Tempe merupakan makanan tradisi yang berasal dari masyarakat Jawa. Pembuatan tempe adalah secara semula jadi dengan pengeraman biji kacang soya bersama dengan ragi tempe. Tempe juga mempunyai khasiat protein yang tinggi. Banyak masakan jawa yang berasaskan tempe telah dihasilkan. Antaranya ialah tempe sira. Tempe siara adalah menu di mana tempe disalut dengan gula dan cili dan sesuai dimakan dengan nasi atau pun dijadikan snek.
Jom ikuti perkongsian resipi Tempe Sira dari Nor Nadia resipi turun termurun dari ibu mertuanya. Bahan-bahan Tempe Cili kering Gula Garam Ikan bilis Bawang putih **Kalau tanya mak, "Mak, berapa banyak nak letak?" Mak takkan ada jawapan yang tepat. Orang kampung, masaknya campak campak. Tapiiii pergh. Cara membuatnya 1) Hiris tempe secara serong. Hiris tu, pisau sedikit membaring. Part ni, memang ralit. Sebab tengok kacang tu. Geram. 2) Terjunkan tempe ke dalam minyak yang panas. Goreng sampai dia bunyi dah tak meriah dan buih tinggal sikit je. Angkat dan toskan. 3) Rendam cili kering yang dah siap digunting dengan air panas sampai dia lembut. 4) Masukkan bawang putih, ikan bilis, cili kering, air paras separuh cili kering dan minyak ke dalam blender. Minyak tu supaya biji cili kering yang masih terlekat akan hancur semasa blend. Ikan bilis tu, jangan lupa cuci dululah ye. 5) Panaskan minyak dan masukkan cili yang dah siap dikisar. 6) Masak sampai sambal cukup masak dan masukkan tempe yang telah digoreng. Siap untuk dinikmati bersama keluarga. - CARI |
ADVERTISEMENT