CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Harap Wajah 'Flawless' Tanpa Jerawat Kalau Masih Lakukan Perkara Berikut!

17-4-2018 10:39 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 4434| Komen: 14|Original author: Oleh: Has

Tiada orang yang tidak menginginkan wajah cantik tanpa jerawat dan jeragat. Tetapi, tidak ramai mengetahui bagaimanakah caranya agar dapat mengekalkan kulit wajah lincin dan sihat tanpa dihuni jerawat. 


Jerawat juga berpunca daripada pemakanan yang tidak terjaga serta keadaan persekitaran anda. Jadi, bila wajah yang mulus sudah dihinggapi jerawat, apakah langkah-langkah perlu diambil bagi mempercepatkan proses membunuh jerawat tersebut?

Disini ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk menghapuskan jerawat dengan cepat dan berkesan seperti dipetik dari Vemale.com:


1) 'Terlebih' skrub

Foto: Stylecaster.com


Nah! Bila wajah sudah dinodai jerawat, maka anda perlu berhati-hati ketika mencuci wajah. Oleh itu, gunakanlah skrub bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Tetapi, janganlah terlalu kasar ketika menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan wajah anda bertambah parah.


2) Kulit kering

Foto: Verbiena.com

Ketika wajah dihuni jerawat, anda seharusnya menjaga kelembapan kulit agar ia dapat menjadikan kulit wajah bertambah sihat dan cantik serta dilindungi.


3) Stres

Foto: commerage.ru

Tahukah anda? Sang jerawat yang wujud di wajah anda akan menjadi penghuni yang lebih lama di saat anda stres. Untuk menghapuskannya dengan cepat, jangan selalu stres, okey!


4) Memicit jerawat

Foto: wom.my/kecantikan/hilangkan-jerawat-batu

Haip! Yang ini siapa saja yang tidak buat? Boleh dikatakan, hampir semua dari kita gatal tangan untuk memicit jerawat yang muncul di wajah, bukan? Tahukan anda dengan memicit jerawat, ia bukan sahaja melambatkan proses pemulihannya, malah membuatkan wajah semakin parah! Jadi, hentikan memicit jerawat anda!


5) Kerap membasuh muka 

Foto: Azhan.co/panduan-lengkap-penjagaan-wajah-yang-betul/

Kerap membasuh muka juga akan mengakibatkan kulit muka menghasilkan lebih banyak minyak, sekali gus menjemput kaum kerabat jerawat yang lain! Jadi, elakkan membasuh muka dengan kerap ya!


6) Cermin mata kotor

Foto: Wikipedia.org

Dengan memakai cermin mata yang kotor juga adalah salah satu penyebab jerawat muncul di wajah anda ya!


7) Membiarkan sisa mekap di muka 

 
Foto: Republika.co.id

Pasti ramai seperti ini, bukan? Kalau sudah penat seharian dan pulang lewat malam, memang cepat layu bila ternampak katil. Kalau tidak mahu jerawat singgah di atas wajah, rajinkanlah diri untuk mencuci sisa mekap di wajah. Alah, lima minit sahaja, bukan lama mana sangat.
 

Anda juga dinasihati untuk mengelakkan makanan berminyak dan makanan segera! Bukan sahaja tidak baik untuk kulit muka, malah ia akan mempengaruhi kesihatan anda juga. - CARI
22

Bagus
7

Marah
23

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 17-4-2018 10:41 AM
iolss dlu suke picit jerawat..sbb klu xpicit lame la die betapak kt muke iolss..
rimas den..so picit..picit..wlpn hakikatnye geli geleman..
Quote BoongaKertas 17-4-2018 10:46 AM
kdg2 penat sangat sampai rumah tgh malam, malas nak cuci mekap. adoiyai! buruk perangai betul diri sendiri
Quote myakayina 17-4-2018 11:36 AM
BoongaKertas replied at 17-4-2018 10:46 AM
kdg2 penat sangat sampai rumah tgh malam, malas nak cuci mekap. adoiyai! buruk perangai betul diri s ...

aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil drive sambil tenyeh.. sampai rumah bilas je..
Quote Artemesiaa 17-4-2018 11:40 AM
Sisa makeup selalunya penyumbang terbesar sebab tu kena pastikan dah dibersihkan betul2 tak boleh malas kalau tak nak ada jerawat
Quote salmon-suki 17-4-2018 12:02 PM
Picit jerawat dulu2 laa..geram tgk..skrg ada sebijik dua naik kt hidung,kdg2 picit kdg2 x sbb ssh nk picit..hehe
Quote BoongaKertas 17-4-2018 12:28 PM
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...

meols malas weh. hahahaha! sampai2 rumah terus landing atas bean bag dpn tv and tv on sampai ke pagi.
Quote mieymiey 17-4-2018 03:52 PM
Macamana floles pun i, tiap kali period mesti timbul jerawat yang akhirnya tinggalkan parut
Quote cik-jaja 17-4-2018 06:03 PM
kalau tak mengorek jerawat, pasti white head jd mangsa aku
Quote buapakperut 17-4-2018 08:40 PM
grizz: iolss dlu suke picit jerawat..sbb klu xpicit lame la die betapak kt muke iolss..rimas den..so picit..picit..wlpn hakikatnye geli geleman..

iols pun gatal je nak picit. sampai melecet kulit paksa isi tu kluar. kadang tengok jerawat orang pun geram nak picit.suka tengok video pimple poppers time bosan
Quote menah 18-4-2018 09:01 AM
myakayina replied at 17-4-2018 11:36 AM
aku biasa standby je dlm beg tissue make up remover tu..on the way balik..tenyeh jer..kdg sambil d ...

wet tissue ke maksud sis?
cermin kene tinted ni kalau tak tgh2 lap org sebelah tengok pelik jer..
Quote myakayina 18-4-2018 11:13 AM
menah replied at 18-4-2018 09:01 AM
wet tissue ke maksud sis?
cermin kene tinted ni kalau tak tgh2 lap org sebelah tengok pelik jer. ...

yes dear..wet tissue tula..makeup remover .. org tak perasan pun wlu cermin keta tinted dlm 70%..sis pernah je nampak pompuan mekap dlm keta sambil tunggu turn nak byr tol..ada je yg tengok2 jgk..especially lelaki la..mcm pelik gitukan..
Quote tupaiterbang 19-4-2018 05:17 PM
Tido kena cukup kalau nak muka flawless
Quote imatt 19-4-2018 06:00 PM
8) Memakai pencuci muka.

Masa aku zaman remaja dlu, muka mmg byk jerawat. Dh macam2 produk try tp still byk. Last2 aku berhenti terus pakai ape2. Baru start ok lepastu.
Quote JustineFoong 23-7-2019 02:48 PM
Edited by JustineFoong at 23-7-2019 02:51 PM

Sebenarnya, sebab kulit dijangkit jerawat kalau kerap basuh muka bukan kerana kulit menghasilkan minyak yang lebih akibat minyak terlampau dibuang dari kulit tetapi kerana ia mengganggu kulit anda dan mengakibatkan tindak balas imun yang melampau. (skin has no oil-feedback loop).

Kalau ini berlaku boleh cuba guna minyak asli untuk menangkan kulit, contohnya argan oil atau coconut oil (pure argan oil malaysia)

Sebab lain kerap muka menyebabkan jerawat dan kulit radang ialah kerana aktiviti ini akan membuang minyak sebum daripada kulit yang berfungsi sebagai "skin barrier" yang menghalang kuman memasuki kulit (menyebabkan jerawat meradang) dan memelihara kelembapan kulit (moisturizer).   

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041457 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top