Malaysia terkenal dengan hutan hujan semula jadi yang hijau dan kaya dengan sumber alam. Maka tak hairanlah ramai pelancong datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini.
Pelbagai jenis penginapan turut dibina bagi mendekatkan para tetamu dengan alam semula jadi. Sama ada anda gemarkan kegiatan luar yang lasak atau hanya ingin menikmati suasana tenang, datanglah ke lokasi yang tersenarai di bawah ini! 1. Malihom – Berendam dalam kolam infiniti Malihom ialah penginapan agak mewah yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia didirikan di atas 8 teres kaki bukit yang menawarkan keselesaan moden dalam suasana kampung.
Setiap villa diberikan sentuhan kesempurnaan dan privasi. Anda akan berasa seolah-olah berada di kediaman anda sendiri dan bakal menikmati pemandangan indah bersama yang tersayang. Alamat: Kiri N/T 168, Bukit Penara, Mukim 6 Balik Pulau, 11000 Pulau Pinang, Malaysia 2. Tabin Wildlife Resort- Dekatkan diri dengan hidupan liar Di Tabin Wildlife Resort, anda bakal disambut oleh bunyi-bunyian hidupan liar yang telah menjadi residen tetap di sini seperti burung-burung eksotik, gajah Pygmy dan ungka. Terdapat 20 buah kabin dibina dan dikelilingi hutan simpan. Sebahagiannya terletak berdekatan sungai dan yang lain di kaki-kaki bukit. Di resort ini anda boleh menikmati suasana aman dan tenang dari balkoni yang menawarkan privasi dan ikuti aktiviti seperti merentas hutan atau berendam dalam mandian lumpur semulajadi yang bagus untuk kulit! Alamat: KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia. 3. Fig Tree Hill Resort – Penginapan ala kampung Resort Fig Tree Hill terletak di kawasan hijau yang damai di Sungai Ara, Pulau Pinang. Dikelilingi pokok-pokok tinggi yang gah di lembah yang aman lagi sunyi, ia sesuai untuk anda yang mahu lari dari kebisingan kota. Terdapat 6 resort gaya kampung yang bersaiz besar dan lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan balkoni. Sesuai untuk percutian keluarga ataupun bersama sahabat handai. Alamat: Jalan Kenari, mkm 10, Sungai Ara, Balik Pulau, 11900 Pulau Pinang Terpesona lihat gambar? Tempah percutian anda seterusnya sekarang! -CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT