CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Singapura Tak Puas Hati Pekerja Malaysia Dapat Cuti Mengundi

18-4-2018 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3921| Komen: 20

IKEA Singapura memberi cuti tambahan sehari kepada pekerja Malaysia pada 9 Mei bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), lapor mStar Online.

Menurut laporan, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia bekerja di negara itu.

Berikutan kebimbangan yang timbul apabila hari pengundian jatuh pada hari bekerja, IKEA Singapura mengambil langkah memberikan cuti tambahan kepada pekerja dari Malaysia sebagai tanda menghormati hak kakitangan untuk mereka pulang mengundi.


Foto: TODAY/Channel NewsAsia

"Kami menjalankan tanggungjawab sosial dengan serius dan kami mahu membolehkan rakan sekerja kami menjalankan tanggungjawab masing-masing.


"Manfaat ini akan memudahkan mereka menggunakan hak untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Sesiapa yang memerlukan cuti lebih daripada sehari, mereka perlu memohon cuti tahunan," kata pengurus pekerjaan dan pampasan IKEA Southeast Asia, Aldys Kong kepada Kementerian Sumber Manusia seperti dipetik daripada Channel NewsAsia.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi segelintir rakyat Singapura yang menyifatkan ia sebagai langkah diskriminasi daripada syarikat perabot dari Sweden berkenaan.

Perkara itu disuarakan menerusi laman forum tempatan hardwarezone.com.sg selain menulis terus kepada ahli Parlimen tempatan dan Kementerian Sumber Manusia.

Mereka mempertikaikan tindakan syarikat berkenaan memberi cuti tambahan kepada pekerja Malaysia sedangkan mereka sebagai warga Singapura tidak diberikan keistimewaan tersebut.


Foto: hardwarezone.com.sg

Media itu turut melaporkan, pengendali bas Go-Ahead Singapura juga akan membuat perancangan jadual syif sebagai langkah sokongan kepada kakitangan dari Malaysia.

"Ia adalah langkah supaya rakan sekerja mempunyai masa yang cukup untuk pulang dan membuang undi," kata jurucakap Go-Ahead Singapore.  - CARI
11

Bagus
23

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
7

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 17-4-2018 07:59 PM
Alahai berita nak buat gempak padahal sekor cacai jah yg kecoh berbuat onar. Mesti umngok upah macai tulis komen sebegitu kan?
Quote pyropura 17-4-2018 08:02 PM
Hoching marah dak? @taikor
Quote mzzenma 17-4-2018 08:40 PM
Lerrr itu pun nak kecoh sinkie ni. Itu prerogative company lah nak bagi cuti tambahan tu. I don’t see any discrimination. Ke dia nak suruh ikea shut down operation so that semua dapat cuti? So apa alasan yang nak digunakan kalau nak bagi singaporeans cuti sekali?
Quote taikor 17-4-2018 10:44 PM
mzzenma replied at 17-4-2018 08:40 PM
Lerrr itu pun nak kecoh sinkie ni. Itu prerogative company lah nak bagi cuti tambahan tu. I don’t s ...

die bukan nak cuti. peel diorang ni mudah dibaca, tak suka keistimewaan diberi kpd warga asing
Quote Maideen. 17-4-2018 10:50 PM
Susah nak percaya orang Singapura busok hati macam tuh....... Rasanya mereka faham dan secara ikhlas mahu membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan Malaysia.

Wallahualam.
Quote finesse 17-4-2018 10:55 PM
Rakyat 1st class pon bodo
Berapa hari je cuti dlm 4 tahun sekali...
Quote silencekiller 17-4-2018 10:57 PM
Ayoh  " Selamatkan Malaysia" ... kalo kalah takpa.. bangla "40k" ada .. blackout kaa lintar pintas ka apa kaa .. takda apa nak malu  

Kalo kalah ngn lobai2 Malang tak leh nak buat apa.. kena redha... depa ada "Malaikat" turun berjemaah dari langit untuk membantu partai Isle
Quote taikor 17-4-2018 10:58 PM
pyropura replied at 17-4-2018 08:02 PM
Hoching marah dak?  @taikor

hoching bo layan
Quote Bedah.Cun 17-4-2018 11:16 PM
Bo jio. Chibai punya ah beng singpor
Quote kiambang 17-4-2018 11:19 PM
Bagi peluang pengundi Malaysia menjalankan kewajipan di kampung... singapura tu besar mana.. tak perlu cuti tambahan pun masa mengundi nanti..
Quote Themilo 18-4-2018 08:25 AM
alahai.. singapork kalau nak mengundi pun tak sampai setengah jam dah settle.. pulau kecik, public transportation pun first class.. tak payah la nak cuti
Quote clarizsa 18-4-2018 08:32 AM
So? Biarla dia x puas hati pun. Kat negara dia kan?
Bukan kat malaysia pun ..
Dia ada hak utk x puas hati
Msians pun sama je perangai kalau kes cmni
Mcmla kita suka bangla nepal rohinya indon dpt keistimewaan kt sini
Msians kje spore sama taraf bangla indon semua tu la cuma gaji sedap skit sbb rate tinggi tu
Itupun x cukup tggi
Patutnya lagi best kalau SGD1 = RM4.5 cmtu
Quote Red_mAnc 18-4-2018 10:39 AM
Edited by Red_mAnc at 18-4-2018 02:40 AM

hahaha, tipikal Kiasu.. tapi in all fairness tak semua Singaporeans yg stuju dgn mamat tu.. aku suspek mamat tu sure kerja kat Ikea jugak sebab tu bengang dia lain mcm je sampai email direct kat PM Lee Hsien Loong...hehehe
Quote Red_mAnc 18-4-2018 10:42 AM
dodolgemok replied at 17-4-2018 11:59 AM
Alahai berita nak buat gempak padahal sekor cacai jah yg kecoh berbuat onar. Mesti umngok upah macai ...

kan..for sure lah...
Quote sarahmirza 18-4-2018 12:39 PM
5 tahun sekali je..
Itupun kecoh..
Jeles la tu..
Quote batmana 18-4-2018 01:20 PM
bos besar ikea sg tu org sweden jugak

jadi org sweden yg bagi org mesia cuti

bimbola yg marah tu..
Quote BebeQ 18-4-2018 01:59 PM
biar la orang spore tu nak marah. kalau perkara yang sama terjadi oleh majikan malaysia pun, mesti orang malaysia berang juga.

contoh la PRU Indonesia dan majikan malaysia bagi semua orang indon bercuti sehari sebab pegi mengundi..pasti havoc satu malaysia.
Quote grizz 18-4-2018 02:10 PM
hahaha..ade baur2 jeles disitu..
Quote marumaru 18-4-2018 02:12 PM
org keje singapore bayar income tax kat kerajaan singapore kan... tapi still dapat kemudahan sebagai rakyat mesia,  study kesihatan free... bertuah kan jadi rakyat mesia...

berape rate income tax singapore ek?  saje nak tahu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048352 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top