Seorang pemandu teksi terpaksa membawa penumpangnya ke balai polis gara-gara gagal mengejutkannya dari tidur. Berita Harian melaoporkan, lelaki berusia 20-an itu menaiki teksi dari Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi dan mahu pulang ke rumah di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban.
Walau bagaimanapun lelaki berkenaan tidak memberikan alamat lengkap menyebabkan pemandu teksi tersebut hanya membawanya ke taman perumahan terbabit. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata,
“Sepanjang perjalanan, lelaki itu dikatakan tertidur sehingga tiba di taman berkenaan pada 11 pagi, namun cubaan pemandu teksi mengejutkannya gagal. “Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu daripada tidur gagal, pemandu teksi terbabit membawanya ke Balai Polis Sikamat untuk bantuan. “Setiba di balai polis, beberapa anggota turut membantu mengejutkan lelaki itu, namun masih gagal. Namun berdasarkan maklumat pada dokumen pengenalan diri lelaki itu, polis menghubungi ibunya yang berusia 55 tahun.” Keluarga yang diminta untuk datang ke balai polis mendapati lelaki tersebut masih lagi tidur dan berusaha untuk mengejutkannya sampai terjaga. Ibunya memberitahu yang anak bongsunya itu memang selalu berdepan dengan masalah sukar bangun tidur. -CARI
|
ADVERTISEMENT