Seorang ibu tergamak menjual anak perempuannya sebagai hamba seks dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014. Daily Mail melaporkan, Kasmeer Lata, 36, menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks lebih dari seribu kali.
Dia didapati bersalah kerana meraih untung dari perkhidmatan seks komersial dari orang bawah umur. Menurut sumber, Kasmeer datang ke New Zealand dari Fiji bersama anaknya pada 2014. Mereka terus tinggal di negara tersebut walaupun selepas tamat tempoh visa. Ini menyebabkan anaknya tidak dapat bersekolah selain keluarga tersebut tiada punca pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja.
Kasmeer yang sebelum ini pernah menjadi pelacur telah memaksa anaknya untuk menjual badan untuk pertama kali kepada lelaki berusia 50-an. Mangsa juga telah dikurung di dalam rumah selama setahun setengah dan pernah menggugurkan kandungan. Setiap pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak NZ$200 (RM570) dan dianggarkan keuntungan menjual anaknya adalah sebanyak NZ$100,000 (RM285,000). Wang tersebut digunakan untuk membayar sewa dan bil. Remaja tersebut berjaya melarikan diri pada November 2016. -CARI
|
chinta89 replied at 19-4-2018 12:05 PM
sendiri tak mo lacurkan badan sendiri, tergamak lacurkan anak!
sial sgt ko ni.
chinta89 replied at 19-4-2018 04:05 AM
sendiri tak mo lacurkan badan sendiri, tergamak lacurkan anak!
sial sgt ko ni.
chinta89 replied at 19-4-2018 12:05 PM
sendiri tak mo lacurkan badan sendiri, tergamak lacurkan anak!
sial sgt ko ni.
ADVERTISEMENT