Neelofa telah membuat pendedahan di program Meletop tentang Mona Fandey yang merupakan jiran yang tinggal berhadapan rumah keluarganya di Kelantan.
“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu,” katanya dalam program Meletop.
Dia mengakui menonton filem Dukun memberi kesan kepada dirinya sehingga sukar untuk melelapkan mata kerana teringatkan watak Dukun yang seperti Mona Fandey. Tambahnya lagi rumah Mona Fandey hanya satu sahaja iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Hangat.com juga telah menghubungi keluarga terdekat arwah Mohd Affandi Abdul Rahman, suami ketiga Mona Fandey untuk mengesahkan rumah tersebut dan mendapati bahawa rumah tersebut menjadi tempat tinggal untuk anaknya, Irwan Affandi. Sebelum berkahwin dengan Mona lagi, rumah tersebut sememangnya milik Affandi dan barang-barang bagi kes pembunuhan Dato Mazlan juga telah disita. Dalam program bual bicara tersebut, mereka telah menjemput pelakon filem Dukun, Umie Aida, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat untuk mempromosikan filem. Watak Diana Dahlan yang dilakonkan Umie Aida berjaya mencetus fenomena dan dia turut berkongsi pengalaman misteri sehingga hampir terkena histeria ketika melawat ke bilik gantung. Dia mendedahkan keadaan dirinya pada waktu itu yang menggigil ketakutan. Siapa yang tidak tengok lagi, belilah tiket sekarang! Umie Aida memang berjaya membawa watak sebagai Dukun dan begitu terbukti bakatnya sebagai pelakon hebat. - CARI
|
22
Bagus |
8
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
31
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siputsedut replied at 11-4-2018 05:49 PM
X best langsung interview meletop..aku tgk faizal hussin pon nampak mcm x selesa....hasnol rahmat lg ...
siputsedut: X best langsung interview meletop..aku tgk faizal hussin pon nampak mcm x selesa....hasnol rahmat lg la...dpt bercakap satu line je...beza dgn intervi ...
umbut replied at 11-4-2018 05:53 PM
Kan... aku syak lopak ada syer kat letup astro.. guest dia x kenan, dia menghilang..
sofiazara replied at 11-4-2018 05:16 PM
i saw lady sherot sedang buat mulut herot, belakang ular tu
siputsedut replied at 11-4-2018 05:52 PM
Kesiannya anak afendi tu...lopak ni indirectly reveal location umh tu...lg trigger org nk tau psl ru ...
danieladam replied at 11-4-2018 05:59 PM
Euwwww sangat part bilik terakhir tu. Iols mcm terkebil2 kat dpn tv tgk apa lembab nya seorg yg mg ...
umbut replied at 11-4-2018 05:53 PM
Kan... aku syak lopak ada syer kat letup astro.. guest dia x kenan, dia menghilang..
siputsedut replied at 11-4-2018 06:09 PM
K fine la kalau dia x tau apa bilik terakhir...assuming dia jarang baca paper ..masalahnyaaaaa dp ...
ADVERTISEMENT