tiga lata yang membentuk landskap unik. 


Kalau di negara kita, kena sentiasa berhati-hati ketika mandi air terjun kerana fenomena 'kepala air' yang boleh mengakibatkan maut. - CARI
18

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 3-4-2018 12:23 PM
cantik + menakutkan
Quote Levespa 3-4-2018 12:42 PM
cantiknyaa{:childlike
Quote nisako 3-4-2018 01:03 PM
cantiknye......................
Quote jahcomel 3-4-2018 01:12 PM
takutnyeeeee
Quote Artemesiaa 3-4-2018 01:52 PM
Wow cantik2 semuanya
Quote chauky314 3-4-2018 03:21 PM
cantik sangat
Quote devilito2 4-4-2018 12:20 PM
subhanallah... cantik
Quote komorebi 4-4-2018 06:25 PM
marvellous
Quote DeeHanania 4-4-2018 09:37 PM
SubhanAllah,Cantik...
Quote friedfishsoup 5-4-2018 09:44 AM
cantik ye semua
Quote zameyla 5-4-2018 10:49 AM
cantiknya....
tapi aku takut air...klu mandi laut or air terjun, selalu terbayang ada benda pelik2 kat bawah kaki....
Quote raihaneem 5-4-2018 11:16 AM
Cantik...tp takut..dah tak terer berenang..
Quote afie_m 5-4-2018 03:06 PM
cantik..tapi menakutkan ...
Quote aunisofia 5-4-2018 04:41 PM
SubhanAllah,Cantik...
Quote jofizo 6-4-2018 12:20 PM
cantik....
Quote che_yatt 6-4-2018 10:00 PM
semua cantik n unik...kalau kaya bole la pi tiap tpt tu
Quote espri6006 9-4-2018 08:41 AM
teringat si Aliff Satar dalam rancangan travelog kat RIA astro, dia pergi air terjun pelangi kat pahang...simpel je air terjunnya..macam tanah pulak lebihan dari galian Bauksit jer...cuma yang lebih nya dalah air tejun yang tinggi tapi kecik aje pun.
Quote kikyou 10-4-2018 01:33 AM
Takut plak tengok
Quote lee~ann 10-4-2018 11:22 AM
cantik...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.065868 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top