CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hina Sangat Ke Kerja Posmen Di Malaysia Ni? - Abang Posmen Sedih Kena Maki

17-4-2018 11:54 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8793| Komen: 26|Original author: Oleh: Whitney

Setiap pekerjaan ada cabaran yang tersendiri. Bukan semua orang mampu untuk bekerja di bawah panas matahari dan basah terkena hujan tetapi demi mencari rezeki yang halal, mereka sanggup melakukannya.


Sejak bisnes online pesat berkembang di negara kita, ramai yang menjalankan bisnes online dan ramai jugalah yang membeli secara online untuk mendapatkan apa sahaja barang yang diinginkan. Jadi, syarikat kurier menjadi medium untuk menghantar barang-barang yang ditempah dan kadang-kala tidak menang tangan untuk menguruskan penghantaran yang terlalu banyak.

Seorang pengguna Facebook bernama Ahmad rejab yang bekerja sebagai posmen meluahkan rasa kesal segelintir netizen yang sering menghukum malah ada yang menghina pekerjaannya. Dia mengakui hanya menjalankan amanah yang diberikan tetapi tidak bermakna dia boleh dimaki sesuka hati apabila ada netizen yang tidak berpuas hati dengan syarikat tempat dia bekerja. Sedih bukan?



Netizen menasihatkan agar posmen ini tabah dan sabar dengan pekerjaannya. Malah netizen turut menghargai posmen yang bekerja dengan baik dengan ucapan terima kasih. Doakan juga mereka dinaikkan gaji. 

Hina Sangat Ke Kerja Posmen Di Malaysia Ni? - Abang Posmen Sedih Kena Maki.
Netizen ini komen selalu bagi minuman dan makanan kepada posmen kerana dia kaki online shopping dan selalulah posmen datang hantar barang ke rumahnya. Ada juga netizen yang ingin tahu bagaimana posmen menjumpai setiap rumah yang barangnya perlu dihantar?

Kerja sebagai posmen ini antara cabarannya bukan hanya risiko kemalangan ketika sedang bekerja, malah ada juga netizen yang pernah kerja posmen digigit anjing dan terpaksa mengangkut barang dengan menggunakan tangga akibat lif rosak semasa menghantar barang.


Biar apa pun pekerjaan kita, lakukan dengan ikhlas dan jalankan amanah dengan sebaiknya. Memang sukar untuk memuaskan hati semua orang tetapi hanya kita yang memahami cara kerja dalam kerjaya yang kita ceburi. Setuju tak? - CARI 

17

Bagus
20

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
24

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 17-4-2018 12:06 PM
kg aku, rumah byk tkde no.

posmen leh tau nk letak mana

mmg kagum aku

Quote SWORKS27 17-4-2018 12:10 PM
aku respek posmen2 ni bekerja dalam bulan posa..
memang napak penat mukanya..
tapi tetap senyum demi rezeki yang halal...
Quote Artemesiaa 17-4-2018 12:14 PM
Kalau tak ada dia orang ni susah jugak, hanya harap dia orang baca betul2 alamat penerima,  NI dah berapa kali surat orang lain tersalah masuk peti surat.  Satu hal pulak nak kena pulangkan balik.
Quote grizz 17-4-2018 12:19 PM
kesian kot kt abg2 posto ni..tp bile brg aku order ade kesan cm kne bukak..mmg berbulu gak la..
Quote Skuau 17-4-2018 12:38 PM
wa ngn kwn akn bg tips ngn bebudak penghantar brng ni kalo beli online...
Quote MissVixen 17-4-2018 12:43 PM
Dolu posmen dekat kampung hafal nama2 orang kampung. Kalau rumah takde nombor, dia tahu si polan2 ni duduk mana. Kalau opah aku takde dekat rumah, dia sanggup hantar surat opah aku dekat rumah aku sebab dia tahu opah aku ada dekat situ.
Quote salmon-suki 17-4-2018 01:06 PM
Ada jgk ke y marah2 posmen ni?mujur ler brg2 y kamu beli dihantar oleh dorg..kalau xde dorg,mmg merana lah kamu..to those y suka2 maki posmen ni sila order brg dan pegi amek sndiri,xyah harap kan posmen ni....bodsom sgt..
Quote Red_mAnc 17-4-2018 01:17 PM
alhamdulillah, mmg benar apa yg org tua bgtau rezeki yg berkat itu adalah rezeki yg seelok-eloknya daripada hasil yg haram, walaupun gembira kerana dpt duit yg byk tapi in a long run mmg tak akan gembira jugak sebab yelah kan hasil haram..sebab tu rezeki yg halal dan berkat adalah sebaik- baiknya rezeki..insyallah mudah-mudahan rezeki kita semua mendapat keberkatan dari Allah..amin
Quote idakamaruddin 17-4-2018 01:46 PM
ada sorang abg posmen sllu htr surat kt area opis aku, aku tgk dia sedih sgt..dh la kurus..kadang time tghri org lunch dia minum air je nk tegur tp mulut berkunci

