CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adik Aku Kelakar Nak Mampus, Kalau Pakai Juri Mesti Menang! - Sharifah Shahirah

10-4-2018 11:11 AM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 17420| Komen: 102|Original author: Oleh: Ain

"Tahun lepas adik aku berlakon memang kelakar nak mam... Kalau pakai juri profesional, mesti kau dah menang."

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 44, menulis begitu di laman Instagramnya sebagai kata-kata semangat buat adiknya, Sharifah Sakinah yang terpaksa akur apabila gagal membawa pulang anugerah Meletop 2018.


Foto: mStar Online

Shahirah yang mesra dengan panggilan Shiera memohon maaf kerana tidak tahu cara untuk mengundi secara dalam talian selain tiada masa untuk melakukannya.

Menerusi posting di IGnya, Shiera percaya pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu mampu memenangi anugerah berkenaan sekiranya dinilai juri profesional, dan bukannya undian semata-mata.


Kau memang kelakar



Foto: IG Sharifah Shahirah

"Otak bijak, berlakon bodoh-bodoh. Teruskan mewarnai dunia seni dan buat orang gembira," tulisnya.

Memetik mStar Online, Sakinah pertama kali dicalonkan dalam kategori Pelakon Lawak MeleTOP pada anugerah berkenaan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Bagaimanapun, anugerah itu dimenangi pelakon dan pelawak Zizan Razak menerusi filem Abang Long Fadil 2.


Foto: IG Sharifah Sakinah

Rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan Shiera itu selain memuji bakat lakonan Sakinah yang sempoi lucu semula jadi tanpa dibuat-dibuat.


Kalau pakai juri, mesti menang




Dalam masa sama, ada yang menyifatkan anugerah berkenaan sebagai anugerah syok sendiri.


Foto: IG Sharifah Shahirah

Apapun, Sakinah memang pelakon hebat! Semoga terus maja jaya dalam industri seni hiburan. - CARI
11

Bagus
31

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apiang 10-4-2018 11:19 AM
Hahahahahaha setuju. Tp kakak dia ni pon kelakar lagi. Terhibur tgok caption2 kat ig. Xda caption. Gempak2 pon shira ni. Bese je tp lawak
Quote mat_arof 10-4-2018 11:23 AM
yes...setuju...malaysia kena ada juri  menilai lakonan seperti Ahli ahli Golden Globe , Academy Awards ...

kat situ baru leh tahu siapa layak menang....

hanya juri sahaja yang layak vote seperti yang dilakukan oleh Golden Globe  Awarda , Academy Awards, Festival Filem malaysia


anugerah vote by peminat. mmg  yang menang tu sebab peminat je..bukan sebab bakat/talent
Quote drivethru 10-4-2018 11:23 AM
Shira ni penyampai radio suria fm ke?

Pukul berapa segmen dia?

Quote goss79 10-4-2018 11:23 AM
mmg anugerah meletop tu semua jenis syok sendiri and x leh pakai pun pemenangnya. sbb bukan by talent just sbb undi popular.

kinah mmg serba boleh pun. bg apa watak pun sheols can bawak.
Quote siputsedut 10-4-2018 11:26 AM
Sian kinah ting tong x menang..bertaba laa
Quote noreen 10-4-2018 11:27 AM
so apa yg shera ni nak bukti kan ?
terang2 anugerah syok sendiri ?
kita sendiri faham mmg tu anugerah kroni2 yg akan menang...
xpe kinah tnggu anugerah juri..kalo ko mmg hebat ..mesti ada rezeki kau
Quote barfi 10-4-2018 11:28 AM
siputsedut replied at 10-4-2018 11:26 AM
Sian kinah ting tong x menang..bertaba laa

Haha anugerah syok sendiri kan. Sendiri pengacara sendiri menang.. koser. Iols tak layan pun ame.. btw kinah dan kakak dia ni kalau bergabung dalam 1 show mesti lawak haha
Quote ayjay 10-4-2018 11:29 AM
Dia dan adik dia apa kurangnya buat lawak bodoh piang semata nak bagi org like?

Anugerah meletop dah memang guna undi talian so yg menang tu menanglah. Awaj nak menang maka kenalah ada peminat yg sanggup undi.
Kalau ramai org suka maka menanglah. Macam Arif Jiwa!
Quote noorhairiahma 10-4-2018 11:31 AM
drivethru replied at 10-4-2018 11:23 AM
Shira ni penyampai radio suria fm ke?

Pukul berapa segmen dia?

pagi2 nak pergi kerja tu, dia ada je dengan zulin and lagi sorang lelaki nama apa entah.

i dengar dalam pukul 8-9pagi. nama glamer kakshiera is RARA..
Quote limau_lemon 10-4-2018 11:39 AM
shiera kena paham, kalau pakai juri, peluang kak jah nak menang 0.0000000001%
Quote harisbee 10-4-2018 11:41 AM

sah sah la AME ni saja anugerah gedik2 ala ala ABP la kekdanya tp versi low class sikit
Quote cmf_premierleag 10-4-2018 11:46 AM
Ye setuju
Akak mmg habiskan series gelfren dr neraka tu
Lawak betul kinah jd bimbo
Yg lawaknya dia ckp ike ike ike mcm pelakon porno jepun depan aiman hakim.. Aiman malu gila ms depan client jepun tu
Quote mixed 10-4-2018 11:47 AM
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 11:46 AM
Ye setuju
Akak mmg habiskan series gelfren dr neraka tu
Lawak betul kinah jd bimbo

ko tgk x bimbo bimbi tu dgn isa khan
adoi lawak di kerja kan isa tu

Quote mixed 10-4-2018 11:50 AM
goss79 replied at 10-4-2018 11:23 AM
mmg anugerah meletop tu semua jenis syok sendiri and x leh pakai pun pemenangnya. sbb bukan by talen ...

mmg kinah serba bole
jd kelakar lawak nk sgt
dlm vc nuar jen menjadi watak sheol
bole menangis plk tu terer sungguh  
Quote honeybucuk 10-4-2018 12:11 PM
Haha...Sian kinah..

Tapi kenapa ye org selalu pertikai juri awam ni..nasib la sape ramai peminat gigih boleh la menang...
AF pun mcm tu...
Tp juara lagu tu pakai juri pro pun ada kene kutuk gak tak Adil la..bias la..
Tak tau ape netizen ni nak..
Quote cmf_premierleag 10-4-2018 12:47 PM
mixed replied at 10-4-2018 11:47 AM
ko tgk x bimbo bimbi tu dgn isa khan
adoi lawak di kerja kan isa tu

Tgk..dgn tagline sengal2 dia tu gimme bin gimme bin gimme bin
Quote mixed 10-4-2018 12:52 PM
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 12:47 PM
Tgk..dgn tagline sengal2 dia tu gimme bin gimme bin gimme bin

gusi gusi geng
bimbi gurau je gurau je
(sheol tiru tag line caprice bang bang)
Quote aunisofia 10-4-2018 12:56 PM
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 11:46 AM
Ye setuju
Akak mmg habiskan series gelfren dr neraka tu
Lawak betul kinah jd bimbo

ike ike ike tu apo?

Quote BookerT 10-4-2018 12:59 PM
mak rasa mak hayam shahirah lagi kelakar...bila pula adik dia mak hayam sakinah ni kelakar...poyo dan bodoh je mak tengok...

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.170888 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top