CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Persis The Kardashian! 6 Keluarga Selebriti Malaysia Yang Cantik Dan Lawa

6-4-2018 11:41 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19496| Komen: 107|Original author: Oleh: Azza Rai

Beruntunglah jika ada seorang ahli keluarga yang menceburi dunia seni lalu sukses. Pastinya perhatian kepada artis nan satu ini akan beralih kepada keluarganya pula.

Bonus jika adik beradik selebriti tadi punya rupa yang komersial dan berminat pula dengan dunia glamor, ibaratnya sudah mengantuk disorongkan bantal. Maka, bertambah keluarga seni popular dalam industri hiburan.

Jika di barat, ada The Kardashian yang popular, apa kurangnya di Malaysia. Ada beberapa artis yang mengetengahkan keluarga seni dan mereka popular di  media sosial atau pun di kaca televisyen. Jom semak keluarga popular itu.

1)    The Khan
Bermula dengan Neelofa, bintang paling popular 2015 yang terjebak dengan dunia lakonan serta pengacaraan, adik beradiknya turut terkena tempias popular. Biarpun tidak terlibat dalam dunia seni. Noor Nabilah, Athisha dan Ameera mempunyai pengikut sendiri di media sosial. Malahan ibu mereka juga sentiasa dirakam lensa kamera.

2)    The Che Wan
Rozita dan Ayu Raudhah, dua nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sama  cantik dan jelita membuatkan ramai yang ingin mengenali adik beradik mereka yang lain. Lalu tampil Rubitah, Rahimah dan Jaja sebagai pelengkap untuk The Che Wan yang sentiasa bergandingan sedondon di mana-mana majlis.

3)    The Maembong
Paling popular pastinya Emma diikuti adik beradik lain Yaya, Emma, Chacha dan abang mereka Bakri. Mewarisi darah kacukan Melayu-Scotland membuatkan mereka tampak lain dari yang lain. Menariknya mereka juga pernah tampil dalam program reality ‘The House’. Ala-ala The Kardashian pula ya.
4)    The Nasir
Kecantikan Anzalna paling menyerlah, kini adiknya Afifah pula menceburi dunia seni. Sementara Diana, Nazirah dan Mia pula sentiasa dinanti-nanti OOTD di instagram masing-masing. Terima kasihlah pada teknologi siber yang tanpa sempadan ini.

5)    The Senrose
Antara bakat dan kontroversi tidak pernah menenggelamkan mereka bertiga. Lawa, berbakat dan masih bujang antara kriteria yang menaikkan nama mereka di dunia seni. Nelydia dan Uqasha telah membuktikan bakat berlakon mereka disusuli dengan adiknya Rasya Rizrose pula dalam dunia seni.

 6)    The Sandha
Fasha antara artis yang masih relevan dalam dunia seni, malahan lakonannya yang mantap membuatkan ramai ternanti kemunculannya. Kini adiknya Elisya pula turut mencuba bakat. Sementara adik lelakinya Ikmal Daniel dilihat sentiasa diketengahkan dalam instagram Fasha.Jadi, artis adik beradik manakah yang anda tak sabar nantikan perkembangan terbaru mereka? - CARI 


8

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 6-4-2018 11:55 AM
Haha the sandha tu aku lucu. Dengan the che wan pulak semua dah kerepot haha
Quote mixed 6-4-2018 11:58 AM
barfi replied at 6-4-2018 11:55 AM
Haha the sandha tu aku lucu. Dengan the che wan pulak semua dah kerepot haha

kan chuols  


the sandha

kulit dah di drip bg putih hilang kulit hitam nya

the nasir

anzalan je yg lawa

Quote ira_229 6-4-2018 12:00 PM
eh baru semalam RIA897 radio Singapura tanya pasal ni...
ramai yg suka Senrose...

ria.jpg
Quote delia3003 6-4-2018 12:01 PM
Yang lelain tu ok ler

The Nasir, Anzalna je yang cantik

The Sandha tu macam tak layak masuk carta je
Quote siputajaib 6-4-2018 12:04 PM
bila cakap kluarga seni. dari dulu dh ade je adik bradik retis tapi zaman belom ade media sosial . contoh The Ngasri , The Rafar , The Syarifah {:question
Quote mieymiey 6-4-2018 12:04 PM
The Sandha tu dah kenapa masuk carta?
Quote ira_229 6-4-2018 12:05 PM
delia3003 replied at 6-4-2018 12:01 PM
Yang lelain tu ok ler

The Nasir, Anzalna je yang cantik

tulah...Kardashian tu , socialite, businesswoman, model, designer, and reality television personality....fasha family nan hado...?
Quote ira_229 6-4-2018 12:05 PM
mieymiey replied at 6-4-2018 12:04 PM
The Sandha tu dah kenapa masuk carta?

tt karat fasha family
Quote siputajaib 6-4-2018 12:06 PM
[quote]siputajaib: bila cakap kluarga seni. dari dulu dh ade je adik bradik retis tapi zaman belom ade media sosial . contoh The Ngasri , The Rafar , The Syarifah {:nose haha
Quote dewi_rina 6-4-2018 12:12 PM
The sandha?

Lawak gila okayyy ! Asal tak bubuh mama sandha sekali dalam gambar tu
Quote nuryakmal 6-4-2018 12:14 PM
senrose paling cun la..
Quote dewi_rina 6-4-2018 12:15 PM
Sementara adik lelakinya Ikmal Daniel dilihat sentiasa diketengahkan dalam instagram Fasha

Promote adik, lepastu nanti anak buah tu dah besar promote anak buah pulak

Drip anak buah bagi putih ye the sandha eh lawak lah the sandha pergi nya kahkahhh
Quote GigaMom 6-4-2018 12:16 PM
Ai suka the nasir.weww

The paki sorg je rupany pakai tdug?
Quote mohdcrow 6-4-2018 12:16 PM
Bawak masuk banyak2 tapi takde function seni tak guna jugak
Quote edoraixora 6-4-2018 12:16 PM
apehal The Sandha pun masuk list??
Quote edoraixora 6-4-2018 12:16 PM


yg mane satu katenye jadi bini no.2 tu?

Quote hyie 6-4-2018 12:17 PM
family kekrul takde ke sister?? ala2 rasa tak lengkap gitu The Kek's...bujibu pon kene masuk skali yach...
Quote friedfishsoup 6-4-2018 12:30 PM
Hanis Haizi and her sisters.

IMG_20180406_121612.png Screenshot_2018-04-06-12-20-23-958_com.android.browser.png IMG_1533.jpg

Keknis and her sisters plus mom (model 80an)

Screenshot_2018-04-06-12-30-04-375_com.android.chrome.png
Quote Parit.Hilton 6-4-2018 12:39 PM
post ni reporter Cari buat sendiri eh?

overall ok, tapi rasanya silap dari segi nama tu.

patutnya jadi The Khans, The Che Wans, The Maembongs.

Kena ada S sebab diorang ramai.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056533 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top