CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

11 Teguran Untuk Graduan Manja Zaman Sekarang!

16-4-2018 05:34 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 6912| Komen: 39|Original author: Oleh: Suzy


Awal tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila seorang ‘intern’ merungut mengenai bebanan kerja yang diberikan majikannya dan menuduh syarikat tempat dia menjalani Latihan Industri itu menyuruhnya membuat tugas di luar bidang pengajiannya. 

Didapati, rata-rata netizen menganggap pelajar tersebut tidak pandai berdikari dan manja. Maka dengan itu, laman web Rileklah telah menyusunkan beberapa nasihat kepada graduan terutamanya anak melayu apabila mahu memohon pekerjaan dan sesudah diterima bekerja supaya tidak dilabel MANJA.


1. Apabila mendapat tawaran kerja, bekerjalah sekurang-kurangnya enam bulan di tempat tersebut untuk menimba pengalaman. 


2. Apabila tidak berminat untuk bekerja lagi, maklumkan dengan baik kepada majikan. Bukan tinggalkan pejabat sesuka hati.

Foto: Google

3. Sekiranya mendapat jawatan sebagai pereka sebagai contoh, tidak bermakna tugas anda hanya mereka bentuk sahaja. Tugas sampingan seperti menyapu sampah, kemas meja, susun buku, juga perlu dilakukan sekali-sekala.

4. Apabila ditegur majikan, jangan melepaskan kemarahan menerusi laman sosial dan menghasut pekerja lain. 


Foto:Google

5. Sekiranya kod pemakaian syarikat adalah kasual atau bebas, anda tidak perlu mengeluh untuk bergaya. Kenakan pakaian yang anda gemari kerana peraturan pakaian adalah BEBAS. Janji siapkan kerja.

6. Jangan memilih pekerjaan. Rebut peluang yang ada. Tidak semestinya dengan segulung ijazah kejuruteraan, anda WAJIB menjadi jurutera. 

7. Bagi yang baru bekerja, jangan membazir dengan membeli gajet terkini yang tiada kepentingan.


Foto: Google

8. Jangan jadikan pejabat lokasi pertemuan dengan kekasih mahupun rakan-rakan. 

9. Hormati majikan dan rakan sepejabat. Jangan anggap dengan ijazah yang kita miliki, kita lebih hebat daripada orang lain. 

10. Paksa diri untuk menyukai kerjaya sekarang kerana peluang pekerjaan yang anda dapat mungkin menjadi dambaan orang lain.

11. Bersabar dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan majikan dan syarikat. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, hargai peluang yang ada. 


Sebenarnya, kita boleh ajar diri kita untuk menyukai apa yang sedang kita kerjakan. Tak kenal, maka tak cinta. Jika gaji besar tapi hati tak gembira, masalah juga tu kan? - CARI
19

Bagus
11

Marah
25

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-4-2018 06:41 PM
Naihat yang amat berguna buat mereka
Quote salmon-suki 16-4-2018 06:51 PM
Senang kata,bersyukur dgn keje y kita dpt,unless betul2 majikan tu cekik darah,report lah ke pjbt buruh..hehe
Quote alieyrina 16-4-2018 07:12 PM
Aku baru tau nubis2 pompuan akan masuk 1 dept kat opis aku yg penuh dgn laki2  berpangkat utk pancing buat laki..caittttt
Quote SLAManya 16-4-2018 07:23 PM
Mostly staff kat office i fresh grad dan i bangga diorang bagus sangat.. 90% chinese 10% malay
Quote Konahhh 16-4-2018 09:58 PM
Tapi jangan la bebal sangat, kalau agak banyak sangat kerja dibagi, jangan "takpe, aku tak boleh jadi graduan manja"..Stand up for your right jugak.
Quote mjla 17-4-2018 01:29 AM
Lg satu
Kjn tlglah cipta peluang pekerjaan utk graduan.
Takat slim dan brim apa yg depa blh dpt utk masa depan
Quote anastasia7 17-4-2018 07:45 AM
Anak2 muda ada yg kurang adab. Sampai kat tempat kerja / praktikal pn terbawa2 perangai kurang adab, tak hormat bos, pekerja senior.
Quote ladybugz 17-4-2018 08:35 AM
When i was a newbie dulu, i was being bullied from all angles even my personal things pun kene bully. Yg senior ade yg mulut hazab nk mamps mengutuk depan2 semua org like i had no feelings. Sbb i jenis senyap n didnt know how to stand up for myself. Lg sedap diorg membuli esp bile boss start puji kite lagi ramai la manusia seniors yg nk buli i. Sampai satu tahap i fell sick so many times n cant perform well at the work place. Baru la diorg slow down skit. It was so hostile sbb bos slalu suke suh i buat keje n suke ngan keje i. Bos i dulu perempuan bukan lelaki ye yg boleh nk menggedik. I had to quit the job. Eventhough i like my boss n my work but the environment was not for someone like me.
Quote chinta89 17-4-2018 09:02 AM
budak2 skg mmg manja..

