CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Waspada! Ini 10 Jenis 'Travel Scam' Yang Sering Terjadi Di Luar Negara

17-4-2018 03:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4229| Komen: 20|Original author: Oleh: Azza Rai

        
Ingat lagi kisah Youtuber wanita yang menangis kerana mengalami pengalaman buruk sepanjang di Paris? Ya! Nampak indah pada zahir tapi segala yang busuk di belakang tabir, jarang orang bercerita. 

Jadi, simpan ini kemas-kemas, segala yang cantik di mana-mana tempat pelancongan seharusnya tidak mengaburi mata anda. Berhati-hati dengan individu yang mahu ‘menolong’ anda, risau pula mereka sebenarnya pemangsa antarabangsa. Teringat pula seperti filem Taken. 

Jom lihat 10 dari 26 scam yang telah disenaraikan sebagai jenayah terancang.

1) Kamera tiba-tiba rosak
Seseorang akan meminta anda mengambil gambar bagi pihak mereka dan sekumpulan rakan.

Tiba-tiba kamera tidak berfungsi dan bila anda nak pulangkannya pada mereka, mereka akan jatuhkan dan pastinya rosak terus. Kumpulan tersebut akan meminta ganti rugi untuk membaikinya atau pun menyeluk saku ketika perbualan tersebut! - Seluruh dunia


2) Peminta sedekah
Biasanya orang tua atau perempuan mengandung akan meminta simpati anda supaya memberi mereka sedikit duit. Biarpun nampak tiada apa-apa, sebenarnya ini memberi peluang kepada penyeluk saku melihat di mana anda menyimpan dompet anda. – Seluruh dunia

3) Cashier dekat telefon
Cashier di mana-mana kedai akan berpura-pura berbual di telefon ketika berurusan dengan anda. Apa yang sebenarnya dia lakukan ialah mengambil gambar kad kredit anda supaya dia boleh menyalinnya semula. - Barcelona

4) Penjual peta
Ada yang cuba menjual peta kepada anda. Biasanya mereka akan mengibar-ngibarkan peta ke muka anda tapi sebenarnya itu untuk melengahkan masa supaya boleh mencuri dompet anda. -Eropah


5) Tiket palsu
Sementara anda sedang beratur untuk membeli tiket, ada individu yang kelihatan seperti staf akan menawarkan tiket dengan harga yang lebih tinggi semata-mata untuk memotong barisan. Tapi ia sebenarnya tak berguna pun! – Paris dan London

6) Gelang persahabatan
Seseorang akan menawarkan gelang persahabatan walaupun anda tidak mahu. Biasanya dia akan menarik tangan anda untuk membuat gelang khas lalu meminta bayaran. Hati-hati ini juga cara untuk melekakan anda semantara penyeluk saku melakukan kerjanya. – Paris, Barcelona, Rome dan Cairo

7) Pengilat kasut
Seorang lelaki menjatuhkan berus kasut di hadapan anda. Ketika anda mengutip dan mengembalikannya, dia mengucapkan terima kasih dan sebagai balasan dia mengilatkan kasut anda. Mungkin anda berasa ia terhutang budi tetapi selepas itu dia akan meminta bayaran bagi perkhidmatannya – Istanbul

8) Pengedar dadah
Pemandu teksi akan menawarkan dadah jika anda mahu ke sebuah parti. Setelah anda menerimanya, polis palsu akan menahan anda dan mengugut untuk memenjarakan anda jika tidak memberi habuan yang banyak. - Thailand

9) Hotel ditutup
Pemandu teksi (scammer) akan menyakinkan anda bahawa hotel yang telah anda tempah ditutup untuk pembaikkan. Tetapi, dia akan mencadangkan beberapa hotel sebagai ganti yang seakan-akan nama hotel tersebut yang dia akan dapat komisennya. - Eropah



10) Perempuan cantik
Ya, seorang wanita cantik akan cuba menggoda lelaki yang keseorangan. Dia akan mengajak anda ke bar bersama-samanya lalu memastikan dompet anda nipis dengan bil yang tidak terjangka. - Athens

Ada 16 lagi penipuan yang berlaku di seluruh dunia. Namun ini antara yang kerap terjadi. Apa pun sentiasa berhati-hati di luar negara kerana ada sahaja pemangsa yang sedang memerhati mereka yang terleka.- CARI 

Kredit : Top Tourist Scam

12

Bagus
25

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 17-4-2018 03:29 PM
Info berguna buat panduan semua kaki travel
Quote grizz 17-4-2018 03:32 PM
mmg kne hati2 la klu nk g mlncong cmni..
Quote Red_mAnc 17-4-2018 04:31 PM
good info...
Quote missinpiece 17-4-2018 06:05 PM
Info berguna
Quote adeqo 17-4-2018 07:43 PM
Igt lagi kenangan pergi paris kat metro station dorang.. depann mata meolss sendiri adegan ragut meragut beg... serammmm..



