CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpedaya Dengan Kata-kata Manis, Wanita Rugi RM151,800 Ditipu Love Scam

4-4-2018 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4598| Komen: 27

Terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki, seroang wanita dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam sehingga kerugian RM151,800.

Harian Metro melaporkan, mangsa berusia 51 tahun itu memberi kepercayaan dan sanggup meminjamkan wang kepada suspek yang mengaku warga Kanada walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.


Mangsa yang berasal dari Kuantan itu dipercayai berkenalan dengan suspek menerusi laman Facebook pada Januari tahun lalu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.


Gambar Hiasan

Dalam tempoh perkenalan, suspek didakwa memberitahu mangsa mahu datang ke Malaysia untuk mengambil wang berjumlah RM1.2 juta milik syarikat ayahnya.


"Bagi tujuan itu, suspek meminta dipinjamkan sejumlah wang daripada mangsa terlebih dahulu dan wanita terbabit bersetuju," katanya.

Kerana terlalu mempercayainya, mangsa memasukkan duit ke dalam enam akaun berbeza yang diberikan suspek hingga berjumlah keseluruhan RM151,800.

"Selepas memasukkan semua wang itu, mangsa tidak dapat menghubungi suspek dan mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam," katanya.

Jelas Mohd Wazir, wanita terbabit dipercayai menjadi mangsa sindiket Love Scam yang aktif memperdaya golongan wanita dengan kata-kata manis, selain menawarkan pelbagai hadiah.

"Polis sudah merakam percakapan mangsa untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

"Kita sudah mengenal pasti enam pemilik akaun terbabit dan sedang mengesan semua individu berkenaan.

"Kita berharap kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada individu lain supaya tidak terlalu mempercayai kenalan dalam media sosial," katanya. - CARI

22

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
21

Sedih
5

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 4-4-2018 02:44 PM
orang nak bersocmed ko pun nak ada socmed makcik

hujung hujung kena kencing
Quote fushimi 4-4-2018 02:46 PM
ketahuilah makcik apa apa yang ada dalam socmed tu semua penipu
Quote mieymiey 4-4-2018 02:56 PM
Dah kenapa makcik? Sedangkan manusia yang kita kenal pun ada yang takleh percaya apalagi yang tak dikenal
Quote damian_lee 4-4-2018 03:54 PM
Baca somewhere ... she adalah suri rumah
Janda ke isteri orang ke bujang???
Quote dubuk 4-4-2018 03:54 PM
mesti dia malu kalau laki tu tanya takkan you RM150K pun tak ada?
Quote chazey 4-4-2018 03:58 PM
Kakak2 bawang senegara, mohon cerdik bijak pandai seperti kakak bawang Briton ini lain kali pabila berhadapan dengan love scammer yah!

[youtube]XX7m-RiqRWo[/youtube]
Quote jebatmaspunyer 4-4-2018 04:01 PM
seriously how many times this cases has been reported, but still tak masuk dalam kepala.. aku selalu gak berkawan ngan orang asing online... few things kita kena ingat.. 1st, kena sedar diri kalau rupa tak seberapa, x payah nk tergoda sgt bila ada orang cakap I fall in love just by looking at your picture.. that is totally BULLSHIT!!!..  2nd, bila ada orang nak berkenalan, nak "kenal dengan lebih dekat", ko tak payah citer lebih2 pasal financial.. it's better if you said you are broke, or hutang keliling pinggang.. tak pun kau selalu citer yang ko ni banyak tanggungan.. even all that are lies... kalau scammer, x der masa lah dia nak spend masa ngan pompuan tak berduit.. kalau dia ikhlas nak berkawan, he'll keep contacting you.. caring about you.. 3rd, kalau dating online ni tak payah lah sesenang nak terima hadiah... aku pernah jer orang tu nak rapat ngan aku.. kenal online.. kata pergi Dubai for work matters then nak beli aku hadiah.. pastu aku cakap kalau beli hadiah tu nanti nak hantar Malaysia I ada kena bayar apa2 ke? pastu dia cakap ada lah sikit.. terus aku cakap aku tak der duit, duit yang ada pun cukup2 jer.. tak mampu utk ada additional expenses.. and that was the last time he contacted me.. hehehehehe.. nampak sangat scammer...
Quote CiliPadiSedap 4-4-2018 04:13 PM
kat cariforum pun ada kena tipu - love nigga, suspek masih di buru oleh sis vokuru.
Quote mrizumi 4-4-2018 05:54 PM
Berita sama ja..balik2 scam..mls nk ckp dh..
Quote EncikRhoma 4-4-2018 06:01 PM
asyik dengar berita orang kena love scam je...berita scammer tu kena tangkap jarang benor dengar
Quote Maideen. 4-4-2018 07:53 PM
chazey replied at 4-4-2018 03:58 PM
Kakak2 bawang senegara, mohon cerdik bijak pandai seperti kakak bawang Briton ini lain kali pabila b ...

Hahahaha.....seriously, tima kasih Chazey! Puas aku gelak!
Kat mana boleh dapat jumpa wanita se bijak dan witty begitu?

Quote tagas 4-4-2018 08:04 PM
again n again n again

ape ke tolol benor betina2 kayo kat mesia ni
Quote ninja boy 4-4-2018 08:27 PM
wanita akal 10%, nak keluar wang ribu patut anak/suami/sibling kena sahkan
Quote LautBiru52 4-4-2018 10:35 PM
Makcik ni duduk dlm gua ke? Kan dah byk kes love scam ni. Pelik betul boleh ada lagi org yg terkena
Quote shernazz 4-4-2018 10:40 PM
Nhah berjimba le.tu
Iols kalau dpt rm100k bedebuk
Mmg berjimba sakan la...hahahahah
Quote wanzhm93 4-4-2018 10:52 PM
Selalu yang kena scam ni mak cik yang educated & good English... Susah makcik bawang nak kena scam ni {:teatime
Quote ninnakarinna 5-4-2018 10:20 PM
Banyak dah kes gini.. semua yg korang ckp tu betul..

tp dari dulu lg..aku selalu fokus pd jumlah duit yg dia kena tipu..lepas tu berangan..kalau la aku yg dpt duit tu...mcm2 la yg aku angankan..{:smile
Quote JohnDeSouza 5-4-2018 10:43 PM
Sy ndak bg tips.kalau kena kacau nigeria, pi google translate maki hamun dr bm/bi ke dlm bahasa afrika.
Quote L211 6-4-2018 02:28 AM
i penah jumpa spesis ppuan bodoh ni.. my ex friend. dah laaa bodoh, sombong plak tu. bila i ckp scam je tu. terus dia ckp i ni jeles sbb dia dpt bf kaya raya duk kat London keje oil company & often offshore. kata kalau takat blackberry ( masa BB tgh laris di pasaran) tu boleh beli 10 dek bf mat saleh dia.. I was LOL je laa, kata sila hidup dlm realiti.. so i mls nk temankan dia pergi ke bank utk btanyakan kadar tukaran matawang asing for  $60k.. i biarkan dia sdiri.. dgr citer dia pinjam duit dgn scandal dia rm3k byr ke acct nama ppuan melayu.. the best part, she called me nk pinjam rm5k & willing to pay me back rm8k.. bullshit laa i nk bg.. i was about to go holiday .. dia ckp i kedekut & tolak rezeki.. well, yes... tolak bala actually.. hahahahha stupid janda cucuk muka

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.146731 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top