CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebulan Lagi Nak Kahwin, Siapa Tak Frust Kan? - Mangsa Periuk Tekanan..

3-4-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5535| Komen: 23|Original author: Oleh: Whitney


Jika ditanya pada wanita, semuanya ingin miliki kulit wajah yang cantik. Tetapi, bayangkan daripada kulit wajah kalian yang cantik tiba-tiba bertukar menjadi wajah yang berparut. 

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Siti Salmiah gara-gara tidak tahu cara betul menggunakan periuk tekanan. Wanita ini berkongsi kisah malang yang berlaku ke atas dirinya di Facebook miliknya. 

Dia juga bakal melangsungkan perkahwinan lebih kurang sebulan sahaja lagi dan berharap ia dapat dijadikan pengajaran kepada netizen.



Ini adalah gambar pada hari pertama dan kedua dia berada di hospital. Seluruh mukanya perlu dibalut kerana masih berasa panas lagi. Hari kedua sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Ini pula gambar yang diambil pada hari keempat dan kelima. Bangun pagi kulit wajah yang melecur sudah mula mengelupas sedikit. Masa hari kelima, dia pergi fitting baju kahwin dibutik bersama tunangnya. Tetapi dia hanya diam dan tidak bercakap sebab mulut masih bengkak. Kulit muka juga menegang.

Hari keenam kulit wajahnya semakin baik dan sudah mampu tersenyum pada hari kesepuluh.

Ini pula gambar pada hari kesebelas dan ketiga belas. Kulit mati dah banyak menggelupas.

Gambar terbaru selepas dua minggu kejadian malang itu berlaku. Dia masih berusaha untuk memulihkan kulit wajahnya supaya lebih cantik dengan menggunakan pelbagai jenis produk.

Ramai netizen yang takut nak gunakan periuk tekanan. Mereka risau terjadi perkara yang sama. Tetapi, apabila membaca komen-komen netizen, nampaknya ramai juga yang pernah kena seperti wanita itu dan sekarang masih tinggal parut.

Netizen masing-masing berpesan supaya berhati-hati apabila ingin memasak mengunakan periuk tekanan dan baca arahan cara penggunaan dengan betul terlebih dahulu. Mereka juga mendoakan agar wanita malang itu cepat sembuh.

Bagaimana? Kalian berani tak hendak guna periuk tekanan untuk memasak? Bak kata wanita tersebut, periuk itu tak salah. Kena pandai guna dan ikut arahan yang betul, barulah selamat. - CARI 
8

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lululun 3-4-2018 12:24 PM
Mcm dia cakaplah... sebelum guna, ambil tau cara guna. Bertahun guna pressure cooker ni tak pernah pulak kena. Aduhaiii... selamat berkahwin ye dik
Quote barfi 3-4-2018 12:27 PM
Kadang2 mmg terdetik rasa takut/gerun bila memasak pakai oven ke panaskan makanan pakai microwave ke.. sebab benda ni semua takde guarantee 100% selamat kan
Quote munchkin 3-4-2018 12:28 PM
Tak paham periuk dia macam mana? Bukan ke pressure cooker ni kalau masih high pressure dia ada safety dan takkan terbuka. Selagi pressure tak turun periuk tu akan lock diri.

Dah turun pressure sejuk sedikit baru penutup tu boleh bukak.

Mcm i punya ada indicator. Dia kena turun sampai habis. Itu pun kalau masih panas periuk tu tak nak unlock. Kena tunggu lagi bila selamat baru boleh unlock. Ni periuk manual bukan digital letrik tu
Quote zulka 3-4-2018 12:41 PM
berapa banyak nak buka daaa..
https://mforum.cari.com.my/forum ... ;page=1#pid67403318
Quote nisako 3-4-2018 01:05 PM
siannye................. nasib x teruk sgt
Quote mejaputih 3-4-2018 01:12 PM
munchkin replied at 3-4-2018 12:28 PM
Tak paham periuk dia macam mana? Bukan ke pressure cooker ni kalau masih high pressure dia ada safet ...

