CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Berhati Perut, 17 Kucing Mati Makan Kepala Ayam Beracun

6-4-2018 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8628| Komen: 52

"Memang kejam individu yang sanggup lakukan perkara sebegini kepada kucing yang saya.

"Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan semoga perbuatan mereka ini mendapat pembalasan sewajarnya."


Foto: Berita Harian
Itu adalah luahan Muhammad Nor Fiqry Zahari selepas 17 kucing peliharaan mati sekaligus, dipercayai kerana diracun di rumahnya di Lorong Seri Kuantan.

Berita Harian melaporkan, Fiqry,38 atau lebih dikenali sebagai Babah Conan tiada di rumah ketika kejadian.

Semua pintu pagar berkunci dan kira-kira 60 kucing yang dipeliharanya berada di dalam rumah.

"Namun, sebaik sahaja saya pulang ke rumah, saya lihat dalam sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu dan apabila saya mendekatinya mendapati ada kepala ayam.

Foto: Berita Harian
"Saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.

"Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mati."

Fiqry menambah, dia sendiri hairan bagaiman kepala ayam tersebut boleh ada di kawasan ruang tamu rumahnya walaupun pagar dan pintu dikunci dengan rapi.

Foto: Berita Harian
Insiden ini membuatkan Fiqry hampir berputus asa untuk memberi perlindungan kepada kucing jalanan.

"Saya memang sudah lama rancang untuk mewujudkan sebuah taman yang membolehkan orang ramai, terutamanya kanak-kanak dapat bermain dengan kucing, namun disebabkan kejadian ini saya berasa ralat sikit.

"Buat masa ini saya hanya mahu merawat kucing yang masih sakit dan tidak akan mengambil kucing yang baharu sama ada dikutip atau diberikan oleh orang ramai," tambahnya. -CARI
7

Bagus
14

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 6-4-2018 12:31 PM
klu betul diracun, ada la pembalasannya nanti..sabar jela babah..
Quote missinpiece 6-4-2018 12:34 PM
Siannye...
Iols pun selalu berangan nak buat satu kawasan meow yg berpagar kt kampung..tapi sape pulak nak uruskan yak2 meow sebab tuannya di kl mencari rezeki..
Bagi makan mmg ramai yg sanggup
Quote shernazz 6-4-2018 12:36 PM
Org tu x tahan bau busuk bela.kucing ni kot
Area umah iols.dolu ada mamat ni suka.membela binatang
Kucing la.ayam.la...
Taik bersepah depan umah jiran jiran ni..memasing bising la
Pastu xtau sapa tah pi bagi makan racun
Semua.mati..ayam ayam.skali...
Meraung x hengat...tapi.bila.pikoor balik...ko dok taman kot
Bukan kampung..respect la.jiran jiran
Quote Artemesiaa 6-4-2018 12:41 PM
Kalau ada bela banyak haiwan perliharaan kena rajin jaga kebersihan supaya tak mengundang masaalah dengan jiran.  Buat jiran kalau ada yang kurang menyenangkan eloklah bagi tahu elok2 dengan tuan punyanya.  Bagi makan racun macam ni agak kejam tindakannya
Quote Zaien 6-4-2018 12:53 PM
tak suka skali pun x pyah la sampai bg makan racun kan..
dosa manusia sempat boleh cri minx maaf.. dosa aniaya haiwan ni..
ko tunggu la kt akhirat.
Quote ninja boy 6-4-2018 12:54 PM
bela kucing setakat seko dua takpe, ini kalau ramai2 haiwan jiran x suka,  elokla pindah kawasan kelapa sawit ka yg jiran terdekat 200meter dari rumah
Quote aHoi83 6-4-2018 12:56 PM
So jika jiran tak suka maka jiran berhak meracuni haiwan sebegitu gamaknya.
Quote siputajaib 6-4-2018 01:04 PM
pembunuh ni dpt idea dari kdrama ke.
teringat drama korea while you were sleeping.ade 1 episod tu  kes org buno kucing guna racun.
Quote Mooverine 6-4-2018 01:37 PM
Tadi nampak dia post kat FB, tanya betul ke ada orang buat panggilan kat SinarFM mengaku dan minta maaf pasal kepala ayam beracun tu. Kononnya, tukang racun tu nak racun tikus dan anjing. Pfft!
Jahat sungguh peracun tu. Anjing kah kucing kah, tetap keji perbuatan meracun tu. Sedih sangat bila teringat haiwan-haiwan ni gembira tengok makanan, terutamanya yang haiwan jalanan. Perut lapar habis tengok rezeki depan mata. Tetapi rupanya, racun yang membunuh.
Harap peracun tu dapatlah balasan yang setimpalnya. Engkau kejam!
Quote iloveselangor 6-4-2018 01:46 PM
Tak baik buat camtu tapi kalau makan Ayam Itik kat rumah I ni memng i racun je biawak, anjing.

Btw kucing i selalu suruh tangkap tikus, takda nak racun2
Quote fushimi 6-4-2018 02:14 PM
shernazz replied at 6-4-2018 12:36 PM
Org tu x tahan bau busuk bela.kucing ni kot
Area umah iols.dolu ada mamat ni suka.membela binatang
...

aku pun speku benda yang sama

kadang manusia jadi kejam bersebab


Quote grizz 6-4-2018 02:56 PM
org serabut kot bau ngan bunyi bising..
Quote meya 6-4-2018 03:08 PM
JANgan jadi selfish sangat ...konon nak jadi baik dapat pahala bela binatang tapi ko tak sedar ko menyusahkan dan menyakiti hati jiran.

Nak bela banyak banyak pergi duduk dalam hutan sana.  Buat penempatan untuk ko dan kucing.  

Kena ingat tak semua orang suka kucing especially taik kucing.  

Ko pun ada tanggungjawab berat bila putuskan nak bela kucing banyak banyak ...bukan takat bagi makan minum aje.
Quote sakurahati 6-4-2018 03:20 PM
Aku pn bela beberapa kucing kat kawasan rumah teres..mula2 takut jgk jiran aku seorang Doktor dari india tak suka..tapi satu hari ni,jiran aku siap ucap terima kasih lagi kat aku, sbb katanya sejak kucing aku ada, rumah dorang dah xde lipas. Hari tu dorang komplen rumah dorang masuk ular..n kehadiran kucing2 aku buat dorang rasa selamat
Quote jofizo 6-4-2018 03:33 PM
bela 60 ekor kat kawasan taman? byk kottttt...... ko nak wat pahala bela kucing tp secara x sedar ko buat dosa sbb menyakiti hati jiran..... selonggok tahi kucing depan rmh pn baunya dah semerbak satu rmh, inikan pula 60 ekor.....huhuhu. Membunuh itu salah tp ko x perlu menuding jari kat pihak lain, pikir la sejenak apa ko buat tu betul ke tak. Tak semua org suka hidu bau tahi and kencing kucing....
Quote shernazz 6-4-2018 03:34 PM
fushimi replied at 6-4-2018 02:14 PM
aku pun speku benda yang sama

kadang manusia jadi kejam bersebab

Tu lah...
Huhu..
Iols.xde la.sokong peracun ni buat..mmg.salah pun tp.cari penyebab dia apa...
Quote noor2 6-4-2018 03:47 PM
Kesiannya. ...babah ni kah???

[youtube]7Uv6qy7Bnd0[/youtube]
Quote noor2 6-4-2018 03:49 PM
Ni lagi. ....[youtube]N94WXGQnRzc[/youtube]


Dia ni kah??
Quote noor2 6-4-2018 03:49 PM
Moga yang meracun tu ke neraka. ....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068453 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top