CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Meleleh-Leleh Isinya, Nah Buat Donut Nutella Guna Roti Gardenia Je

18-4-2018 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 12898| Komen: 13|Original author: Oleh: Diba S.

Suka makan donut tapi rasa renyah nak buat doh? Kini anda boleh hasilkan donut dengan hanya menggunakan roti Gardenia!
Foto: Facebook

Jom ikuti cara buat donut mudah ini di bawah:

Bahan-bahan A:
24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
4 biji telur
2 sudu besar susu 
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh ekstrak vanila
2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)


Bahan-Bahan B:
Setengah cawan gula
1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara Memasak:

1. Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana

2. Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A) 

3. Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)

4. Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga. 

4. Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.

5. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.  

Foto: Facebook
Siap untuk dinikmati. Tunggu sejuk sedikit dahulu ya kerana isian coklat panas boleh buat melecur bibir! -CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Red_mAnc


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 18-4-2018 12:03 PM
kuku dia panjang
Quote zawara 18-4-2018 12:17 PM
errrr.. tgk pon da rasa manis
Quote iwan007 18-4-2018 12:27 PM

Tu la rahsia yg sedap tu. Donat coklat kuman leleh
Quote myakayina 18-4-2018 12:40 PM
iwan007 replied at 18-4-2018 12:27 PM
Tu la rahsia yg sedap tu. Donat coklat kuman leleh

euww...
Quote myakayina 18-4-2018 12:41 PM
nampak mudah dan bahan2 pun senang jer..cuma tak perlu tabur sugar cinamon tula..tambah manis jer..
Quote grizz 18-4-2018 12:44 PM
manis sgt pon xlalu nk telan..
Quote fofuler 18-4-2018 01:40 PM
Macam manis sangat je
Quote GigaMom 18-4-2018 02:39 PM
zulka replied at 18-4-2018 12:03 PM
kuku dia panjang

Pastu kaler tahik pula
Spoilll btul
Quote rosasen 18-4-2018 04:14 PM
nutella+gula+susu? noooo
Quote saviour_09 18-4-2018 04:53 PM
dak erm!
Quote dewi_rina 19-4-2018 02:46 PM
Makan separuh je dah muak lepas tu haus carik air masak

Sbb manis sgt.. gila kau, nutella lepas tu susu pekat pulak lg adududududuu
Quote Camarlaut 22-4-2018 10:35 PM
Manis sgt ni.gigi ngilu..
Quote norasmin 27-4-2018 12:25 PM
menariknye bg sape2 yg minat cekelat

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.085202 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top