|
Seorang wanita yang dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke bandar Port Dickson menjadi mangsa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.
Harian Metro melaporkan insiden berlaku semasa mangsa berhenti di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson. Semasa sedang menunggu, muncul dua orang lelaki yang menunggang motosikal dari sebelah kanan. Difahamkan salah seorang dari lelaki terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan objek keras dan menyimbah cecair ke arahnya. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, “Kedua-dua suspek memecut motosikal meninggalkan lokasi kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu mangsa yang mengalami kecederaan.
“Akibat kejadian itu, mangsa melecur di pipi, kedua-dua lengan, paha, perut dan betis serta dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan." Seoang lagi rakan sekerja mangsa yang turut berada dalam kereta tersebut tidak mengalami kecederaan. Mangsa mendakwa dia tiada musuh yang disyaki. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. -CARI
|
|
17
![]() Bagus |
16
![]() Marah |
8
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
10
![]() Lawak |
6
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.108614 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.