CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Alasan 2017 Tu Memang Win!" - Cikgu Berang Tiga Kali Gagal Mohon Tukar Sekolah

3-4-2018 03:11 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 7691| Komen: 31|Original author: Oleh: Khair



Pekerjaan sebagai seorang guru sememangnya satu kerja yang mulia kerana menyampaikan ilmu kepada anak murid tanpa rasa jemu, bahkan tugas seorang guru hari ini bukan sahaja setakat mengajar, mereka juga bertanggungjawab dalam banyak hal lain di sekolah.

Baru-baru ini, tular satu screenshot sistem pemohonan pindah sekolah yang kebiasaannya diisi oleh guru yang hendak bertukar sekolah.



Apa yang menarik perhatian ramai adalah guru tersebut telah membuat permohonan berpindah sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menjaga bapanya yang uzur dan lanjut usia. Tetapi, permohonan tersebut ditolak sejak tahun 2014 sehinggalah bapa guru tersebut meninggal dunia.


Pada tahun lalu, guru itu sekali lagi membuat permohonan dengan alasan ingin menjaga ibunya yang telah lanjut usia dan mungkin kerana mengikut rasa geram, dia menyenaraikan sebab permohonannya tidak diluluskan sejak 2014.

Sebenarnya perkara ini juga berlaku kepada ramai guru lain di Malaysia atas sebab kekosongan sekolah yang terhad dan beberapa faktor lain.

Screenshot ini meraih perhatian ramai netizen yang sebilangannya menyifatkan guru itu tidak tahu rasa bersyukur dengan kerja sekarang.



Namun begitu tak kurang ramainya juga bersimpati dengan nasib guru tersebut dan memahami situasi yang dialaminya.


Foto: FB

Mungkin bagi sesetengah pihak, isu yang diketengahkan guru ini kelihatan remeh. Tetapi, mungkin bagi guru ini ia merupakan satu perkara yang mustahak. Siapa yang tak nak berbakti kepada ibu bapa sementara mereka masih ada, kan? - CARI

16

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 3-4-2018 03:44 PM
takat isi macam tu.. hantarnya tidak..
batak like ke apa..
Quote myakayina 3-4-2018 03:45 PM
prettyuglybabe replied at 3-4-2018 03:44 PM
takat isi macam tu.. hantarnya tidak..
batak like ke apa..

kann..cer hantar..berani ker?
Quote haryatie 3-4-2018 03:48 PM
kesiannnn..
redha jerk laaa..
bila mintak tukar ni semua org ada alasan tersendiri
tu perkara biasa..
nk pindah ke satu2 tempat tu pun kena tengok kalau ada kekosongan
kalau x de berdoa je laaa..smoga masa tu akn tiba jugak...cuma cpt atau lambat...
Quote exclusive_vvip 3-4-2018 04:04 PM
tu la...berani taip je..hihi...terus terang cakap, alasan org ni tak kukuh..setakat alasan nak jaga mak ayah, apa, org lain takde rasa nak jaga mak ayah ke...kawan iols,asbennye pegawai kpm tu..mcm2 lagi sebab cikgu2 minta pindah,lagi sedih dari org ni..pegawai2 kat situ pun pening tau nak urus,ingat setakat main lulus gitu je ke...i tak galakkan @ cadangkan cikgu2 ni berhenti keje,sbb i paham nak cari keje skrg bukan senang, dah tu mmg dibolehkan pun untuk diorg mohon pindah..tapi please la,yg alasan2 mudah sebegini,tolong la jgn dok meratap sgt...
Quote idakamaruddin 3-4-2018 04:10 PM
exclusive_vvip replied at 3-4-2018 04:04 PM
tu la...berani taip je..hihi...terus terang cakap, alasan org ni tak kukuh..setakat alasan nak jaga  ...

