Makan adalah antara benda yang paling seronok kita lakukan. Itu sebabnya ramai rakyat Malaysia kini mempunyai penyakit obesiti yang hampir di luar kawalan. Nasib baik masih boleh dikawal, tetapi tidak untuk Kate Archibald yang menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur.
Parasomnia atau gangguan ketika tidur adalah penyakit yang dihidapi Kate yang mana ia mendorong untuk Kate tanpa sedar untuk makan (Nocturnal Eating Disorder). Gabungan dua penyakit (Parasomnia dan NED) menyebabkan berat badan Kate naik mendadak dan sukar untuk diturunkan. Menurut gadis berusia 20-an itu, menjadi tanda tanya kepadanya mengapa berat badannya naik mendadak sedangkan dia sangat mengambil berat berkenaan apa yang dimakan. Ianya terjawab apabila suatu hari dia tersedar dari tidur dan terdapat beberapa bungkus makanan di sekelilingnya.
Tanpa Kate sedari, dia telah mengambil kalori berlebihan daripada pelbagai makanan ringan seperti bar coklat, kekacang, keropok dan bertih jagung. Ini berlaku walaupun Kate sedar yang dia sebenarnya alergi kepada kekacang. Alergi itu dapat disedari selepas dia bangun dari tidur. Dalam kes ini, penyakit ini berpunca dari kesan ubat yang diambil semasa kecil untuk mengurangkan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Ubat ini menyekat selera makan dan akibatnya dia asyik berasa lapar. Dr. John Winkleman, seorang pakar psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Harvard, Cambridge Amerika Syarikat memberitahu bahawa penyakit itu berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan akibat trauma, kemurungan serta gangguan tidur. Dr Winkleman menambah yang penyakit ini berkait rapat dengan sindrom makan waktu malam atau Nocturnal Eating Sindrome (NES) yang mana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara NES dan Parasomnia. "Penyakit NES menyedari setiap tindak-tanduk dan perlakuan mereka manakala pesakit makan tanpa sedar ketika tidur berlaku di luar kawalan dan kesedaran pesakit," katanya. Ubat-ubatan seperti topiramate boleh diambil untuk merawat gangguan itu kerana ia berfungsi di otak untuk mengurangkan rasa lapar. Kalau dah lapar tu, macam-macam boleh jadi. -CARI
|
15
Bagus |
7
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT