Seorang wanita Indonesia betudung labuh yang memelihara 11 ekor anjing di rumahnya menjadi tular baru-baru ini. Tribun News melaporkan, selain anjing, Hesti Sutrisno, 37, juga memelihara 30 kucing jalanan, musang dan burung.
Difahamkan perkarangan rumahnya dipenuhi dengan sangkar dan ada seekor anjing hitam yang dirantai bagi menjaga rumahnya. Hesti berkata, anjing yang diberi nama Jon itu sudah dipelihara sejak 2015. Dia juga tidak kekok membelainya. Katanya dia ikhlas membantu dan merawat semua haiwan yang terbiar dengan membawanya ke rumah. “Jon adalah (anjing berwarna hitam) haiwan terbiar yang pertama saya pelihara.
“Saya menjaga dan melatih anjing ini supaya tidak menyelongkar tong sampah jiran atau mencuri kasut mereka." “Saya sebenarnya tidak suka anjing, malah takut namun Allah SWT mengubah hati sayang kucing dan anjing." Tambah Hesti lagi, dia reda dengan keadaan sekarang kerana yakin Tuhan membuka hatinya untuk menyelamatkan haiwan terbiar termasuk anjing. Jiran-jirannya juga tidak terganggu dengan keadaan rumahnya yang dipenuhi haiwan termasuk anjing. -CARI
|
zorrro_03 replied at 4-4-2018 03:52 PM
bagus. jgn kau bela babi pula lepas ni ye mek....
damian_lee replied at 4-4-2018 07:52 AM
Serious .. orang yang xmampu commit jaga anjing
Jangan mengada2 nak bela
Last2 campak kat jalanan ...
Aerhys replied at 4-4-2018 04:22 PM
Anjing juga makhluk Allah. Saya suka anjing Corgi yg kaki pendek tu. Comel sangat.
Mooverine replied at 4-4-2018 04:26 PM
Sama.. cute kan especially part punggung tu
Themilo replied at 4-4-2018 08:24 AM
khenn.. especially spesis berbulu tebal macam tibetan mastiff.. iols macam terbayang-bayang jaa ba ...
Aerhys replied at 4-4-2018 04:22 PM
Anjing juga makhluk Allah. Saya suka anjing Corgi yg kaki pendek tu. Comel sangat.
ADVERTISEMENT