sejenis batak viral

cuba la hantar ngn reason mcmtu nth2 kene buang keje terus ada la


Quote nisako 3-4-2018 04:13 PM
siannye....................nk buat cm na .......
Quote talapia 3-4-2018 04:31 PM
apa alasan yang lebih kukuh ek untuk mintak tukar ni? Biasa kalau cikgu2 bujang ni mmg alasan jaga parents la.. kalau yang dah kawin.. PJJ tu.. lagi priority kot nak dapat pindah. Ye la.. suami or isteri... sorang tu je la kalau x poligami kan? Mak pak pulak.. maybe dorang bole assume.. ada anak2 lain yg patut share tanggungjawab jaga parents ni.
Quote missDollie 3-4-2018 04:39 PM
Kalau bagi alasan saya mental koyak dok sini..cepat pindahkan saya sebelum saya bunuh diri..okay ke?
Quote sofiazara 3-4-2018 04:52 PM
BAWA MAK AYAH TINGGAL SEKALI DENGAN KAU,  SENANG SETTLE ISSUE
Quote swimswim 3-4-2018 06:56 PM
Cikgu2 ni pun satu.. Igt senang ke nak cari kekosongan. Kalau tukar suka sama suka tu ok lah
Quote chicozinn 3-4-2018 07:25 PM
betul ke ni???ke acah2 je sebab batak viral??{:nose
Quote Jorja 3-4-2018 09:11 PM
Semoga cikgu ni masih brmotivasi nak mgajar
Quote ffbeauties 3-4-2018 11:42 PM
Kenapa cikgu selalu merintih?
Pekerjaan lain gaji ciput, kerja berat, waktu x tentu.. tp xdengar pon rintihan..
sambil mulut terkumat kamit bagitau kerja kami mulia, kami berkorban utk mendidik bla bla bla..
Apa pekerjaan lain kurang mulia kah?
masa isi borang mintak kerja tu ada ke orang paksa?

Next.
Quote cmf_premierleag 3-4-2018 11:58 PM
ffbeauties replied at 3-4-2018 11:42 PM
Kenapa cikgu selalu merintih?
Pekerjaan lain gaji ciput, kerja berat, waktu x tentu.. tp xdengar po ...

Biasalah tu... Dah tau keje gomen, sah2 kene campak merata smpi ulu banat.. Lps tu nak bising2 sbb x dpt tukar
Padahal dulu ms apply keje gomen, takde sapa letak pistol kt kepala tu utk decide keje gomen
Quote cmf_premierleag 3-4-2018 11:59 PM
Weols keje offshore ni rilek2 jah kene campak duk tetengah laut berbulan2 sana..skali skala balik onshore, pastu campak blk ke laut
Takde lak aku tgk ummah2 ni merintih meratap sendu walau dh bertahun2 tgk laut
Quote yayaachan 4-4-2018 12:35 AM
cmf_premierleag replied at 3-4-2018 11:58 PM
Biasalah tu... Dah tau keje gomen, sah2 kene campak merata smpi ulu banat.. Lps tu nak bising2 sbb ...

Lepas tu acah2 insan yg lemah “ i got no choice”. Rezeki kt mana2 kot. Kutip kotak jual kat apek kilang kertas pun rezeki. Nak cari duit ni nak seribu daya. Menyampah jenis merintih2 ni.
Quote zehra2 4-4-2018 09:08 AM
Seingat aku ler.. kwn cikgu dulu.. 24jam dpt tukar balik gong badak. Dari johor. Sbb suami meninggal dunia kemalangan. Bawa ler anak sorang balik kampung.

Yg psl nk jaga parents sakit tu.. aku amik bwk mak duduk dgn aku.. tinggal je rumah pusaka tu..
Quote cmf_premierleag 4-4-2018 09:12 AM
yayaachan replied at 4-4-2018 12:35 AM
Lepas tu acah2 insan yg lemah “ i got no choice”. Rezeki kt mana2 kot. Kutip kotak jual kat apek ...

Iya sis.. Mereka ni rasa gomen dan kementerian PERLU dengar rintihan mereka
As if mcm la gomen ada kesah... Kalo takmo, resign jah.. Beribu2 lg ummah nk keje dgn gomen kat luar sana
Suruh masuk private sector takmo lak
Kezen iols pun cikgu.. Hasben duk JB (sbb keje kat Rapid Pengerang)
Sheols resign jd cikgu gomen kt ipoh sbb x kuasa nk memekak mintak tukar. And now keje as cikgu jua dia international school di Iskandar.. Sheols pun ngajar Maths
As u said, rzeki ada kt mana2

Quote Missy_la 4-4-2018 10:41 AM
Soalan jujur... kenapa xbawak mak tinggal sekali di tempat mengajar?
Sebelum ayahnya meninggal faham la, mungkin susah. Tapi now maknye solo, so xleh nak bawak stay di tempat mengajar?

Isu tukar dah 4 tahun, xkan dalam tempoh tu tak dapat nak cari rumah yang sesuai untuk tinggal dengan mak? Hmmmm

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047048 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top