takboleh main tepon mse bekerja pun dh meroyan!
Quote fushimi 17-4-2018 09:23 AM
anastasia7 replied at 17-4-2018 07:45 AM
Anak2 muda ada yg kurang adab. Sampai kat tempat kerja / praktikal pn terbawa2 perangai kurang adab, ...

opis aku ramai junior and budak practikal semua cina
suruh je apa semua main angguk je

pernah jugak dulu face budak melayu berlagak nak mampus baru jadi junior hujung hujung kena maki ngan aku tahu takut nak angkat muka
Quote Red_mAnc 17-4-2018 09:46 AM
Edited by Red_mAnc at 17-4-2018 03:28 AM

Anyway nak komen ckit and shared pengalaman as a HR practitioner bila deal dgn graduan local especially melayu yg fresh grades with no experience at all.

Time interview mmg dah 80% yg saya encountered a total NO NO, sebab English kurang fasih takpe tapi ni tak bila di interviewed in English dia boleh replied cakap boleh x jawab dalam BM and the saddest part was those yg ada DEGREE dr Universiti tempatan ok!! Mashaallah. Tapi Universiti Malaya I tak pernah encountered such situation which mean their grads are top notch! .
Well you all mintak nak kerja with MNC company yg besar of course lah nak tau English. Take note ya, I don't mind if mereka cakap English tunggang langgang or grammar teruk sebab yg penting the efforts you shown penting sebab itu menunjukkan yg mereka ada attitude mencuba and nampak nak improve utk masa depan. Kita paham English is not our mother tongue. Tapi ini tak belum start keja lagi dah demand nak jawab dalam bahasa MELAYU!!! Mmg Bodoh dan hampeh lah lu jawab mcm tu time interviewed! Lepas tu nak pulak demand gaji minimum 2.5k, what the F**K??! So i just told them, u just jogg on n fly your damn kite .. kalau nak mcm tu u apply lah jawatan dlm Government .. Inilah masalah graduan muda, awal2 lagi dah turn off bila time interview.. I even interviewed those yg origin Japanese / Korean/French/ Eastern European / Russian yg English mereka mmg tunggang langgang but mereka takda hal pun nak cuba jawab dalam english.. so kesimpulan nya mmg graduan kita hampeh not all but a definitely 70% - 80% those yg dr local Universities. Sebab tu MNC yg besar prefer universiti swasta sebab confidence wise and language proficiency mmg WAY WAY WAY WAY BETTER dari Universiti kerajaan tempatan!
Quote Red_mAnc 17-4-2018 09:52 AM
SLAManya replied at 16-4-2018 11:23 AM
Mostly staff kat office i fresh grad dan i bangga diorang bagus sangat.. 90% chinese 10% malay

sebab 90% of them are chinese, sebab tu.. cuba kalau 90% of those adalah melayu, mmg u migraine..
Quote Red_mAnc 17-4-2018 10:02 AM
fushimi replied at 17-4-2018 01:23 AM
opis aku ramai junior and budak practikal semua cina
suruh je apa semua main angguk je

kan... bukan kita nak mengata bangsa melayu tapi mmg majoriti ramai melayu mcm tu, sebab tu cuma sesuai kerja ngn gomen yg mmg kualiti hampeh!! Tapi sedih tgk bangsa melayu sendiri yg malas mcm tu... muda2 lagi dah ada ciri kaki dedakzz$$
Quote besarkecik 17-4-2018 11:22 AM
aku ambik fashion, sekarang kerja bidang finance account dekat company jepun.
korang punya degree & diploma semua ni tak laku.
apa yang diaorang nak tengok, boleh tak korang tekun & datang awal.
orang jepun ni diaorang lagi pentingkan kualiti daripada ijazah korang.sebab tu diaorang akan bagi korang training bila kau dah salah. jarang sekali company jepun akan buang pekerja melainkan kalau orang tu tak berdisplin dengan masa.

