Seorang wanita Orang Asli ditetak oleh suami yang berang kerana dia meninggalkan rumah sejak beberapa hari lepas. Akibatnya wanita tersebut menerima tiga jahitan di kepala.
Sinar Harian melaporkan, Ramliah Along, 24, dari Kampung Selyeh, Pos Blau, Gua Musang keluar dari rumah selepas mengetahui sumainya, Mat Rahim, 28, telah berkahwin lain. Menurut saksi yang juga sepupu kepada mangsa, Aboy Angah, 46, suspek telah datang ke rumah kakak mangsa sebelum bertindak menetaknya. "Akibat tetakan itu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ramliah sedar dan kami terus bawanya ke Hospital Gua Musang kerana berlaku pendarahan di kepala dan bahu.
"Saya tak sangka suspek akan bertindak sedemikian kerana pada awalnya dia tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik. "Selepas menetak isterinya, suspek terus melarikan diri." Semenatra itu Ramliah mendakwa yang suaminya sering mabuk dan suka memukulnya berkali-kali tanpa sebab. "Saya tak tahan kena pukul, jadi saya balik ke rumah ibu bapa saya. Malah, saya turut diberitahu kenalan bahawa suami sudah berkahwin sejak dua bulan lalu. "Saya ingat dia datang mahu pujuk saya untuk pulang, namun dia bertindak begini. Saya trauma dan takut." Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin telah mengesahkannya. -CARI |
14
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT