Penduduk di Taman Senangin, Kulim digemparkan dengan kejadian pecah kereta pada Sabtu. Lebih mengejutkan, mangsa, Noorhazlin Mohamad Saad, 38, turut menemui sepasang pakaian dalam wanita di dalam kotak simpanan barang tempat duduk penumpang pada jam 11.30 pagi ketika memeriksa kenderaannya.
"Saya hairan melihat kotak simpanan barang di bahagian papan muka sebelah kerusi penumpang hadapan terbuka. "Apabila diperiksa, saya menemui sehelai coli dan seluar dalam bukan milik saya," katanya kepada BH Online. Menurut mangsa, dia tidak menyedari keretanya dipecah masuk sehingga diperiksa sebelum ke kedai, pada pagi Sabtu.
Difahamkan, Noorhazlin meletakkan kenderaannya di halaman rumah berpagar dan berkunci tetapi terlupa mengunci kenderaannya. "Ketika membuka pintu kereta pagi semalam (Sabtu), keadaan kereta berselerak tetapi saya sangkakan disebabkan anak saya. "Sejumlah kecil wang anak saya yang ditinggalkan dalam kereta hilang," katanya. Dipercayai, jirannya turut menjadi mangsa pecah kereta dalam kejadian sama dan kehilangan RM500 serta sebuah telefon pintar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian. - CARI
|
15
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MengkuduMasam: aku saspek.. laki dia or anak dia pinjam keta dia pastu merendek dlm keta...bra & panties tu scandal dia tinggalkan utk kenangan fetish kasih saya ...
ADVERTISEMENT