Fattah Amin dah sombong? Begitulah dakwaan yang dilemparkan kepada aktor kacak Malaysia ini. Jarang kita dengar cerita buruk mengenainya namun ada pula peminat yang mendakwa tidak diendahkan ketika cuba bergambar dengan Fattah. Menurut apa yang ditulis menerusi Berita Harian, peminat tersebut sedang makan di kafe milik Fattah sebelum melihat aktor tersebut baru pulang dari gimnasium. Namun apa yang menyakitkan hati apabila disapa untuk bergambar, suami kepada Fazura ini langsung tidak peduli sebalikya terus berlalu dari situ. “Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah teruja apabila melihat kelibat Fattah. Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu” “Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka. Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki. Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat? “Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya,” tulis peminta tersebut di ruangan Raja Mawar. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita terbabit. Mungkin Fattah ada sebab tersendiri agaknya? Cubalah berfikiran positif ya tak? -CARI |
armin replied at 2-4-2018 04:56 PM
Mungkin heols tgh busuk kepam sbb baru balik gym. Kalau berpeluh2 baru balik gym mesti busuk unless ...
armin replied at 2-4-2018 04:56 PM
Mungkin heols tgh busuk kepam sbb baru balik gym. Kalau berpeluh2 baru balik gym mesti busuk unless ...
barfi replied at 2-4-2018 04:50 PM
Baru beberapa hari lepas si farah nabila fawa tu shooting kat area rumah aku utk akasia terbaru dia. ...
annadonna replied at 2-4-2018 05:07 PM
aikk.. dia berglasses besar pun masalah ke?
Cicisweets replied at 2-4-2018 05:00 PM
Eeuww sikit sikt fan lofa.padan la muka fakezura hadap sgt retis
ADVERTISEMENT