yg ini yg manual kot, yg bakar atas api tu (mcm dlm gambo kat atas). me tau sbb kat umah me guna yg ini...
iols kalau guna yg ini bunyi kuat giler..bila dah tutup api amik senduk kayu ke apa sendal sikit kat punat kecik atas utk release pressure. bila dah stop kuar pressure baru la iols berani bukak penutup dia...ari tu sedara iols masak kat umah iols dia lupa nk release dulu pressure then bila dia bukak terus tersembur kuah dlm tu nasib dia sempat ngelak tp kena sikit kat tangan dia...pedih jugak la...
duk usha2 presssure cooker philips, seller dia bgtau dia mmg lock selagi pressure tak fully released. noxxa tak pasti lak mesti ada gak kan safety feature dia.
Quote grizz 3-4-2018 01:29 PM
sbb tu iols malas masak (alasan sgt kn..)
Quote chicozinn 3-4-2018 02:13 PM
ksiannye dy..tapi tu la malang xberbau..ptotnye sheollss kne la tau cara2 nak guna pressure cooker ni..
Quote salmon-suki 3-4-2018 02:57 PM
xpernah guna sbb rasa takut...sggup tggu berjam2 rebus tulang tu smpai empuk..hehehe
tgk her recovery mcm quite ok ler..first degree burn kan..mujur ler..ada harapan sembuh..
Quote missDollie 3-4-2018 03:10 PM
Uihhh..serammm!!!! Nauzubillah himinzalik..
Quote UsuFie 3-4-2018 03:11 PM
Edited by UsuFie at 3-4-2018 03:18 PM
munchkin replied at 3-4-2018 12:28 PM
Tak paham periuk dia macam mana? Bukan ke pressure cooker ni kalau masih high pressure dia ada safet ...


usu guna yg manual la mcm dlm gambar tu..masak guna dapur gas biasa.
memang penutupnya akan lock selagi pressure blm turun/release. Pendek kata mmg takleh buka la penutup ni.

biasanya kalau dah siap masak usu akan tutup api gas. tarik whistle (regulator) dia dan biarkan wap keluar sampai habis bebetul.
dah siap tu baru buka penutup periuk dgn mudahnya. Alhamdulillah dah bertahun guna ikut safety instruction blm ada kemalangan berlaku.

Quote armin 3-4-2018 03:13 PM
Kalau tak reti pakai cuba bukak youtube mesti ada cara guna. Tp kesian betul muka jd cmtu. Nasib baik boleh elok balik muka.
Quote krustykrab 3-4-2018 05:29 PM
munchkin replied at 3-4-2018 12:28 PM
Tak paham periuk dia macam mana? Bukan ke pressure cooker ni kalau masih high pressure dia ada safet ...

periuk manual lg senang, ko alirkan je air paip atas periuk sambil release wap tu...kejap je dh blh buka

Quote munchkin 3-4-2018 06:06 PM
krustykrab replied at 3-4-2018 05:29 PM
periuk manual lg senang, ko alirkan je air paip atas periuk sambil release wap tu...kejap je dh bl ...

betul tu. tapiiiiii. pendekatan basuh air peruk high pressure utk periuk i (periuk brand tertentu), i takkan buat, kalau periuk biasa lain mungkin i buat. rosak kalu hmmm


Quote ~boolean 3-4-2018 07:42 PM
Beza penceritaan kisah benar dan penceritaan hasanah...

Baca bahasa perempuan ni, kalau tak ada gambar pun kita tahu ianya bukan hasanah...bahasa lebih straight to the point dan bukannya berbunga-bunga, tak meleret tapi tetap timbul rasa simpati...kasian kau dekkk...kakak simpati
Quote susukambingbest 4-4-2018 09:04 AM
munchkin replied at 3-4-2018 12:28 PM
Tak paham periuk dia macam mana? Bukan ke pressure cooker ni kalau masih high pressure dia ada safet ...

tu la, iol pun xpham. msa sheol kata sheol bodoh sgt lock pnutup tu n bila lapar sgt trus usik pmegang n meletop. slama iol guna p.cooker, klau kta xberusaha bukak pnutup msa msakan tgh panas tu, tdung periuk tekanan xkan blh bukak. klau stakat usik, xkan trbukaknya mlainkn sheol paksa bukak baru meletop.
Quote sapeka 4-4-2018 10:01 AM
iols memang seram nak guna periuk tekanan
takut macam ni la...
huhu
Quote munchkin 4-4-2018 10:43 AM
susukambingbest replied at 4-4-2018 09:04 AM
tu la, iol pun xpham. msa sheol kata sheol bodoh sgt lock pnutup tu n bila lapar sgt trus usik pme ...

Rasa mungkin dia guna periuk letrik tu kot. My sil hari tu kata dia nak tengok terus memancut sampai ke siling..yg tu rasanya takde safety
Quote mieymiey 4-4-2018 11:40 AM
Gerun pula iols baca.
Semoga cepat sembuh yer dek

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.082540 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top