moga murah rezeki abg posmen tu

Quote imransulaiman 17-4-2018 02:42 PM
Posmen area rumah aku siap boleh calling lagi minta jumpa kat mana-mana point kalau kebetulan keluar rumah time dorang routing. Dan Alhamdulillah setakat ni dorang layan juga... Terbaikkkkkk!
Quote matchstick 17-4-2018 03:24 PM
badigol mana yg maki posmen ni...
Quote nishikido 17-4-2018 03:27 PM
Abg postman ni antara org2 yg I tak bkira bagi snyuman and I layan dgan friendly..sbb jasa abg postman lah I dapat brang2 yg I purchased tiap bulan thru online... lulz

Kalau abg2 lain I flip hair jah sambil wat muka diva..bukan sombong tapi elak fitnah *tibaaaa
Quote Zazama 17-4-2018 04:16 PM
Masha allah....tak pernah terfikir pun nak maki posmen.
Quote krustykrab 17-4-2018 04:21 PM
kdg rumah yg ada anjing tu, kesian tgk diorg ni...
Quote zetty1978 17-4-2018 04:25 PM
Disebabkn ari2 ada je brg yg aku beli online sampai umah, jdnya posmen2 yg antar brg tu dh kawtim ngn emak aku .. waktu delivery dh dpt dijangka .. emak aku bukak pintu terus brg2 dibg .. xyah nk sign2 nnti dia sendiri isikn ..  kalau tiba2 xde org kt umah, posmen tu tipon emak aku .. tanya nk tinggalkn brg kt beranda je ke mcm mana .. so far Alhamdulillah ok2 je .. same goes to other couriers mcm Lazada Express, Gdex & Skynet .. 1st time xtau umah akan call .. lps2 tu terus dtg je umah hon .. terima kasih utk penghantar2 brg dan surat ke umah aku .  
Quote armin 17-4-2018 06:15 PM
Setakat ni takde masalah lagi. Tp byk kali jugak kan kes parcel kena bukak.
Quote meisapoya 17-4-2018 06:17 PM
Sape yg buat perangai x semenggah tu? Posmen kiut okeyyh dgn baju merah putih, kasut besar, helmet di kepala, pakai spek mata hitam plak, naik ke ofis termengah-mengah
Quote faraway1 18-4-2018 05:29 AM
siannya, sini me siap panggil posmen nama dia lagi,
itupun dari patrick, panggil dia pat, nama manja lagi..
tak kira kat mana, kalau nampak dia tengah berjalan hantar surat,
mesti hon angkat tangan ..

kalau kat rumah siap tegur kata hello bagai..
Quote LautBiru52 18-4-2018 07:44 AM
Kalau bulan puasa mak aku selalu kate kesian dekat diorang ni. Dah la puasa, berpanas berhujan pulak. Time raya, berlari2 mak aku nk kasi diorang duit raya. Nasib baik tak hidang kuih skali . Apa2 pun semoga rezeki abang2 posmen ni bertambah ye.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052639 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top