CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Arah Vida Bayar RM4.6 Juta Kepada LHDN

9-4-2018 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7815| Komen: 83

Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini mengarahkan pengasas produk kecantikan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida untuk menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.



Foto: BH Online

BH Online melaporkan, arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis selepas peguam LHDN Nor Hidayah Mohd Anas memfailkan tuntutan berkenaan di dalam kamar hakim.

Vida, 47, bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed.

Dalam penyataan tuntutan LHDN, dia dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.




Terdahulu, LHDN mengadakan perbincangan dengan Vida, namun gagal mematuhi perbincangan berkenaan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.

Nor Hidayah berkata, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei depan jika Vida gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan berkenaan dalam tempoh ditetapkan.


Foto: IG Vida

Sementara itu, Zailan berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan LHDN bagi membuat penstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan selain menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan. - CARI
22

Bagus
9

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 9-4-2018 06:07 PM
Amboi. Mandi dalam tub penuh duit. Tapi tak mampu bayar income tax?
Quote shernazz 9-4-2018 06:09 PM
Gst pon dia kena
Income tax pon.kena...
Apa akauntan ko x buat koje ke?
Ke sayang duit?
Quote idakamaruddin 9-4-2018 06:12 PM
shernazz replied at 9-4-2018 06:09 PM
Gst pon dia kena
Income tax pon.kena...
Apa akauntan ko x buat koje ke?

tipu invoice kot



igtkan x kantoi sekali


Quote shernazz 9-4-2018 06:15 PM
idakamaruddin replied at 9-4-2018 06:12 PM
tipu invoice kot



Hahahaha
Lhdn pon pandai juga bab duit neh
Dh byk.kali kena tipu sure langkah berjaga jaga dibuat kan
Quote giyomi 9-4-2018 06:41 PM
inikah dinamakan cash sebab keriakkan?
Quote dodolgemok 9-4-2018 06:47 PM
Cash sgat dek! Tggu tok berlagak sorang lgi
Quote alieyrina 9-4-2018 06:50 PM
Ha ah..akauntan dia x buat keja ka...dah kaya raya camni harusla derang odit sampai lubang cacing ..
Quote moonbug 9-4-2018 07:09 PM
Tak habis lagi kes ni rupanya. Ingatkan dah selamat bayar cash tahun lepas
Quote iloveselangor 9-4-2018 07:24 PM
Jaghi pon dah terkangkang semua cincin besor sangat.
Quote CiliPadiSedap 9-4-2018 07:30 PM
kenapa alif syukri ni rekod bersih ye walaupun rumah dia level pprt sekinchan je?
Quote kiahkau 9-4-2018 07:50 PM
Ala.. rm4.6j tu celah gigi vida je..  klu x mampu, jual preloved je la beg2 hang vida..x pun ko let go rumah juta2 hang tu.. {:laugh
Quote Dwdrum 9-4-2018 07:58 PM
Edited by Dwdrum at 9-4-2018 03:59 AM

Datul seri vida fashion pakaian  beliau begitu yea ? Disaster sangat
Quote tanakkampung1x 9-4-2018 08:03 PM
Masalahnya Datuk Vida ni asyik pamer kekayaan beliau sahaja.

Tax tak bayar rupanya
Quote MarryPottet 9-4-2018 08:14 PM
tak guna punya citizen! live like a king & dok kulu kilir showing off her extravagant life tapi culas bayar income tax sampai 4 tahun tertunggak. marhaen yg gaji tak semewah mana pon boleh bayar income tax on time
Quote Elated 9-4-2018 08:15 PM
Cukai jee dah juta juta. Bayangkan pendapatan dia
Quote raxief 9-4-2018 08:20 PM
kata aritu rugi 11 juta ke ape ntah
Quote mawarika 9-4-2018 08:20 PM
Bayar je vida..tu utk support brim 2k next year kalau bee end menang
Quote prettyuglybabe 9-4-2018 08:22 PM
so klu tak mampu bayar boleh join hh bangkrap la ye
Quote Elated 9-4-2018 08:24 PM
Bayangkan berapa pendapatan dia

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089131 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top