Seorang pengasuh mendakwa dia terdengar 'bisikan syaitan' mengarahkannya untuk menikam dua kanak-kanak jagaannya hingga menyebabkan kematian, lapor Mirror.
Menurut peguam belanya, Yoselyn Ortega, 55, mengalami gangguan mental (halusinasi) pada 2012 ketika dia menikam Lucia Krim, 6, dan adik lelakinya Leo, 2, berulang kali menggunakan pisau dapur. Ketika kejadian, Ortega sedang mengasuh mangsa di sebuah apartmen mewah di New York sebelum terdengar bisikan supaya dia "membunuh kanak-kanak berkenaan serta dirinya sendiri". Bagaimanapun, peguam Valerie Van Leer Greenberg berkata, tertuduh tidak boleh dipersalahkan di atas pembunuhan itu kerana mengalami masalah mental. Pakar psikiatri yang menjadi saksi pembela memberi keterangan bahawa Ortega secara mental tidak mampu untuk membunuh dan terlalu gila atau psikotik untuk memahami tindakannya. Pihak pembelaan berpendapat, Ortega telah lama menderita depresi, masalah psikotik dan halusinasi. Jika Ortega didapati tidak bersalah atas alasan kegilaan atau sakit mental, dia bakal menghabiskan sisa hidupnya dalam unit psikiatri. Bagaimanapun, saksi mendakwa tertuduh membunuh mangsa kerana berdendam dengan ibu mereka, Marina Krim kerana berang disuruh bekerja lebih dari yang sepatutnya. Sementara itu, pihak pendakwa menutup hujah mereka pada Isnin dengan mendakwa Ortega bersalah atas dua kesalahan membunuh dan patut dihukum penjara seumur hidup. Ketika pulang ke rumah pada 25 Oktober 2012, Krim menemui anak-anaknya berlumuran darah di dalam tab mandi, manakala Ortega yang berdiri di sebelah mereka cuba menikam lehernya sendiri. - CARI
|
10
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matamata replied at 17-4-2018 07:12 PM
Pada aku pemikiran yg cukup waras sgt2 susah nak bunuh org especially kanak2.....
prettyuglybabe replied at 17-4-2018 05:42 PM
ingatkan melayu islam je ada bisik-bisik ni..
grizz replied at 17-4-2018 05:53 PM
klu terbunuh najib pstu kate ade bisikan..agak2 lepas x..
ADVERTISEMENT