Quote mdhelmi 18-4-2018 08:20 AM
tiket palsu tu byk ada kat stadium bola
Quote uda 18-4-2018 10:53 AM
My friend kena tiket palsu di Paris. Orang tu jual 1 day pass untuk paris tapi rupanya one-way rip ke Dsneyland aje.
Quote chicozinn 18-4-2018 11:27 AM
meollss even g kat krabi sajorh meolls pakai beg duit letak kt pinggang cm org wat meniaga tu..takut la sbab ngara org ni deyyoollss jakun skit ble nmpak pelancong sume ingat pelancong ni kaya raya walhal g negara deyoollss tido pon hotel bajet yachhh
Quote asyura_85 18-4-2018 12:17 PM
Hah kat marrakech lg hampeh scam nye..kalau kau sesat..diaorg akan lg menyesatkan kau pastu kwn dia kan dtg pura2 nak tlg pastu mintak duit.. danggggg
Quote sadiq_segaraga 18-4-2018 03:23 PM
Kat tv ada satu tv series nama Scam City.. tengok macam macam scam.. salah satunya naik teksi kat argentina tak silap, driver tukar duit yang kita bagi dengan duit palsu, pastu dia suruh ganti lagi
Quote chinta89 18-4-2018 03:46 PM
mcm2 kejahatan..
Quote lasagnaklcc 18-4-2018 04:09 PM
Kat istanbul diorg punya MO wkt kita bg duit bayar something dia akan ckp tak cukup. Hakikatnya dia dah nyorokkan laju2 note besar. Maklum la tourist kan terkial2.
Quote afie_m 18-4-2018 04:26 PM
apa2 pun..mana kita nak pergi memang kena hati2..dalam negara sendiri pun banyak ja berlaku...
Quote L211 18-4-2018 08:19 PM
iols siap tampar muka gipsy romania.. malah tolak kluar dorg dr metro.. iolss benci sgt dorg ni mmg keparat.. pnh tolong makcik matsaleh tua like 70+ nyaris nk kena copet.. iolss halau siap jerit 'au secour' kat jardin du tuileries, paris.. situ ramai keparat2 gipsy.. uolss blh cam sangat dorg punya muka.. refer pic atas.. sekrg dhpandai myamar jd syrian plak.. eiiii geram ok
Quote Cari-Azza 22-4-2018 06:48 PM
L211 replied at 18-4-2018 08:19 PM
iols siap tampar muka gipsy romania.. malah tolak kluar dorg dr metro.. iolss benci sgt dorg ni mmg  ...

Admin ada tulis pasal scam di Paris, ingatkan Muslim rupanya Gypsi

Quote HannahMontana 22-4-2018 07:26 PM
kena buat muka sombong ,gaya royalty , aku aku ko ko...muka tak bersalah dna tak pernah nak rasa bersalah dan sewajibnya mmg ko tak buat salah.

Bila ko keluar dari ruang lingkup kehidupan tempat ko dibesarkan ,ko ke dunia luar ko akan nampak  betapa adat sana jauh lebih  beza nya


adakala ko akan alami krisis identiti dan psikologi masalah...

Ketahui lah

Quote becir 23-4-2018 09:47 AM
Cari-Azza replied at 22-4-2018 06:48 PM
Admin ada tulis pasal scam di Paris, ingatkan Muslim rupanya Gypsi

Ada je Muslim Sana buat onar..they are not like Chinese folks, pindah France keje mcm nak mampus untuk kehidupan lagi baik..hahah
Quote Kerydell 23-4-2018 03:45 PM
Pernah kena copek jugak dekat Paris..tau2 je beg sandang dah ternganga..orang2 sekeliling diaorang tengok je..tak tegur pun i jalan with the bag open sampai la sedar sendiri huhu....tp nasib baik yang hilang bag makeup hahah...barang2 penting semua dekat dalam poket jaket
Quote L211 29-4-2018 04:31 AM
becir replied at 23-4-2018 09:47 AM
Ada je Muslim Sana buat onar..they are not like Chinese folks, pindah France keje mcm nak mampus u ...

mostly namanya je Muslim keturunan Arab but Nauzubillah, kaki fuck, kaki botol, kaki penipu, kaki gado, pemalas nak mampus.. penah laa my neighbour sort of like very religious here in Paris.. terlolong2 terjerit bagai marahkan bini dia yg berniqab (berpurdah) kat luar kawasan apartment.. nak masuk campur rasa xsesuai.. sekali polis dtg, dia pergi herdik n nak serang.. but polis bertindak dulu.. dah bergari.. so jgn igt Muslim arab ni baik.. puihhhh gi mampus spesis dorg..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top