Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun menanggung derita dipukul dengan objek tumpul sehingga pecah usus dan patah tulang rusuknya. Akibatnya Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan akhirnya menemui ajal dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya sendiri.
Harian Metro melaporkan perbuatan tersebut terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang tersebut. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, “Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah. Suspek, 26 tahun serta ibu mangsa, 31 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar. Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal."
Mangsa meninggal dunia pada pukul 4 pagi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Sementara itu bapa mangsa,Hairil Khan Azali, 32, berkata, "Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian. “Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam. “Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini. “Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya. "Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan.” Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim. -CARI
|
19
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
sapp73 replied at 20-4-2018 03:01 PM
again.....mak bersekedudukan ngan BF. Bf kalau berjenis tak pelah jugak, ni banyak rekod polis. Teng ...
daunanijau replied at 20-4-2018 03:42 PM
Menyesal gatall search fb ayah arwah ni ..dah sekarang I yg meleleh air mata bace post2 die kt op ...
ADVERTISEMENT