Seorang penganggur didakwa atas 16 pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap 12 kanak-kanak perempuan, sejak tahun lalu, lapor BH Online.
Mohammad Amir Mohd Layi, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan menerusi tiga prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei. Menurut laporan, dalam prosiding pertama di hadapan Hakim Rofiah Salim, Mohammad Amir mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap lima kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh menyentuh buah dada dan kemaluan serta melakukan seks oral di beberapa lokasi di Kuala Terengganu dan Marang antara 1 Januari 2017 hingga 5 Mac 2018. Dalam prosiding seterusnya, tertuduh berdepan empat pertuduhan kesalahan sama terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan 11 tahun di dua sekolah berasingan di Rusila dan Kelulut, Marang, antara 10 Julai 2017 hingga 18 Januari 2018. Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz. Dalam prosiding ketiga di hadapan Hakim Azman Mustapha, dia didakwa terhadap enam lagi pertuduhan kesalahan sama ke atas lima kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 10 tahun di beberapa lokasi di Marang dan Kuala Terengganu antara 25 Februari 2017 hingga 26 Februari lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. - CARI
|
6
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
20
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
PongKang replied at 19-4-2018 07:36 PM
dia keje apa? cmna bole buat jenayah ni! adakah keje pemandu van sekolah or keje kantin?
PongKang replied at 19-4-2018 11:36 AM
dia keje apa? cmna bole buat jenayah ni! adakah keje pemandu van sekolah or keje kantin?
sufi^_^ replied at 19-4-2018 08:26 PM
Technician seperti yang dikabar anginkan.
Dia menyelinap masuk time budak2 sibuk nak balik 1-2pm. ...
sukacactus replied at 19-4-2018 10:46 PM
Celakanya setan ni
You've robbed their innocence
Maideen. replied at 19-4-2018 06:31 PM
Budak perempuan umur lapan tahun pon totey dia boleh tegang. Cukop celaka punya manusia.
Nota: ...
Maideen. replied at 19-4-2018 06:31 PM
Budak perempuan umur lapan tahun pon totey dia boleh tegang. Cukop celaka punya manusia.
Nota: ...
PongKang replied at 19-4-2018 10:41 PM
allahuakbar! kalo camtu kene buat mcm sekolah cina security mmg ketat n nmpk je org mundar mandir ...
ADVERTISEMENT