adab kerja jepun, jarang sekali pekerja akan berhenti kerja atau tukar syarikat lain. sekali dah kerja dekat syarikat tu, sampai tua dekat syarikat tu dia bekerja.

contoh, sebelum ni, aku kerja bahagian account, lepas tu aku kerja bahagian marketing, lepas tu masuk bahagian produksi.
tujuan dia, bila korang dah naik pangkat, korang dah tau semua benda & tak akan ditipu.

nak naik pangkat bukan senang. tak semestinya korang dah kerja lama, makin tinggi pangkat korang, tapi korang kena jawab exam kalau nak naik satu persatu pangkat..
Quote anastasia7 17-4-2018 12:29 PM
fushimi replied at 17-4-2018 09:23 AM
opis aku ramai junior and budak practikal semua cina
suruh je apa semua main angguk je


Sad but true. I dgr cerita psl practical students kt my hubs office pn rasa nk lempang je laju2. Soh buat kerja tak mau buat. Last day practical  tahu plk mintak ehsan staff supply gambar n data utk report. Useless
Quote anastasia7 17-4-2018 12:33 PM
Red_mAnc replied at 17-4-2018 09:46 AM
Anyway nak komen ckit and shared pengalaman as a HR practitioner bila deal dgn graduan local especia ...

HR la yg byk jumpa perangai 'pelik2' kan.

Nak kata ipta xde program khas utk bantu kebolehpasaran graduan, tak juga. Back then in 2007, my uni ada buat program khas. Belajar cara attend interview, pakaian yg betul. Cara buat resume. But sadly, students ramai yg tk take note sgt pun. Skrg ni tak tau lah ada lg tk
Quote Red_mAnc 17-4-2018 01:09 PM
anastasia7 replied at 17-4-2018 04:33 AM
HR la yg byk jumpa perangai 'pelik2' kan.

Nak kata ipta xde program khas utk bantu kebolehpasa ...

mmg pun, sometime we as a HR try la jugak nak cari positive mark during interview tu sebab we might probably able to noticed some slightly potential lagipun nak jugak tolong bangsa kita kan, tapi most of the time there is no way we can even slot them in at all even thou' degree with a damn dean list..that is why those yg street-wise yg kemudian nya pelan2 sambung belajar are more better than those yg book-smart...daripada nak ajar fresh grads yg zero attitude better off I get interns then groom them up and if ever yg betul2 excel during their internship period, will definitely offer them a job in the company, easy.. furthermore those yg ada degree especially melayu ye, majoritinya tak nak start off keja with lower rank post, terus nak pegang Executive position or even ada yg dare & super confident applying for a Managerial role..
Quote tagas 17-4-2018 01:10 PM
dats y kalo cina yg tadbir negara n almost gomen staf

chinese dah lama mesia ni maju

no need waiting 2020

tp nak wat camne almost staf malay

sinonim dgn budaya pemalas & suka berpolitik

tolak sana tolak.sini

keja tak jln..nak kena ketuk baru jln

-aku mulayu-
Quote ~boolean 17-4-2018 01:21 PM
Red_mAnc replied at 17-4-2018 09:46 AM
Anyway nak komen ckit and shared pengalaman as a HR practitioner bila deal dgn graduan local especia ...

Pada aku, 2.5k tu bukan demanding, itu memang harga yang wajar diberi untuk graduan degree zaman sekarang. Syarikat besar2, tapi bayar fresh grad 2k, bapak kedekut!

Sedangkan adik2 lepasan spm kalau kerja starbucks full time pun boleh dapat sekitar 1.5k, takkanlah syarikat bayar degree holder bawah 2.5k...

Ada masa memang aku kutuk fresh grad zaman sekarang (manja, tak reti buat kerja, english lemah)..tapi ada masa syarikat kena lah adil kita ambil pekerja bukan ambil kuli batak.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065954 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top